Blanchett dilahirkan pada 14 Mei 1969 diIvanhoe.[2] Beliau merupakan anak kedua daripada tiga adik-beradik, mempunyai seorang abang yang bekerja sebagai jurutera sistem komputer dan seorang adik perempuan yang bekerja sebagai pereka teater.[3] Ibu beliau, June (née Gamble),[4] bekerja sebagai pemaju hartanah dan guru manakala bapa beliau, Robert DeWitt Blanchett, Jr. adalah seorang pendudukTexas, bekas pegawai tentera laut Amerika Syarikat yang kemudiannya bekerja sebagai eksekutif pengiklanan.[5][6] Blanchett berketurunan Inggeris, Scotland dan Perancis.[7][8][9]
Beliau menghadiri sekolah rendah di Sekolah Rendah Ivanhoe Timur. Untuk pendidikan menengah, beliau menghadiri Sekolah Grammar Perempuan Ivanhoe dan kemudiannya Kolej Methodist Perempuan.[10] Beliau mempelajari ekonomi dan seni halus diUniversiti Melbourne tetapi keluar selepas setahun untuk pergi luar negara. Semasa di Mesir, Blanchett diminta untuk menjadi pelakon tambahan sebagai ahli sorak Amerika dalam filem tinju Mesir,Kaboria dan kerana memerlukan duit, beliau menerima tawaran tersebut.[3][11] Selepas kembali ke Australia, beliau berpindah ke Sydney dan mendaftar di Institut Kebangsaan Seni Dramatik (NIDA) untuk mengejar kerjaya lakonan.[11] Beliau menamatkan pengajian dari NIDA pada tahun 1992.[3]
Peranan pentas besar pertama Blanchett adalah dalam lakonan pentas tahun 1992,Oleanna untuk Syarikat Teater Sydney. Pada tahun itu, beliau dipilih untuk watak Clytemnestra dalam produksi Sophocles,Electra. Beberapa minggu selepas latihan, pelakon yang melakonkan peranan utama menarik diri dan pengarah, Lindy Davies memilih Blanchett untuk peranan tersebut. Lakonan beliau sebagai Electra menjadi salah satu peranan beliau yang dipuji secara meluas di NIDA.[12] Pada tahun 1993, Blanchett dianugerahkan Anugerah Pendatang Baru Pengkritik Teater Sydney untuk lakonannya dalamKafka Dances dan memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik untuk lakonannya dalamOleanna, menjadikan beliau pelakon pertama untuk memenangi kedua-dua kategori pada tahun yang sama.[12] Blanchett melakonkan watak Ophelia dalam produksi tahun 1994–95,Hamlet diarahkan oleh Neil Armfield, dibintangi Rush dan Richard Roxburgh dan dicalonkan untuk Anugerah Green Room. Beliau muncul dalam minisiri TV tahun 1994,Heartland, minisiri tahun 1995,Bordertown dan dalam sebuah episodPolice Rescue bertajuk "The Loaded Boy".[13][14] Beliau juga muncul dalam filem pendek 50 minit,Parklands (1996) yang menerima pencalonan Institut Filem Australia (AFI) untuk Lakon Layar Asal Terbaik.[15][16]
Blanchett membuat penampilan filem pertamanya sebagai seorang jururawat Australia yang ditangkap oleh Tentera Jepun semas Perang Dunia Kedua dalam filem 1997,Paradise Road yang dibintangiGlenn Close danFrances McDormand. Peranan utama pertamanya, juga pada tahun 1997, merupakan sebagai Lucinda Leplastrier dalamaOscar and Lucinda. Blanchett menerima pujian meluas untuk lakonannya[11] dan meneriman pencalonan Anugerah AFI pertamanya untuk Pelakon Wanita Terbaik tetapi tewas kepadaDeborah Mailman.[17] Beliau memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik AFI pada tahun yang sama untuk peranannya sebagai Lizzie dalam filem 1997,Thank God He Met Lizzie, juga dibintangi Richard Roxburgh danFrances O'Connor.[11]
Sudah menjadi seorang pelakon terkenal, Blanchett menerima ramai peminat baru apabila beliau muncul dalam trilogiThe Lord of the Rings, melakonkan watak Galadriel dalam ketiga-tiga filem. Trilogi ini memegang rekod sebagai filem trilogi dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman.[18] Sebagai tambahan kepadaThe Lord of the Rings, tahun 2001 juga menyaksikan Blanchett mempelbagaikan portfolio beliau dengan pelbagai peranan dalamCharlotte Gray,The Shipping News danBandits dimana beliau menerima pencalonan kedua Anugerah Golden Globe dan Anugerah SAG.[19] Pada tahun 2002, Blanchett muncul bersama-samaGiovanni Ribisi dalamHeaven.[20] Tahun 2003 sekali lagi menyaksikan Blanchett melakonkan pelbagai peranan; Galadriel dalamfilem ketiga dan terakhir trilogi Lord of the Rings (yang memenangiAnugerah Akademi untuk Filem Terbaik),The Missing,Coffee and Cigarettes dimana beliau menerima pencalonan Anugerah Independent Spirit danVeronica Guerin yang mendapatkan beliau pencalonan Anugerah Golden Globe.
