Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Perissodactyla

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripadaCeratomorpha)

Ungulat berjari ganjil
Julat zaman:56–0 Ma?LewatPaleosen - Kini
Telapukkuda
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Infrakelas:
Superorder:
Order:
Perissodactyla

Owen, 1848
Families[1]

Perissodactyla (Yunani: περισσός,perissós, "tidak sekata", + δάκτυλος,dáktylos, "jari") merupakan sebuahordermamalia yangtelapuknya mempunyai bilanganjari yang ganjil (1, 3, atau 5 batang).[2] Selalunya, jari tengah di setiap telapuknya lebih besar daripada jari-jari lain. Ahli Perissodactyla lazimnya merupakan haiwan peragut yang besar-besar, tetapi tidak seperti ahliArtiodactyla berjari genap yangruminan, ianya mempunyaiperut yang agak ringkas kerana menapai di usus belakang, mencernaselulosa tumbuhan di dalamusus daripada dalam perut. Antara ahlinya ialahkuda,tenuk, danbadak sumbu.

Taksonomi

[sunting |sunting sumber]

Ahli-ahli order ini terbahagi kepada duasuborder:

  • Hippomorpha, ungulat berjari ganjil yang kini berupa pelari laju berkaki panjang dengan sebatang jari sekaki. Satu-satunyafamili dalam suborder ini ialahEquidae (yang hanya tinggalgenusEquus), terdiri daripadakuda,kuda belang,keldai, dan spesies-spesies berkaitan. Makhluk pupusBrontotheriidae yang seakan-akan badak sumbu turut tergolong dalam suborder ini. Kedua-dua keluarga mungkin keturunanPalaeotheriidae.
  • Ceratomorpha, memiliki beberapa batang jari yang berfungsi; lebih berat dan bergerak lebih perlahan daripada Hippomorpha. Suborder ini ada dua famili yang wujud, iaitu:Tapiridae (tapir) danRhinocerotidae (badak sumbu).Chalicotheriidae yang pupus mungkin tergolong dalam suborder ini.

Tiga famili Perissodactyla yang masih wujud digolongkan seperti berikut:

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Hooker, 2005, p. 206.
  2. ^American Heritage Dictionary of the English Language, 3rd edition, 1992, p. 1348
Ordermamalia maujud mengikut infrakelas
AlamAnimalia · FilumChordata · SubfilumVertebrata
Australosphenida
Metatheria
(termasukMarsupial)
Eutheria
(TermasukPlasental)
Spesies-spesiesPerissodactyla(Ungulat berjari ganjil) yang wujud mengikut suborder
Equidae
(Rumpun kuda)
Rhinocerotidae
(Badak sumbu)
Tapiridae
(Tenuk)
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Perissodactyla&oldid=5735261#Taksonomi"
Kategori:
Kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2026 Movatter.jp