Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Caudillo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rencana initidakmemetik apa-apasumber atau rujukan. Sila bantu dalammemperbaiki rencana ini dengan menambahkan rujukan kesumber-sumber yang boleh dipercayai. Bahan yang tidak disahkan mungkin akan dipertikai dandipadam.
Cari sumber: "Caudillo" – berita ·akhbar ·buku ·sarjana ·JSTOR
(September 2022) (Ketahui cara dan masa untuk membuang pesanan templat ini)

Caudillo ([kauˈðiʎo; kau.dil.yo]; katabahasa Sepanyol Lama:cabdillo, berakar daripada kataLatin:capitellum terbitancaput, "kepala") ialah istilahbahasa Sepanyol merujuk kepada orang kuattentera yang turut mempunyai pengaruh kuat dalampolitik.

Golongan bergelaran sedemikian biasanya terdiri daripada pegawai tentera berpangkatjeneral yang memimpinaskar peribadi sertamenggunakan kekuasaan tentera mereka untuk mengambilalih kuasapemerintahannegara yang dikehendaki - lazimnya negara yang terbentuk tidak lama selepas merdeka daripada kuasa imperial lebih besar (sepertimana yang berlaku di bekas taklukanAmerika Selatan milikEmpayar Sepanyol). Mereka juga kebanyakannya daripadagolongan bangsawan atau pemilik tanah (hacendadoa) serta mempunyai sumber kewangan yang cukup untuk mencapai cita-cita mereka. Di samping mempunyai kemahiran dalam bidang ketenteraan, mereka mempunyai daya tarikan yang kuat untuk mendapat kesetiaanrakyat. Walaupun mereka bermula dengan menentangoligarki, namun mereka akhirnya akan cenderung terlibat dalam pemerintahan bercorak oligarki sendiri.

Terdapat seberapa tokoh yang menggunakan gelaran berpangkat sedemikian termasuklah JeneralJuan Manuel de Rosas dan Juan Facundo Quiroga diArgentina,Gabriel García Moreno diEcuador,Antonio López de Santa Anna danPorfirio Díaz diMexico, danRafael Leonidas Trujillo Molina di Republik Dominica. Di Sepanyol, JeneralFrancisco Franco menggelarkan dirinyael Caudillo.

Kelaziman mengikut sejarah negara

[sunting |sunting sumber]
[icon]
Bahagian ini kosong.
Anda boleh bantu denganmenambah isi bahagian ini.(Disember 2019)

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
Pangkat bintang
mengikut Amerika
Pangkat jawatan
Ikon tunas

Rencana sejarah ini ialahrencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia denganmengembangkannya.

Ikon tunas

Rencana berkenaanketenteraan ini ialahrencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia denganmengembangkannya.

Ikon tunas

Rencana tentangpolitik ini ialahrencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia denganmengembangkannya.

Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Caudillo&oldid=5672977"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp