Cerpelai چرڤلاي |
|---|
 |
| Cerpelai Kerdil Biasa,Helogale parvula |
| Pengelasan saintifik |
|---|
| Alam: | |
| Filum: | |
| Kelas: | |
| Order: | |
| Suborder: | |
| Keluarga: | Herpestidae
|
| Sinonim |
|---|
- Cynictidae Cope, 1882
- Herpestoidei Winge, 1895
- Mongotidae Pocock, 1919
- Rhinogalidae Gray, 1869
- Suricatidae Cope, 1882
- Suricatinae Thomas, 1882
|
Cerpelai (Herpestidae),Garangan,Jebon[1] atauBokbong[2] ialahkeluarga kepada 33 spesiesmamaliakarnivor kecil dari selatanEurasia dan tanah besarAfrika.
Cerpelai lazimnya memakanserangga,ketam,cacing tanah,biawak,ular,ayam, danrodensia. Namun, mereka juga makantelur danbangkai.
Cerpelai Kelabu dan yang lain sering digunakan untuk melawan dan membunuhular berbisa, termasukular tedung. Cerpelai dapat melakukan ini kerana kelincahan dan kecerdikannya, dan bulu tebal. Namun ia biasanya mengelakkan tedung dan tidak berapa tertarik dengan dagingnya.[3]
Beberapa spesies cerpelai dapat belajar helah mudah. Mereka dapatdijinakkan dan dipelihara sebagaihaiwan kesayangan untuk mengawalbinatang perosak. Namun, mereka dapat lebih merosakkan lebih daripada yang dikehendaki: ketika diimport keHindi Barat untuk membunuh tikus dan ular, mereka memusnahkan sebahagian besarfauna kecil berasaskan tanah. Atas sebab ini, adalah haram untuk mengimport sebahagian besar jenis cerpelai ke Amerika Syarikat,[4] Australia, dan negara-negara lain. Cerpelai diperkenalkan ke Hawaii pada tahun 1883, dan telah mempunyai pengaruh negatif ketara terhadap spesies asli.[5]