Pada tahun 2005, beliau memenangi Anugerah Akademi pertamanya untuk Pelakon Pembantu Wanita Terbaik untuk peranan beliau sebagaiKatharine Hepburn dalam filem arahanMartin Scorsese,The Aviator.[21] Pada tahun itu, Blanchett memennagi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Institut Filem Australia untuk peranannya sebagai Tracy Heart dalam filem Australia,Little Fish.[22] Walaupun kurang dikenali di peringkat global berbanding filem-filem beliau,Little Fish menerima pujian kritis di negara asal beliau, Australia dan dicalonkan untuk 13 anugerah Institut Filem Australia.[23][24]
Pada tahun 2007, Blanchett dinamakan oleh majalahTime sebagai salah seorang daripada 100 Orang Paling Berpengaruh di Dunia dan salah seorang pelakon wanita paling berjaya oleh majalahForbes.[26] Blanchett membuat penampilan kameo sebagai Janine, seorang saintis forensik dan bekas teman wanita karakterSimon Pegg dalamHot Fuzz (2007).
Beliau menyambung wataknya sebagai Ratu Elizabeth I dalam filem sekuel tahun 2007,Elizabeth: The Golden Age dan melakonkan watak Jude Quinn dalamI'm Not There. Beliau memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Piala Volpi di Festival Filem Venice, Anugerah Independent Spirit dan Anugerah Golden Globe untuk lakonan beliau sebagai Jude Quinn.[27] DiAnugerah Akademi ke-80, Blanchett menerima dua pencalonan Anugerah Akademi—Pelakon Wanita Terbaik untukElizabeth: the Golden Age dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik untukI'm Not There—menjadikan beliau pelakon kesebelas untuk menerima dua pencalonan pelakon pada tahun yang sama.[28] Untuk pencapaian beliau pada tahun itu,Roger Ebert berkata, "Blanchett boleh muncul dalam Festival Filem Toronto yang sama melakonkan watak Elizabeth dan Bob Dylan, kedua-duanya dengan baik sekali merupakan satu keajaiban lakonan".[29]
Blanchett kembali ke teater pada tahun 2009 menerusi produksi Syarikat Teater Sydney,A Streetcar Named Desire, diarahkan oleh Liv Ullmann. Beliau membintangi sebagai Blanche DuBois bersama-samaJoel Edgerton sebagai Stanley Kowalski. Ia menerima kejayaan kritis serta komersial dan Blanchett menerima pujian meluas unuk lakonan beliau sebagai Blanche DuBois.[6][33][34][35] Blanchett memenangi Anugerah Teater Sydney untuk Pelakon Wanita Terbaik dalam Peranan Utama.[36] Produksi itu dan Blanchett menerima Anugerah Helen Hayes.[37]
Blanchett muncul bersama-samaRussell Crowe dalam filem arahanRidley Scott,Robin Hood pada tahun 2010. Pada tahun 2011, beliau melakonkan watak ejen CIA, Marissa Wiegler dalam filem aksi thriller arahanJoe Wright,Hanna.
Pada tahun 2011, Blanchett mengambil bahagian dalam dua produksi Syarikat Teater Sydney. Beliau melakonkan watak Lotte KotteGroß und klein (Big and Small), diarahkan oleh Benedict Andrews.[38] Selepas persembahan di Sydney, produksi itu menjelajah keLondon,Paris, Festival Vienna dan Ruhrfestspiele.[6] Blanchett dan produksi itu menerima pujian meluas.[39][40][41][42][43] Blanchett dicalonkan untuk Anugerah Evening Standard London untuk Pelakon Wanita Terbaik,[44], memenangi Anugerah Teater Sydney untuk Pelakon Wanita Terbaik dalam Peranan Utama[45] dan Anugerah Helpmann untuk Pelakon Wanita Terbaik. Beliau kemudiannya melakonkan watak Yelena dalamUncle Vanya.[46] Produksi itu dan Blanchett menerima pujian kritis.[47][48][49]
Blanchett menyambung watak beliau sebagai Galadriel di dalam filemThe Hobbit (2012–14), prekuel kepada siri filemThe Lord of the Rings.[50] Beliau menyuarkaan watak "Penelope" dalam sebuah episodFamily Guy bertajuk "Mr. and Mrs. Stewie" dan RatuElizabeth II di dalam episod "Family Guy Viewer Mail 2".[51][52] Blanchett kembali dalam filem Australia dengan muncul dalamThe Turning (2013), sebuah filem antologi berdasarkan koleksi cerita pendek oleh Tim Winton.[53] Beliau merupakan ketua juri Festival Filem Antarabangsa Dubai pada tahun 2012 dan 2013.[54]
