Cat Farish | |
---|---|
Kelahiran | Farish bin Ramli (1974-07-12)12 Julai 1974 (umur 50) |
Nama lain | Cat Ruffedge (semasa bersama Ruffedge), Cat Fabuloso |
Pekerjaan | Pemuzik, penyanyi, pelakon, penulis lagu, penerbit rakaman, ahli perniagaan, pengarah |
Tahun aktif | 1998–kini |
Pasangan | |
Anak-anak | 3 |
Kerjaya muzik | |
Genre | Hip hop,pop,R&B |
Alat muzik | Vokal,rap |
Syarikat rakaman |
|
Kegiatan berkaitan | Ruffedge,The Fabulous Cats, Tiga Swagger |
Farish Ramli atau lebih dikenali sebagaiCat Farish (lahir 12 Julai 1974) ialah seorang pemuzik, penyanyi, pelakon, penulis lagu, penerbit rakaman, pengarahMalaysia dan salah seorang daripada anggota asal kumpulanRuffedge.[1] Beliau mengasaskan Ruffedge pada 1997 dan merupakan penyanyi rap bagi kumpulan ini. Beliau kemudiannya mewujudkan kumpulan muziknya sendiri,The Fabulous Cats pada 2006[2] dan Tiga Swagger pada 2014[3]. Beliau turut menulis lagu dan terbabit dalam beberapa projek yang melibatkan artis baru seperti FO3, Nabil, Sedozen, Moleq dan Caprise N Noa. Beliau turut memiliki sebuah studio muzik diKuala Lumpur.
Di luar bidang muzik, beliau juga bergiat aktif dalam bidang lakonan dan telah membintangi beberapa filem termasukRemp-It (2006),Impak Maksima (2007),Jangan Pandang Belakang Congkak (2009) danCoverina (2015) serta telah membintangi beberapa drama TV termasukGerak Khas.
Beliau dilahirkan pada 12 Julai 1974 diTeluk Intan,Perak dan merupakan anak sulung daripada dua beradik. Beliau mempunyai seorang adik perempuan. Membesar diUlu Kinta, Cat mendapat pendidikan diSMK St. Anthony Teluk IntanDiarkibkan 2011-10-08 diWayback Machine. Menurutnya, semasa konsert Jelajah Era diTeluk Intan, Cat menyatakan bahawa beliau pernah tinggal di Eastern Garden. Cat pernah bekerja dengan beberapa kedai muzik, antaranya Tower Records, beliau juga pernah bergiat aktif bersama kumpulan Hakikat di kampung halamannya.
Cat Farish merupakan salah seorang daripada anggota asal kumpulanRuffedge sewaktu penubuhannya pada 1998, bersama-sama dengan tiga ahlinya yang lain termasukAzan Addin,Zain Hamid danMode. Beliau bersama rakan-rakan Ruffedge muncul dalam lagu nyanyian kumpulanToo Phat, "Too Phat Baby" yang dimuatkan dalam album sulung Too Phat,Whuttadilly?! (1999) serta lagu "Tell Shorty" (turut menampilkankumpulan VE) dari album ketiga kumpulan itu,360° (2003).
Pada 2002, mereka bersama kumpulan VE melancarkan albumExtreme Pleasure yang diterbitkan oleh The Promise Clan danPositive Tone dan diedarkan olehEMI Music Malaysia, Ruffedge diperkenalkan menerusi single sulung mereka "Tiada Lagi Cinta" menampilkan kumpulan hip hop Singapura, Urban Xchange. Pada 2003, albumExtreme Pleasure Extra dikeluarkan dengan penambahan beberapa lagu baru termasuk "Saat Bahagia" dan "Khayalan" (dipopularkan oleh kumpulanBlack Dog Bone).Amer Munawer menyertai Ruffedge pada tahun yang sama.
Selepas pemisahan antara VE dan Ruffedge, Ruffedge membawa haluan sendiri dengan melancarkan album pertama merekaDefined pada Mac 2004. Cat mencipta dan menulis kebanyakan lagu nyanyian Ruffedge di dalam albumDefined, lagu "Tipah Tertipu" dikeluarkan pada single pertama. Antara lagu-lagu Ruffedge yang menampilkan nyanyianrap oleh Cat termasuk "Tipah Tertipu", "Aura", "Kerna" dan "Da’ Bomb". Pada 2005, album kedua kumpulan ini,Ruffera dikeluarkan dengan kemasukanSyed Hussein sebagai ahli baru menggantikan Mode yang mengundurkan diri kerana komitmennya pada keluarga dan kerjayanya.
Pada April 2006, Cat mengumumkan pengundurannya daripada Ruffedge kerana komitmen lain dan situasi di luar kawalannya.
