Cempedak | |
---|---|
![]() | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Divisi: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | |
Tribus: | |
Genus: | |
Spesies: | A. integer |
Nama binomial | |
Artocarpus integer |
Cempedak (disebut [cĕm.pĕ.dak]),campedak (dua-dua dalamJawi: چمڤدق),tibadak (Jawi:تيبدق,Brunei) ataubaroh (Jawi:باروه,Kepulauan Lingga,Johor) merupakan sejenistumbuhan yang menghasilkanbuah yang boleh dimakan, nama saintifiknya ialahArtocarpus integer.[1][2][3] Buah cempedak banyak dijual di pasar-pasar termasuk pasar tani, dan pasar sayur.sinonimArtocarpus champeden (Thunb.) Merr.,Artocarpus polyphema Pers.). Pokok cempedak turut diperkenalkan ke Queensland. Pokok cempedak cepat tumbuh, dan pokok bersaiz serdahana mampu menghasilkan buah yang banyak.
Tanaman ini berasal dariAsia Tenggara di mana ia menyebar luas mulai dari wilayah Tenasserim diBurma,Malaysia,Thailand, dan sebahagian kepulauanIndonesia termasuk pulau-pulauSumatera,Jawa (terutamanya di bahagian barat,[4])Borneo,Sulawesi,Maluku hingga sejauhPapua danQueensland diAustralia.
Pokok ini turut juga memiliki beberapa nama setempat tersendiri - antara lain termasuk:
Cempedak yang muncul secara meliar di hutan diberi namabangkong.[5]
Pokok ini merupakanpokok saka yang boleh mencapai ketinggian sehingga 20 meter. Ia mempunyai daun ringkas yang kebanyakkannya berbentuk elliptik. Bahagian bawah urat daun (midrib) biasanya dipenuhi dengan bulu-bulu halus. Pangkal daun berbentuk tirus hingga obtus manakala hujung daun kebanyakkannya berbentuk kupsidat
Bahagian atas daun berwarna hijau tua manakala bahagian bawah daun berwarna hijau muda. Terdapat varieti cempedak di mana permukaan atas daun dikatakan sedikit malap manakala terdapat varieti di mana ia kelihatan berkilat. Pokok cempedak hampir menyerupai pokoknangka. Perbezaannya jelas pada hujung tangkai daun di mana pada cempedak terdapat bulu-bulu halus berwarna coklat dihujung tangkai daun manakala pada nangka tiada bulu halus ditemui.
Pokok cempedak adalah monoecious di mana bunga jantan dan bunga betina terdapat pada pokok yang sama. Namun begitu, bunga jantan dan betina terdapat dalamjambak yang berlainan - jambak-jambak bunga jantan dan betina terdiri dari gugusan banyak bunga-bunga yang bergabung lalu terbentuk dalamseludang nipis berwarna hijau. Apabila jambak kian membesar, seludang akan mula memecah dan jambak bunga akan terbit keluar. Seludang akan bertukar warna menjadi perang dan kemudiannya akan gugur.
Jambak bunga jantan selalunya tirus dan pendek dengan ukuran sehingga lebih kurang 1.5 sm x 5.5 sm dan terdapat pada hujung ranting serta juga pada dahan pokok. Manakala jambak bunga betina biasanya lebih gemuk dan besar serta hanya terdapat pada dahan pokok sahaja. Bunga jantan, setelah 4-5 hari mengorak akan reput menjadi kehitaman lalu kemudiannya gugur manakala bunga betina akan terus membesar membentuk buah.
Pokok cempedak menghasilkan buah secara bermusim di mana dalam setahun hanya terdapat satu musim utama. Ini berbedza dengan nangka di mana buahnya tidak bermusim. Buah cempedak dikenali sebagai 'multiple fruit' memandangkan ia terdiri daripada gugusan banyak bunga betina dalam satu jambak. Buah cempedak mengambil masa 100 hingga 120 hari untuk masak setelah bunganya mengorak.
Buah cempedak juga hampir sama dengan buah nangka di mana kulitnya dipenuhi denganduri-duri halus yang pendek. Walau bagaimanapun, bentuk buah ini membujur panjang dan saiz buah cempedak adalah lebih kecil dari buah nangka.
Pokok ini jarang ditanam secara meluas kerana ia mudah diserang oleh bakteria tertentu sepertiErwinia caratovora di mana dahan pokok yang diserang akan mengeluarkan getah berwarna kehitaman dan akhirnya dahan tersebut akan mati.
Ia juga tidak sesuai ditanam dikawasan yang mudah ditengelami banjir atau tanah yang tinggi kelembapannya. Pokoknya mudah mati pada kawasan sedemikian. Bagi kawasan berpasir seperti tanah bris, pokoknya kurang menghasilkan buah seandainya pengairan dan pembajaan yang kerap tidak dijalankan.
Nilai pemakanan per 100 g (3.5 oz) | |
---|---|
Tenaga | 117.0 kJ (28.0 kcal) |
Karbohidrat | 25.8 g |
-Serabut diet | 3.4 g |
Lemak | 0.4 g |
Protein | 2.5 g |
Air | 66.7 g |
Besi | 1.1 mg (8%) |
Peratusan dianggarkan menggunakansyor A.S. untuk orang dewasa. |
Buah ini sedia dimakan baik secara terus mahupun dimasak - misalnyadigoreng celur denganbater yang boleh dihidangkan sebagaiminum petang bersamateh ataukopi. Bijinya dapat digoreng, direbus atau dibakar, sebelum dimakan dengan sedikit garam. Buah mudanya, sebagaimananangka muda, dapat dijadikan sayur.[4]
Di Kalimantan, cempedak atau bahasa Banjarnyatiwadak, selain dikonsumsi daging buah dan bijinya, kulitnya pun dapat diolah menjadi makanan. Kulit cempedak sendiri biasanya dikonsumsi masyarakat luas sebagai salah satu lauk dengan diolah secara dimasak tumis atau digoreng yang dinamakanmandai atau ada juga yang menyebutnyadami.Mandai dibuat dengan cara mengupas kulit buah sampai terlihat putih kemudian direndam dengan air garam untuk mengawetkan dan melunakkan teksturnya. Rendaman dapat dilakukan selama beberapa jam bahkan hingga sebulan.Mandai biasanya dikonsumsi dengan menggorengnya hingga kecoklatan.
Kayunya bermutu baik, kuat dan tahan lama sehingga kerap digunakan dalam pembinaan bangunan,perabot atauperahu. Kulit kayunya yang bersegah dapat digunakan sebagaitali manakala getahnya untuk memukat burung. Dari kayunya juga dapat dihasilkan bahan pewarna kuning.[4]
Senarai pokok | |
---|---|
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z |
![]() | Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan:Cempedak. |
![]() | Wikispesies mempunyai maklumat berkaitan denganCempedak |