Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Cau-cau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rencana ini mengenai baka anjing. Untuk jeruk penyelera, sila lihatChow-chow (makanan).
Cau-cau
Cau-cau
Nama lainChow chow
Negara asalChina
Trait
BeratJantan40–90 lb (18–41 kg)[1]
Betina35–85 lb (16–39 kg)[1]
Tinggi17–22 in (43–56 cm)[1]:4–5
BuluTebal dan kasar
Warna
  • Merah (antara emas cerah dengan merah-perang pekat)
  • Kayu manis (antara sawo matang cerah dengan perang)
  • Hitam
  • Krim
  • Putih atau putih gading
Saiz perinduk4–7 ekor
Pengelasan dan piawaian
FCIKumpulan Seksyen {{{fcisection}}} #{{{fcinum}}}(Piawaian)
Anjing (Canis lupus familiaris)

Cau-cau,chow-chow, atauchow chow[a] ialah satubaka anjing jenisspits yang pada asalnya dariChina Utara.[2] Cau-cau ialah anjing bertubuh tegap, berprofil segi empat sama, dengan tengkorak lebar dan telinga segi tiga kecil dan tegak dengan hujung membulat. Baka ini terkenal keranalapis bulu ganda sangat padat yang sama ada licin atau kasar.[1]:4–5 Bulunya khususnya tebal di kawasan leher yang memberinya penampilan lingkaran bulu atau surai. Lapis bulunya mungkin merah, hitam, biru, kayu manis/perang kekuning-kuningan, atau krim.[1]:4–5[3]

Sejarah

[sunting |sunting sumber]
Red Craze, seekor cau-cau merah jantan yang menonjol, sekitar awal tahun 1900-an
Seekor cau-cau pada tahun 1915

Cau-cau telah dikenal pasti sebagaibaka basal yang mendahului kemunculan baka-baka moden pada abad ke-19.[4] Sebuah kajian penyelidikan telah berkesimpulan bahawa baka anjing cau-cau berasal daripada anjing peribumi lain di China tengah pada sekitar 8,300 tahun lalu. Baka purba ini ber-evolusi dan menjelmakan kedua-dua ciri morfologi dan fizikal, termasuk lidah gelap, lapis bulu, dan binaan lebih kuat.[5]

Sebuah legenda Cina menyebut anjing perang besar dari Asia Tengah yang menyerupai singa berlidah hitam. Seorang pemerintah China dikatakan pernah memiliki 5,000 ekor cau-cau. Orang Cina juga menggunakan cau-cau untuk menarikkereta luncur anjing melalui rupa bumi berpaya dan ini dicatat olehMarco Polo.[1]:11

Kini,American Kennel Club mendaftarkan hampir-hampir 10,000 ekor cau-cau setahun.Canadian Kennel Club pula mendaftarkan hampir-hampir 350.[1]:4–5

Namacau-cau tidak terpaut pada sebarang nama Cina seperti nama moden "鬆獅狗" (song shi gou, "anjing singa longgar") untuk baka ini, maka berasal usul tidak pasti - etimologi mungkin dan etimologi rakyat merujukbahasa Inggeris pijin.[6]

Penampilan

[sunting |sunting sumber]
Tangkapan dekat bagi lidah hitam cau-cau pada seekor cau-cau betina