Pada Mei 2015, beliau dilaporkan bakal menghidupkan semula Rufedge dengan menyatukan semua barisan ahli asal kumpulan ini termasuk beliau sendiri.[4]
Cat kemudiannya menyatakan keterujaannya kembali bersama Ruffedge.[5]
Selepas meninggalkan Ruffedge, Cat menubuhkan kumpulan muzik barunya yang diberi namaThe Fabulous Cats (TFC) yang pada awalnya menjadi projek solonya, bagaimanapun ia menjadi sebuah kumpulan muzik tetap, bagi melengkapkan ahli kumpulan ini, Cat mengambil Adeep (bekas ahli kumpulan 2D dan Aikanika, kini bersama kumpulan The Muhibbain), DJ Sumo (Luqman Nur Hakim Sulaiman) dan Ellie (Shenty Feliziana, bekas ahliDynda).
Single pertama mereka, "Papa Jahat" menerima putaran meluas di stesen radio seluruh negara dan menduduki tangga teratas diCarta Hot FM 30, bagaimanapun, lagu ini ‘digam’ oleh stesen penyiaran milik kerajaan,RTM berikutan liriknya yang menyindir kaumbapa, malah turut dibincangkan di parlimen.[6]
Kumpulan ini turut berdepan dengan pertukaran ahli sebanyak beberapa kali, terutamanya ahli wanita. Sepanjang tempoh aktif di industri muzik Malaysia, Cat dan TFC menerbitkan 3 album –Fantastik (2007),Hyperkosmik (2008) danFabulousity (2013). Pada 2010, kumpulan ini membuat kemunculan filem cetera mereka menerusi filem drama romantikCuti-Cuti Cinta arahanAhmad Idham lakonanNora Danish danFarid Kamil.[7]
Pada awal 2015, Cat mengumumkan pembubaran TFC. "Sebulatnya" menjadi rakaman terakhir kumpulan ini yang dikeluarkan dua tahun sebelumnya.
Pada 2014, Cat mengasaskan bersama kumpulan Tiga Swagger yang dianggotai oleh empat anak didiknya – Izham Azmi (Beeru), Norasyifa Diana Ahmad Fauzi (Syifa), Eddie dan Rangga.[8] Mereka muncul bersamaZizan Razak menerusi single sulung mereka yang berjudul "Opss! Aku Dah Ter". Selain itu mereka juga merupakan Ikon Suara Generasiku.[9][10]
Semasa masih bersamaRuffedge, Cat bersama kumpulannya ketika itu membuat kemunculan filem cetera pertama menerusi filem 2005,Tipah Tertipu The Movie yang bertemakan filem jalanan arahanAhmad Idham dengan lakonlayar olehMamat Khalid dan turut dibintangi olehIntan Ladyana.[11][12]
Pada 2006, Cat sekali lagi bekerja di bawah arahan Idham, kali ini tanpa Ruffedge. Beliau diberikan peranan sebagai Macha dalam filem aksi perlumbaan motosikalRemp-It yang dibintangi oleh Farid Kamil,Zul Huzaimy danAqasha.[13] Pada Jun 2007, beliau membintangi sebagai Loyai bersamaAwal Ashaari,Opie Zami danYatt dalam filemImpak Maksima.[14][15]
Pada 2008, beliau membuat kemunculan khas dalam filemI'm Not Single arahanPierre Andre lakonan Farid Kamil danLisa Surihani. Juga pada tahun yang sama, beliau membintangi bersamaHaliza Misbun dalam telefilemKembalikan Amanda yang diilhamkan daripada kisah sebenar kes kehilangan kanak-kanak berumur 10 tahun, Sharlinie Mohd Nashar. Beliau juga melakonkan watak pembantu dalam filemSelamat Pagi Cinta arahan sulungYana Samsudin dan juga dramaEzora. Pada 2009, beliau membintangi bersamaLan Pet Pet danShaheizy Sam dalam filem komedi seram,Jangan Pandang Belakang Congkak[16] arahan Ahmad Idham dankesinambungannya pada 2010,[17] Cat memegang watak sebagai Asmat yang bekerja sebagai tukang cuci di studio rakaman.
Cat dan kumpulan The Fabulous Cats membintangi filem komedi romantikCuti-Cuti Cinta (2010) arahan Ahmad Idham lakonan Farid Kamil dan Nora Danish.[18] Beliau sekali lagi bekerja bersama Idham bagi menjayakan watak undangan dalam filem drama romantik gabunganMalaysia-Indonesia,Gerimis Mengundang (2012) lakonanKamal Adli danOlivia Lubis Jensen.
Cat muncul bersamaPekin Ibrahim dalam filemCoverina (2015) arahanKhalid Nadzri. Pada 2016, beliau seterusnya menjayakan watak sebagai peniaga dalam siri drama kepolisanRTM,Gerak Khas episod "Aktivis" dan telefilemAlien Janda Baik arahanYusry KRU untuk slot Karya 12 diAstro Citra.
