Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Waktu Eropah Tengah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripadaCentral European Summer Time)
Zon waktu Eropah:
biruWaktu Eropah Barat (UTC+0)
Waktu Musim Panas Eropah Barat (UTC+1)
biru terangWaktu Eropah Barat (UTC+0)
merahWaktu Eropah Tengah (UTC+1)
Waktu Musim Panas Eropah Tengah (UTC+2)
kuningWaktu Eropah Timur (UTC+2)
Waktu Musim Panas Eropah Timur (UTC+3)
emasWaktu Kaliningrad (UTC+2)
hijauWaktu Moscow (UTC+3)
Warna-warna cerah menunjukkan negara-negara yang tidak menggunakanwaktu musim panas:Algeria,Belarus,Iceland,Maghribi,Rusia,Tunisia danTurki.

Waktu Eropah Tengah (CET) ialah salah satu nama bagizon waktu yang 1 jam lebih awal daripadaWaktu Universal Selaras (UTC). Ia digunakan lazimnya oleh negara-negaraEropah danAfrika Utara.

Waktu ofsetnya lazimnya ialahUTC+1. KetikaWaktu musim panas,Waktu Musim Panas Eropah Tengah sebaliknya digunakan (UTC+2).

Penggunaan

[sunting |sunting sumber]

Negara-negara berikut menggunakanWaktu Eropah Tengah (lihatWaktu Afrika Barat) sepanjang tahun:

Negara-negara dan wilayah-wilayah berikut menggunakanWaktu Eropah Tengah pada musim sejuk sahaja, di antara 1:00 UTC pada hari Ahad terakhir dalam bulan Oktober dan 1:00 UTC pada hari Ahad terakhir dalam bulan Mac:

Namibia menggunakanUTC+1 di antara bulan Mac dan Oktober dan sepanjang tahun yang lainnya menggunakanWaktu jimat siang (UTC+2).


SebelumPerang Dunia Kedua,Lithuania menggunakan CET (MET) pada tahun-tahun 1920-1940. Sewaktu perang itu, Jerman menggunakan waktu ini di seluruh wilayah yang ditaklukinya. DiPerancis,Belgium,Belanda danLuxembourg CET dikekalkan. Selepas perang tersebut,Monaco,Sepanyol,Andorra danGibraltar menggunakan CET.

Ireland danUnited Kingdom melakukan percubaan untuk menggunakan CET pada tahun-tahun 1968-1971. Namun, percubaan ini menjadi tidak popular dan hanya berlaku dalam masa yang singkat, terutamany kerana peningkatan kadar kecelakaan jalan raya (banyak yang melibatkan murid-murid berjalan ke sekolah) dalam kegelapan pagi di musim sejuk.Portugal menggunakan CET pada tahun-tahun 1966–1976 dan 1992–1996.

Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Waktu_Eropah_Tengah&oldid=4321325"
Kategori:

[8]ページ先頭

©2009-2026 Movatter.jp