Cau-cau ialah anjing bertubuh tegap, berprofil segi empat sama, dengan tengkorak lebar dan telinga segi tiga kecil dan tegak dengan hujung membulat. Baka ini terkenal keranalapis bulu ganda sangat padat yang sama ada licin atau kasar.[1]:4–5 Bulunya khususnya tebal di kawasan leher yang memberinya penampilan lingkaran bulu atau surai. Lapis bulunya mungkin merah, hitam, biru, kayu manis/perang kekuning-kuningan, atau krim.[1]:4–5[3] Bukan semua keragaman warna ini diiktiraf sebagai sah di semua negara. Individu dengan lapis bulu bercapuk-capuk atau berbilang warna dianggap terkeluar daripada piawaian baka. Mata cau-cau biasanya terletak dalam-dalam dan berbentuk badam. Baka ini unik kerana lidahnya yang ungu/biru-hitam yang tidak dimiliki oleh baka lain kecualishar pei, dan mempunyai tungkai belakang sangat lurus, yang menghasilkan gaya jalan agak kekok.[1]:4–5 Warna kebiru-biruan melanjut ke bibir cau-cau; ini merupakan satu-satu baka anjing dengan warna kebiru-biruan distingtif pada bibirnya dan rongga mulutnya (anjing lain mempunyai kulit hitam atau bercorakpiebald di dalam mulutnya).[1]:4–5 Satu lagi ciri distingtif ialah ekor melingkar.[1]:4–5 Ia mempunyai bulu tebal yang keriting di belakangnya. Hidungnya patut hitam, tetapi cau-cau berbulu biru dapat mempunyai hidung biru padu atau berwarna biru loh. Menurut piawaian baka American Kennel Club, mana-mana cahaya warna lain tidak diterima untuk pertandingan.[7] Walau bagaimanapun, negara-negara FCI mengizinkan hidung berwarna sendiri pada anjing krim.[8]

Gen lidah biru-hitam/ungu terlihat dominan, kerana kebanyakan anjing baka kacuk yang datang daripada cau-cau mengekalkan warna lidah itu. Walau bagaimanapun, lidah biru-hitam/ungu juga dapat ditemukan padashar pei. Ini tidak bermaksud bahawa setipa anjing baka kacuk dengan tompok ungu pada lidah diturunkan daripada cau-cau kerana tompok ungu pada lidah dapat ditemukan padaanjing baka tulen lain.[9]

Perangai

[sunting |sunting sumber]

Pemilikan cau-cau dapat menaikkan kos insurans empunya kediaman kerana sesetengah syarikat menganggapnya sebagai anjing berisiko tinggi.[10] Dalam sebuah kajian dalamJournal of the American Veterinary Medical Association ("Jurnal Persatuan Perubatan Veterinar Amerika"), cau-cau menyumbang kepada 8 daripada 238 kematian yang berkaitan dengan gigitan anjing dari tahun 1979 ke tahun 1998.[11]

Warna

[sunting |sunting sumber]

Cau-cau terdapat dengan beragam-ragam warna lapis bulu. American Kennel Club (AKC) telah mengelaskan warna-warna cau-cau sama ada sebagai piawai atau tidak piawai (warna jarang). Warna piawai untuk cau-cau merupakan hitam, biru, merah, krim, dan kayu manis. Walau bagaimanapun, warna seperti perang kekuning-kuningan, putih, danmerle tidak dianggap piawai untuk baka ini.[12][13]

Kelab anjing berlainan di seluruh dunia mungkin mengakui warna lapis bulu berlainan atau malah menggunakan nama alternatif untuk warna-warna tersebut di atas.[13]

  • Warna berlainan cau-cau
  • 5 ekor cau-cau dengan warna lapis bulu berlainan
    5 ekor cau-cau dengan warna lapis bulu berlainan
  • Krim
    Krim
  • Perang kekuning-kuningan
    Perang kekuning-kuningan
  • Merah
    Merah
  • Biru
    Biru
  • Hitam
    Hitam

Kesihatan

[sunting |sunting sumber]

Sebuah kajian United Kingdom mendapati bahawa jangka hayat cau-cau ialah 12.1 tahun, yang lebih tinggi sedikit daripada purata 12 tahun untukbaka silang dan lebih rendah daripada purata 12.7 tahun untuk baka tulen.[14]

Keadaan rangka

[sunting |sunting sumber]

Sebuah kajian Amerika Utara yang meneliti lebih daripada sejuta rekod anjing mendapati bahawa 6.44% daripada jumlah cau-cau menghidapdisplasia pinggul berbanding dengan keseluruhan 3.52%. Kajian ini juga mendapati bahawa 4.3% daripada jumlah cau-cau menghidapkekurangan ligamen krusiat kranium berbanding dengan keseluruhan 2.52%.[15]

Sebuah lagi kajian Amerika Utara yang meneliti lebih daripada 250,000 imbasan siku mendapati bahawa cau-cau mempunyai prevalens paling tinggi bagidisplasia siku, dengan 48.6% daripada jumlah anjing yang berusia lebih daripada 2 tahun yang menghidap displasia siku.[16]

Keadaan oftalmologi

[sunting |sunting sumber]

Sebuah kajian Amerika Utara yang menelitiglaukoma pada baka anjing mendapati bahawa cau-cau mempunyai prevalens ketiga tertinggi dengan 4.7% daripada jumlah cau-cau yang menghidap glaukoma berbanding dengan keseluruhan 0.89%.[17]

Keadaan dermatologi

[sunting |sunting sumber]

Sebuah kajian yang meneliti rekod daripada sebuah klinik haiwan kecil diUniversiti Montreal mendapati bahawa cau-cau cenderung terhadapalopesia X.[18]

Semakan terhadap kajian di Australia mendapati bahawa cau-cau cenderung terhadapdermatitis atopi dengan nisbah kemungkinan 7.1.[19]

Sebuah kajian kes Amerika Syarikat mendapati predisposisi terhadappemfigus foliaseus dengan nisbah kemungkinan sebanyak 12.3.[20]

Satu mutasi spesifik baka yang menyebabkan kekurangantirosinase, lalu menyebabkan leukotrikia wujud pada cau-cau.[21]

Keadaan gastrousus

[sunting |sunting sumber]

Sebuah kajian United Kingdom yang menelitikekurangan pankreas eksokrin pada baka mendapati bahawa cau-cau cenderung terhadap keadaan ini.[22]

Keadaan neoplasia

[sunting |sunting sumber]

Siri kes Austria mendapati nisbah kemungkinan sebanyak 23.53 untuk menghidapkanser perut.[23]

Sebuah kajian Amerika Syarikat yang meneliti kesmelanoma mulut mendapati bahawa baka ini terlebih diwakili dengan nisbah kemungkinan sebanyak 7.89.[24]

Keadaan pembiakan

[sunting |sunting sumber]

Dalam sebuah kajian Belgium, cau-cau betina merangkumi 6.4% daripada jumlah kespiometra sungguhpun baka ini merangkumi 1.6% daripada jumlah populasi. Piometra didapati lebih ekstrem pada baka ini dengananemia danendotoksemia yang dilaporkan.[23]

Keadaan lain

[sunting |sunting sumber]

Cau-cau dapat menderitaidiabetes melitus[25] dankanser perut.[26] Cau-cau ialah baka berisiko tinggi untukpenyakit autoimun.[27]

  • Seekor cau-cau dengan lapis bulu kemerah-merahan
    Seekor cau-cau dengan lapis bulu kemerah-merahan
  • Bulu cau-cau khususnya tebal di kawasan leher yang memberinya penampilan lingkaran bulu atau surai.
    Bulu cau-cau khususnya tebal di kawasan leher yang memberinya penampilan lingkaran bulu atau surai.

Anjing terkenal

[sunting |sunting sumber]
Seekor cau-cau betina yang bertanding dalam ketangkasan anjing

Sigmund Freud memiliki seekor cau-cau bernamaJo-Fi Ling yang menghadiri kesemua sesi terapi beliau kerana beliau berasa bahawa anjing memiliki deria istimewa yang membolehkannya menilai perwatakan seseorang dengan tepat dan mengaku bahawa beliau bergantung pada Jo-Fi untuk pentaksiran keadaan mental pesakit.[28]

Laksmana Tentera Laut Amerika SyarikatGeorge Dewey memperoleh seekor cau-cau di Hong Kong pada tahun 1898 dan menamainya Bob. Bob jarang meninggalkan sisi laksamana dan ikut serta di atas penjajapUSS Olympia. Bob mati pada tahun 1899 akibat termakan coklat yang diberikan kepada Dewey oleh pengirim ucap selamat semasa ketibaanOlympia di Bandar Raya New York.[perlu rujukan]

Walt Disney dan isteri beliau,Lillian Disney, memiliki seekor cau-cau bernama Sunnee. Ia merupakan anjing pertama pasangan itu. Walt didakwa menghadiahi Lilly cau-cau itu di dalam kotak topi yang mengilhamkan adegan dalamLady and the Tramp yang melibatkan penghadiahan Lady dengan cara sama.[29][sumber lebih baik diperlukan]

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]

Catatan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Jawi: چاو٢;Cina:獢獢;pinyin:xiāoxiāo;bahasa Inggeris:chow chow; chow-chow