Pada 2017, Cat mengeluarkan single terbaru iaituSeram Dik Seram bergandingan dengan Eddie G. Lagu ini juga dijadikan runut bunyi untuk DramaMisteri Wan Peah yang bersiaran diTV3. Beliau juga akan menjadi pelakon pembantu dalam drama ini sebagai anak Wan Peah.[19][20]
Cat mendirikan rumahtangga dengan Hartini Ramly pada Mei 2007 dan dikurniakan tiga cahaya mata – Nia Karlyssa (lahir 2008), Eva Latheefa (lahir 2010) dan Qul Iskandar (lahir 2011). Bagaimanapun, perkahwinan mereka berakhir pada April 2016.[21][22][23] Dalam temuramah bersamaBerita Harian pada September 2016,[24] Cat berkata setiap hari beliau menangis memikirkan keluarganya, lebih-lebih lagi dengan anak-anak yang masih kecil dan memerlukan perhatian beliau.[24] Beliau berkata:
"Selepas bercerai, baru saya sedar selama ini saya mengabaikan hati dan perasaan isteri serta anak-anak. Saya terlalu sibuk dengan muzik dan kerjaya hingga tidak mampu memberikan komitmen kepada rumah tangga. Saya dibesarkan dalam keluarga yang berpecah-belah. Saya tidak mahu anak-anak lalui kesusahan yang sama pernah saya rasai,"[24]
Cat juga berkata, selepas perceraiannya dengan Hartiny, hak penjagaan 3 anak mereka kini diberikan kepada bekas isterinya.[24][25] Beliau turut mengakui terlalu hanyut dengan nikmat dunia menjadi punca perceraiainnya.[26] Beliau juga menegaskan "trauma untuk berkahwin".[27]
Beliau berkahwin kali kedua dengan Suriani Hassan pada 20 November 2020.[28] Namun perkahwinan kedua ini juga berakhir iaitu pada Disember 2022.
Pada 13 Julai 2023, beliau mendirikan rumahtangga buat kali ketiga dengan usahawanitaShikin Maembong.
Sepanjang kerjaya sebagai komposer, Cat telah mencipta beberapa lagu untuk penyanyi lain, antaranya ialah:
|
|
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2005 | Tipah Tertipu The Movie | Cat | Filem pertama |
2006 | Remp-It | Macha | |
2007 | Jangan Pandang Belakang | Pemandu Bas | Penampilan khas |
Impak Maksima | Loyai | ||
9 September | Pemandu Bas | ||
2008 | I'm Not Single | Psycho | Pelakon undangan |
Selamat Pagi Cinta | Don | ||
Brainscan: Aku Dan Topi Ajaib | Cat | ||
2009 | Jangan Pandang Belakang Congkak | Asmat / Toyol | |
Jin Notti | Jinbara | ||
2010 | Adnan Semp-It | Macha | |
Semerah Cinta Stilleto | Yani | ||
Jangan Pandang Belakang Congkak 2 | Asmat / Toyol | ||
Cuti-Cuti Cinta | Mahmood | ||
2011 | Hantu Bonceng | Cat | |
2012 | Gerimis Mengundang | Perwakilan Malaysia 2 | Penampilan khas |
2013 | Dampak | Botak | |
2015 | Coverina[29] | Ery | |
2016 | Mat Moto | Macha | Penampilan khas |
Zack Kapcai | Kameo | ||
Mat Moto Otai | Macha | ||
2017 | Minah Moto | Bapa Minah | |
Pencuri Hati Mr. Cinderella | Loyai | ||
2018 | Hantu Wangan | Papa J | |
2019 | Kron | Dr Hamid | Penampilan khas |
2021 | Marabahaya Underground | Loyai | Juga sebagai pengarah bersama |
2022 | Remp-It 2 | Macha | |
Hani | Osman | ||
2024 | Leha | Faizul | |
Reeza GTR | |||
Jangan Pandang Belakang 2: Aku Tahu Asal Usulmu | Pemandu Lori | Penampilan khas | |
2025 | Limbungan: Tragedi Hitam 1975 | Pak Embong |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2008 | Ezora | Bob | TV3 | Drama pertama |
2016 | Gerak Khas (Musim 16) | TV2 | Episod: "Aktivis" | |
2017 | Misteri Wan Peah | TV3 | ||
Gerak Khas (Musim 17) | TV2 | Episod: "Buruan" | ||
2021 | Cik Ayu Mee Sanggul | Hamzah | Astro Ria | |
Keluarga Untuk Disewa | Rizwan | TV9 | ||
2022 | IMperfect | Director HY | Astro Ria | Penampilan khas |
2023 | Kami Budak Band | Ab Bustam | TV3 | |
Dara & The Gang |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2008 | Kembalikan Amanda | Munir | Astro Ria | Telefilem pertama |
2012 | Anak Pak Hussien | Hussien | TV1 | |
2014 | Mana Burger Mak | Unifi TV | ||
2015 | Jodoh Memang Tak Pergi Kemana | Syuk | ||
2016 | Alien Janda Baik | Cikgu Nazri | Astro Citra | |
2023 | Impak Maksima Underground | Johan | Tonton |
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2015 | Betul ke Bohong? (Musim 6) | Artis Jemputan | Astro Warna | Episod 8 |
Betul ke Bohong Sayang? (Musim 8) | Kumpulan Pasangan | Episod 5 |