Pada tahun 2013, Blanchett melakonkan watak Jasmine French, watak utama dalam filem arahanWoody Allen,Blue Jasmine, juga dibintangiAlec Baldwin danSally Hawkins. Beliau menerima ulasan hangat untuk lakonan beliau dengan beberapa pengkritik menggelarkan ia sebagai peranan terbaik dalam kariernya (mengatasi peranan beliau dalamElizabeth).[55] Lakonan beliau mendapatkannya lebih daripada 40 anugerah industri dan pengkritik termasuk Anugerah LAFCA, Anugerah NYFCC, Anugerah NSFC, Anugerah Critics' Choice, Anugerah Lakonan Luar Biasa Tahunan Festival Filem Antarabangsa Santa Barbar, Anugerah Akademi Australia (AACTA), anugerah SAG, anugerah Golden Globe, anugerah BAFTA, Anugerah Independent Film Spirit dan Anugerah Akademi untuk Pelakon Wanita Terbaik. Kemenangan Blanchett menjadikan beliau pelakon wanita keenam untuk memenangi Oskar dalam kedua-dua kategori lakonan, pelakon ketiga untuk memenangi Pelakon Wanita Terbaik selepas Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dan pelakon Australia pertama untuk memenangi lebih daripada satu Oskar bagi kategori lakonan.[56][57]
Pada tahun 2015, Blanchett membintangi lima filem. Beliau melakonkan watak Nancy dalam filem arahanTerrence Malick,Knight Of Cups yang ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Berlin pada bulan Februari 2015.[61] Beliau melkonkan watak Lady Tremaine, ibu tiri Cinderella dalam filem Disney,Cinderella.[62][63] Beliau membintangi bersama-samaRooney Mara dalamCarol, sebuah filem adaptasi Patricia Highsmith,The Price of Salt. Blanchett merupakan penerbit eksekutif filem ini. Beliau juga melakonkan watak Mary Mapes dalamTruth, sebuah filem tentang kontroversi dokumen Killian. Syarikat produksi Blanchett merupakan rakan kongsi penerbit untuk filem ini.[64] Blanchett juga muncul dalamManifesto.
Blanchett dijadual akan muncul dalam filem arahan Malick,Weightless.[65] Beliau juga akan membintangi sebagai Marisa Acocella Marchetto dalam filemHBO,Cancer Vixen, ditulis dan diarahkan olehJulie Delpy.[66] Blanchett akan menyuarakan watak Kaa dalamJungle Book: Origins.[67] Blanchett akan menyuarakan salah satu daripada dua versi dokumentari arahan Terrence Malick,Voyage of Time, dijadual ditayangkan pada tahun 2016.[68][69]
Blanchett akan membangun dan mengarah siri drama Australia,Stateless. Projek ini dibiayai oleh Screen Australia dan diterbitkan oleh syarikat produksi Blanchett dan Andrew Upton.[13][70] Pada bulan September 2015, ia telah diumumkan bahawa Blanchett akan melakonkan watak Lucille Ball dalam sebuah filem biografi yang belum mempunyai tajuk.[71] Pada bulan November 2015, ia telah dilaporkan bahawa Blanchett berada dalam perbincangan untuk muncul dalam filem adaptasi dari buku,Where'd You Go Bernadette yang akan diarahkan olehRichard Linklater.[72] Pada bulan Disember 2015, ia telah diumumkan bahawa Blanchett berada dalam perbincangan untuk melakonkan salah satu watak wanita utama dalamThor: Ragnarok.[73]
Sehingga tahun 2015, filem-filem Blanchett telah mengutip lebih daripada 9 bilion dolar di box-office seluruh dunia.[74] Sehingga tahun 2015, Blanchett telah muncul dalam tujuh filem yang dicalonkanAnugerah Akademi untuk Filem Terbaik:Elizabeth (1998), trilogiThe Lord of the Rings (2001, 2002 dan 2003),The Aviator (2004),Babel (2006) danThe Curious Case of Benjamin Button (2008).
Suami Blanchett adalah seorang penulis drama dan skrip, Andrew Upton. Mereka berjumpa pada tahun 1996 di set sebuah rancangan TV,[75] dan berkahwin pada 29 Disember 1997.[76] Blanchett dan Upton mempunyai empat orang anak: Dashiell John (l. Disember 2001),[77] Roman Robert (l. April 2004),[78] Ignatius Martin (l. April 2008),[79] dan anak angkat, Edith Vivian Patricia.[80]
^"1998 Winners & Nominees".aacta.org. Australian Academy of Cinema and Television Arts. Dicapai pada1 February 2015.
^"NEW CHART: Top Trilogies". Box Office Mojo. 21 September 2004. Dicapai pada17 October 2007.Italic or bold markup not allowed in:|publisher= (bantuan)
Pomerance, Murray, penyunting (2011). "Kate Winslet and Cate Blanchett—The Performance Is the Star".Shining in Shadows: Movie Stars of the 2000s. Star Decades: American Culture/American Cinema. Rutgers University Press. m/s. 10, 182–199.ISBN081355148X.
Riggs, Thomas (2007).Contemporary Theatre, Film and Television.77. Cengage Gale.ISBN9780787690502.