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitanCau-cau
  1. ^abcdefghijklWilcox, Charlotte (1999).The Chow Chow [Cau-cau] (dalam bahasa Inggeris). Mankato, Minnesota, Amerika Syarikat:Capstone Publishers.ISBN 9780736801591.OCLC 903504793.
  2. ^Case, Linda P. (23 Mei 2005).The Dog: Its Behavior, Nutrition, and Health [Anjing: Tingkah Laku, Pemakanan, dan Kesihatannya] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). Ames, Iowa, Amerika Syarikat:Wiley-Blackwell. m/s. 23.ISBN 9780813812540.OCLC 56614326.
  3. ^ab"Colours and coat type" [Warna dan jenis bulu] (dalam bahasa Inggeris). Chow Chow Club of Gauteng. Diarkibkan daripadayang asal pada 28 Mac 2012. Dicapai pada1 Januari 2024.
  4. ^Larson, Greger John; Karlsson, Elinor Kathryn; Perri, Angela R.; Webster, Matthew Thomas; Ho, Simon Y. W.;Peters, Joris; Stahl, Peter W.;Piper, Philip John; Lingaas, Frode; Fredholm, Merete; Comstock, Kenine E.; Modiano, Jaime F.; Schelling, Claude; Agoulnik, Alexander I.; Leegwater, Peter A. J.;Dobney, Keith M.;Vigne, Jean-Denis; Vilà Arbonès, Carles;Andersson, Leif Bertil;Lindblad-Toh, Kerstin (21 Mei 2012).Burger, Joachim (penyunting)."Rethinking dog domestication by integrating genetics, archeology, and biogeography" [Memikirkan pembelajinakan anjing semula dengan menyepadukan genetik, arkeologi, dan biogeografi].Proceedings of the National Academy of Sciences of the United States of America (dalam bahasa Inggeris).Akademi Sains Kebangsaan Amerika Syarikat.109 (23): 8878–8883.Bibcode:2012PNAS..109.8878L.doi:10.1073/pnas.1203005109.hdl:1828/8411.ISSN 1091-6490.JSTOR 41603020.PMC 3384140.PMID 22615366.S2CID 7845853.
  5. ^Yang, Hechuan; Wang, Guodong; Wang, Meng; Ma, Yaping; Yin, Tingting; Fan, Ruoxi; Wu, Hong; Zhong, Li; Irwin, David Michael; Zhai, Weiwei;Zhang, Yaping (16 Februari 2017)."The origin of chow chows in the light of the East Asian breeds" [Asal usul cau-cau bersangkutan dengan baka Asia Timur].BMC Genomics (dalam bahasa Inggeris).BioMed Central.18 (1): 174.doi:10.1186/s12864-017-3525-9.hdl:1807/83433.ISSN 1471-2164.PMC 5312535.PMID 28201986.S2CID 3672853.
  6. ^"chow".Online Etymology Dictionary (dalam bahasa Inggeris). Harper Family LLC. Dicapai pada20 Julai 2024.
  7. ^"AKC MEET THE BREEDS®: Chow Chow" [KENALI BAKA AKC: Cau-cau] (dalam bahasa Inggeris).American Kennel Club. Diarkibkan daripadayang asal pada 21 Julai 2012. Dicapai pada2 Januari 2024.
  8. ^"The FCI Breed Standard" [Piawaian Baka FCI] (dalam bahasa Inggeris). chowchow.at. 9 Jun 1999. Diarkibkan daripadayang asal pada 11 Ogos 2012. Dicapai pada2 Januari 2024.
  9. ^Welsh, Kathy; Wallace, Anna; DeGruy, Vicki."The Truth About Those Black Tongues" [Kebenaran tentang Lidah Hitam Itu] (dalam bahasa Inggeris). Chow Welfare. Diarkibkan daripadayang asal pada 7 September 2019. Dicapai pada2 Januari 2024.
  10. ^"Will Your Canine Affect Your Homeowners Insurance Policy?" [Adakah Anjing Anda Akan Menjejaskan Dasar Insurans Empunya Kediaman Anda?] (dalam bahasa Inggeris). InsuranceAgents.com. Diarkibkan daripadayang asal pada 14 Oktober 2012. Dicapai pada2 Januari 2024.
  11. ^Sacks, Jeffrey J.; Sinclair, Leslie; Gilchrist, Julie; Golab, Gail C.; Lockwood, Randall (15 September 2000)."Breeds of dogs involved in fatal human attacks in the United States between 1979 and 1998" [Baka anjing yang terlibat dalam serangan manusia maut di Amerika Syarikat pada antara tahun 1979 dengan tahun 1998].Journal of the American Veterinary Medical Association (dalam bahasa Inggeris).Persatuan Perubatan Veterinar Amerika.217 (6): 836–840.doi:10.2460/javma.2000.217.836.ISSN 1943-569X.PMID 10997153.S2CID 10817039.
  12. ^"Chow Chow" [Cau-cau] (dalam bahasa Inggeris).American Kennel Club. Dicapai pada2 Januari 2024.
  13. ^abJones, Christina (18 Jun 2021)."8 Unique Chow Chow Colors: A Guide To Rare Patterns" [8 Warna Unik Cau-cau: Panduan untuk Corak Jarang] (dalam bahasa Inggeris). PupVine. Dicapai pada2 Januari 2024.
  14. ^McMillan, Kirsten Marie; Bielby, Jon; Williams, Carys Louisa; Upjohn, Melissa Mary; Casey, Rachel Alison; Christley, Robert Matthew (1 Februari 2024)."Longevity of companion dog breeds: those at risk from early death" [Kelanjutan usia baka anjing teman: yang berisiko untuk kematian awal].Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris).Nature Portfolio.14 (1): 531.Bibcode:2024NatSR..14..531M.doi:10.1038/s41598-023-50458-w.ISSN 2045-2322.PMC 10834484Check|pmc= value (bantuan).PMID 38302530Check|pmid= value (bantuan).S2CID 267382263Check|s2cid= value (bantuan).
  15. ^Witsberger, Tige H.; Villamil, Jose Armando; Schultz, Loren G.; Hahn, Allen W.; Cook, James Lee (15 Jun 2008)."Prevalence of and risk factors for hip dysplasia and cranial cruciate ligament deficiency in dogs" [Prevalens dan faktor-faktor risiko bagi displasia pinggul dan kekurangan ligamen krusiat kranium pada anjing].Journal of the American Veterinary Medical Association (dalam bahasa Inggeris).Persatuan Perubatan Veterinar Amerika.232 (12): 1818–1824.doi:10.2460/javma.232.12.1818.ISSN 1943-569X.PMID 18598150.S2CID 11682638.
  16. ^Oberbauer, Anita M.; Keller, G. Gregory; Famula, Thomas R. (24 Februari 2017). Loor, Juan Jose (penyunting)."Long-term genetic selection reduced prevalence of hip and elbow dysplasia in 60 dog breeds" [Pemilihan genetik jangka panjang mengurangkan prevalens displasia pinggul dan displasia siku pada 60 baka anjing].PLOS One (dalam bahasa Inggeris).PLOS.12 (2): e0172918.Bibcode:2017PLoSO..1272918O.doi:10.1371/journal.pone.0172918.ISSN 1932-6203.PMC 5325577.PMID 28234985.S2CID 45459111.
  17. ^Gelatt, Kirk Norman; MacKay, Edward O. (18 Februari 2004). "Prevalence of the breed-related glaucomas in pure-bred dogs in North America" [Prevalens glaukoma berkaitan dengan baka pada anjing baka tulen di Amerika Utara].Veterinary Ophthalmology (dalam bahasa Inggeris).Wiley.7 (2): 97–111.doi:10.1111/j.1463-5224.2004.04006.x.ISSN 1463-5224.PMID 14982589.S2CID 46589186.
  18. ^Scott, Danny W.; Paradis, Manon (Disember 1990)."A survey of canine and feline skin disorders seen in a university practice: Small Animal Clinic, University of Montréal, Saint-Hyacinthe, Québec (1987-1988) = Une étude portant sur les maladies dermatologiques canines et félines examinées à une clinique universitaire: Hôpital des Petits Animaux, Université de Montréal, Saint-Hyacinthe, Québec (1987-1988)" [Tinjauan kecelaruan kulit anjing dan kucing yang terlihat dalam amalan universiti: Klinik Haiwan Kecil, Universiti Montréal, Saint-Hyacinthe, Québec (1987–1988) = Kajian tentang penyakit dermatologi anjing dan kucing yang diperiksa di sebuah klinik universiti: Klinik Haiwan Kecil, Universiti Montréal, Saint-Hyacinthe, Québec (1987–1988)].Canadian Veterinary Journal (dalam bahasa Inggeris).Canadian Veterinary Medical Association.31 (12): 830–835.ISSN 0008-5286.PMC 1480900.PMID 17423707.S2CID 23987511.
  19. ^Mazrier, Hamutal; Vogelnest, Linda Jean; Thomson, Peter Campbell; Taylor, Rosanne Maree; Williamson, Peter (18 Mei 2016). "Canine atopic dermatitis: breed risk in Australia and evidence for a susceptible clade" [Dermatitis atopi anjing: risiko baka di Australia dan bukti untuk klad rentan].Veterinary Dermatology (dalam bahasa Inggeris).Wiley.27 (3): 167–e42.doi:10.1111/vde.12317.ISSN 1365-3164.PMID 27188769.S2CID 33487743.
  20. ^Kuhl, K. A.; Shofer, Frances S.; Goldschmidt, Michael H. (Januari 1994)."Comparative Histopathology of Pemphigus Foliaceus and Superficial Folliculitis in the Dog" [Histopatologi Bandingan bagi Pemfigus Folisaeus dan Folikulitis Superfisial pada Anjing].Veterinary Pathology (dalam bahasa Inggeris).Sage Publishing.31 (1): 19–27.doi:10.1177/030098589403100103.ISSN 1544-2217.PMID 8140722.S2CID 2609668.
  21. ^Englar, Ryane E. (3 Julai 2019). "Changes in Coat Color" [Perubahan Warna Lapis Bulu].Common Clinical Presentations in Dogs and Cats [Perbentangan Klinikal Lazim pada Anjing dan Kucing] (dalam bahasa Inggeris). Hoboken, New Jersey, Amerika Syarikat:Wiley. m/s. 140.doi:10.1002/9781119414612.ch8.ISBN 9781119414582.OCLC 1079848431.
  22. ^Batchelor, Daniel James; Noble, Peter-John Mäntylä; Cripps, Peter J.; Taylor, Rebecca H.; McLean, Lynn; Leibl, Marion A.; German, Alexander James (Mac 2007). "Breed Associations for Canine Exocrine Pancreatic Insufficiency" [Perkaitan Baka untuk Kekurangan Pankreas Eksokrin Anjing].Journal of Veterinary Internal Medicine (dalam bahasa Inggeris).Wiley.21 (2): 207–214.doi:10.1111/j.1939-1676.2007.tb02950.x.ISSN 1939-1676.PMID 17427378.S2CID 5797861.
  23. ^abGough, Alex; Thomas, Alison; O'Neill, Dan Gerard (23 April 2018).Breed Predispositions to Disease in Dogs & Cats [Predisposisi Baka terhadap Penyakit pada Anjing dan Kucing] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-3). Hoboken, New Jersey, Amerika Syarikat:Wiley-Blackwell. m/s. 71–72.ISBN 9781119225546.OCLC 1004480983.
  24. ^Ramos-Vara, José Antonio; Beissenherz, Marilyn E.; Miller, Margaret A.; Johnson, Gayle Christy; Pace, Lanny W.; Fard, A.; Kottler, Stephanie J. (November 2000)."Retrospective Study of 338 Canine Oral Melanomas with Clinical, Histologic, and Immunohistochemical Review of 129 Cases" [Kajian Retrospektif tentang 338 Melanoma Mulut Anjing dengan Semakan Klinikal, Histologi, dan Imunohistokimia bagi 129 Kes].Veterinary Pathology (dalam bahasa Inggeris).Sage Publishing.37 (6): 597–608.doi:10.1354/vp.37-6-597.ISSN 1544-2217.PMID 11105949.S2CID 19337366.
  25. ^"Diabetes Mellitus" [Diabetes Melitus] (dalam bahasa Inggeris). Yayasan Kesihatan AnjingAmerican Kennel Club. Diarkibkan daripadayang asal pada 2 Oktober 2011. Dicapai pada2 Januari 2024.
  26. ^"01093A: Positional Cloning of the Gene(s) for Gastric Cancer in the Chow Chow" [01093A: Pengklonan Kedudukan bagi Gen(-gen) untuk Kanser Perut pada Cau-cau] (dalam bahasa Inggeris). Yayasan Kesihatan AnjingAmerican Kennel Club. Diarkibkan daripadayang asal pada 2 Oktober 2011. Dicapai pada2 Januari 2024.
  27. ^"0001847: Establishment of a Genetic Database for Disease Association Studies in the Major Histocompatibility complex for Purebred Dogs" [0001847: Pengasasan Pangkalan Data Genetik untuk Kajian Perkaitan Penyakit dalam Kompleks Kehistoserasian Besar untuk Anjing Baka Tulen] (dalam bahasa Inggeris). Yayasan Kesihatan AnjingAmerican Kennel Club. Diarkibkan daripadayang asal pada 2 Oktober 2011. Dicapai pada2 Januari 2024.
  28. ^Coren, Stanley; Walker, Janet (3 November 1997).What Do Dogs Know? [Apakah yang Diketahui oleh Anjing?] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat:Free Press. m/s. 128.ISBN 9780684848600.OCLC 37640414.
  29. ^"WALT DISNEY'S CHOW "SUNNEE" INSPIRES MOVIE" [CAU-CAU WALT DISNEY "SUNNEE" MENGILHAMI FILEM] (dalam bahasa Inggeris). ChowTales. 4 Februari 2014.Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Januari 2016. Dicapai pada2 Januari 2024.
Anjing berasal dariChina danTaiwan
 Republik Rakyat China
 Tibet
 Taiwan
Anjing jenisspits
Anjing kereta luncur salji
Anjing pemburu
Anjing gembala
Baka Asia
Anjing teman
Baka pupus
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Cau-cau&oldid=6418150"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp