Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Penyu tempayan

Rencana pilihan
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripadaCaretta)

Penyu tempayan
Penyu tempayan di dalam akuarium.
Pengelasan saintifike
Domain:Eukaryota
Alam:Haiwan
Filum:Chordata
Kelas:Reptilia
Order:Testudines
Klad:Americhelydia
Keluarga:Cheloniidae
Genus:Caretta
Rafinesque, 1814
Spesies:
C. caretta
Nama binomial
Caretta caretta
Taburan Penyu tempayan
Species sinonim
  • Testudo caretta
    Linnaeus, 1758
  • Testudo cephalo
    Schneider, 1783
  • Testudo nasicornis
    Lacépède, 1788
  • Testudo caouana
    Lacépède, 1788
  • Chelone caretta
    Brongniart, 1805
  • Chelonia caouanna
    Schweigger, 1812
  • Caretta nasuta
    Rafinesque, 1814
  • Chelonia cavanna
    Oken, 1816
  • Caretta atra
    Merrem, 1820
  • Caretta cephalo
    Merrem, 1820
  • Caretta nasicornis
    Merrem, 1820
  • Chelonia caretta
    Bory de Saint-Vincent, 1828
  • Testudo corianna
    Gray, 1831
  • Chelonia pelasgorum
    Valenciennesin Bory de Saint-Vincent, 1833
  • Chelonia cephalo
    Gray, 1829
  • Chelonia (Caretta) cephalo
    Lessonin Bélanger, 1834
  • Chelonia caouanna
    Duméril & Bibron, 1835
  • Chelonia (Thalassochelys) caouana
    Fitzinger, 1836
  • Chelonia (Thalassochelys) atra
    Fitzinger, 1836
  • Thalassochelys caretta
    Bonaparte, 1838
  • Chelonia (Caouanna) cephalo
    Cocteauin Cocteau & Bibronin Ramon de la Sagra, 1838
  • Halichelys atra
    Fitzinger, 1843
  • Caounana caretta
    Gray, 1844
  • Caouana elongata
    Gray, 1844
  • Thalassochelys caouana
    Agassiz, 1857
  • Thalassochelys corticata
    Girard, 1858
  • Chelonia corticata
    Strauch, 1862
  • Thalassochelys elongata
    Strauch, 1862
  • Thalassochelys caouana
    Nardo, 1864
  • Eremonia elongata
    Gray, 1873
  • Caretta caretta
    Stejneger, 1873
  • Thalassochelys cephalo
    Barbour & Cole, 1906
  • Caretta caretta caretta
    Mertens & Muller, 1928
  • Caretta gigas
    Deraniyagala, 1933
  • Caretta caretta gigas
    Deraniyagala, 1939
  • Caretta caretta tarapacana
    Caldwell, 1962
  • Chelonia cahuano
    Tamayo, 1962
  • Caretta careta
    Tamayo, 1962[3]
Genus sinonim
  • Caretta
    Rafinesque, 1814
  • Caretta (Thalassochelys)
    Fitzinger, 1835
  • Thalassochelys
    Bonaparte, 1838
  • Caouana
    Cocteauin Ramon de la Sagra, 1838
  • Halichelys
    Fitzinger, 1843
  • Eremonia
    Gray, 1873
  •  ?Pliochelys
    Portis, 1890
  •  ?Proganosaurus
    Portis, 1890[4]

Penyu tempayan (Caretta caretta) ialah sejenispenyu[5] yang tersebar di seluruh dunia. Ia adalah reptilia lautan darikeluargaCheloniidae. Ukuran purata penyu tempayan adalah sekitar 90 cm (35 in) panjang apabila matang, sungguhpun spesimen yang lebih besar hingga 280 cm (110 in) telah ditemui. Penyu tempayan dewasa mempunyai berat kira-kira 135 kg (298 paun), dengan spesimen terbesar seberat lebih dari 450 kg (1,000 paun). Kulit bewarna dari kuning ke coklat, dan kerapasnya biasanya berwarna coklat kemerahan. Tiada perbezaan luaran antara jantina yang dilihat sehingga penyu menjadi dewasa, perbezaan yang paling ketara ialah penyu jantan dewasa mempunyai ekor tebal dan plastrons yang lebih pendek berbanding penyu betina.

Penyu Tempayan boleh ditemui di lautan-lautanAtlantik,Pasifik danHindi, sertaLaut Mediterranean. Ia menghabiskan sebahagian besar kehidupannya di habitat air masin dan muara, dengan penyu betina secara ringkas naik ke darat untuk bertelur. Penyu tempayan mempunyai kadar pembiakan yang rendah; Penyu betina bertelur purata empat rangkap telur dan kemudian menjadi mandul, tidak menghasilkan telur selama dua hingga tiga tahun. Penyu tempayan mencapai kematangan seksual dalam tempoh 17-33 tahun dan mempunyai umur 47-67 tahun.

Penyu Tempayan adalah maserba, makan terutamanya pada invertebrata hidupan dasar laut. Rahangnya yang besar dan berkuasa berfungsi sebagai alat yang berkesan untuk menceraikan mangsanya. Penyu tempayan muda dieksploitasi oleh banyak pemangsa; telur terutamanya sangat terdedah kepada organisma daratan. Apabila Penyu Tempayan mencapai usia dewasa, saiznya yang menggerunkan membatasi pemangsaan kepada haiwan marin yang besar, seperti jerung.

Penyu ini dianggap spesies terancam dan dilindungi oleh Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam. Peralatan penangkapan ikan yang tidak diselenggara menyebabkan banyak kematian penyu. Penyu tempayan juga boleh mati lemas jika mereka terperangkap dalam pukat tunda. Peranti pengecualian penyu telah dilaksanakan dalam usaha mengurangkan kematian dengan menyediakan laluan meloloskan diri untuk penyu. Kehilangan pantai bersarang yang sesuai dan pengenalan pemangsa eksotik juga telah menjejaskan populasi penyu tempayan. Usaha untuk memulihkan bilangan mereka memerlukan kerjasama antarabangsa, karena penyu berkeliaran di laut lepas dan pantai tempat ia bersarang kritikal yang tersebar di beberapa negara.

Ciri-ciri

[sunting |sunting sumber]
Photo of the carapace of a loggerhead sea turtle.
Karapas penyu tempayan yang berwarna coklat kemerahan

Penyu Tempayan ialah penyu dengan cangkerang keras yang terbesar, berbandingpenyu hijau danKura-kura Galapagos. Ia juga penyu kedua terbesar selepasPenyu belimbing.[6][7][8] Penyu dewasa mempunyai berat sekitar 80 ke 200kg dan panjang antara 70 ke 95cm.[6] Berat tertinggi pernah direkodkan adalah 545kg dengan panjang karapas 213cm.[6] Kepala dankarapas (tempurung) berwarna antara jingga kekuningan hinggalah coklat kemerahan, manakala bahagianplastron (perut) biasanya berwarna kuning pucat.[9] Leher dan bahagian tepinya berwarna coklat dan kekuningan.[10]

Cangkerangnya terbahagi kepada dua:karapas danplastron. Karapas terbahagi kepada lima keping yang digelarskut.[9] Biasanya 11 atau 12 pasang skut marginal membentuk karapas.[11] Lima skut vertebral pada bahagian tengah karapas, sementara lima pasang skut kosta disekelilingnya.[12] Skutnukal terletak di dasar kepalanya.[12] Karapasnya disambungkan dengan cangkerang plastron (perut) oleh tiga pasang skut inframarginal yang membentuk penyambung antara tempurung belakang dengan cangkerang perutnya.[12] Plastronnya terdiri daripada sepasang skutgular, humeral, pektoral, abdominal, femoral, dan skut anal (dubur).[11] Cangkerangnya berfungsi sebagai perisai, walaupun penyu tempayan tidak boleh memasukkan kepala dan kesemua kakinya ke dalam cangkerangnya sendiri.[13]

Penyu dewasa mempunyaidiformisme jantina. Penyu dewasa jantan mempunyai ekor dan kuku lebih panjang berbanding betina. Plastron jantan lebih pendek berbanding betina. Karapas jantan lebih luas dan rendah berbanding betina, dan biasanya kepala penyu jantan lebih besar berbanding betina.[14] Jantina anak penyu tidak boleh ditentukan dengan hanya melihat anatominya sahaja, tapi melalui diseksi (pembedahan),laparoskopi (pembedahan abdomen), analisishistologi (anatomi sel), dan radioimunologi iaitu melalui pelabelanisotop (radiolabeling).[14]

Kelenjar lakrimal terletak di belakang setiap mata membolehkan ia mengawal prosesosmosisnya sendiri dengan menyahkan lebihan garam dari air laut. Di darat, penyu yang dilihat sedang menangis sebenarnya adalah proses perkumuhan lebihan garam dari badannya.[15]

Taburan

[sunting |sunting sumber]
Peta taburan Penyu Tempayan sepanjang Lautan Atlantik, Pasifik, dan Laut Hindi, serta Laut Mediterranean
Taburan Penyu Tempayan

Penyu Tempayan mempunyaidistribusi kosmopolitan berbanding spesies-spesies penyu lain. Mereka mendiami sekitar Lautan Atlantik, Lautan hindi, dan Lautan Pasifik serta Laut Mediterranean.[16]

Di Lautan Atlantik, kebanyakan Penyu Tempayan mendiami sepanjang tenggara perairan Amerika utara danTeluk Mexico. Hanya sedikit dijumpai berada di sepanjang Eropah dan perairan Afrika.[17]Florida menjadi pusat pembiakan utama dengan lebih 67,000 sarang dibina setahun. Selain itu, kawasan sarangnya juga dijumpai dari utaraVirginia hinggalah sejauh ke selatanBrazil, serta ke kawasan timur diKepulauan Tanjung Verde yang menjadi pusat pembiakan utama dari sebelah timur Atlantik.

Di Lautan hindi, Penyu Tempayan mencari makan sekitar perairan Afrika,Semenanjung Arab, dan sepanjangLaut Arab.[18] Di sepanjang perairan Afrika, penyu ini membina sarang diKepulauan Bazaruto,Mozambique hingga ke muaraSt Lucia di selatan Afrika .[19] Selain itu, kawasan sarang utamanya dari Lautan hindi terletak diOman, berhampiran Semenanjung Arab, iaitu terdapat lebih 15,000 sarang, menjadikan ia pusat pembiakan Penyu Tempayan kedua terbesar di dunia. Manakala, diAustralia barat, sekitar 1,000–2,000 sarang dihasilkan setahun[18]

Penyu tempayan Pasifik tinggal di kawasan bersuhu tropika.[19] Kawanan-kawanan penyu jenis ini mencari makanan sehingga keLaut China Selatan, barat daya Lautan Pasifik, dan sepanjangSemenanjung Baja California. TimurAustralia, Jepun danTerumbu Sawar Besar yang menjadi kawasan bertelur utama.[20] Penyu-penyu di lautan ini biasanya membina sarang telurnya diVanuatu danTokelau.Pulau Yakushima ialah kawasan penting, dengan tiga tapak sarang yang sering dikunjungi oleh 40% Penyu tempayan sekitarnya.[18] Selepas bertelur, penyu betina akan mencari kawasan kediaman habitatnya di Laut China Selatan, sementara wilayahKuroshio menjadi tempat penyu-penyu muda mencari makanan.[19] Populasi dari timur Pasifik pula lebih tertumpu di perairan Baja California, tempat yang mempunyai sumber tumbuh-tumbuhan bagi penyu muda. Kawasan sarang bertelurnya ialah sepanjang timur Lembangan Pasifik. Kajian jujukan analisis polimorfisme mtDNA menyatakan 95% daripada populasi di sepanjang perairan Amerika menetas di Kepulauan Jepun di barat Pasifik.[21]

Penyu-penyu ini berhijrah dibawaarus lautan yang merentasi utara Pasifik dalam jalan migrasi antara yang terpanjang diambil oleh haiwan marin.[21] Perjalanan kembali ke pantai Jepun telah dijangka, walaupun laluan itu terpaksa melalui air jernih yang tiada sumber makanan.[22] Bukti perjalanan kembali datangnya dari seekor penyu betina yang digelar Adelita, pada tahun 1996, yang dilengkapi dengan alat penjejak satelit, telah membuat perjalanan sejauh 14,500 km (9,000 mi) iaitu dari Mexico melalui Lautan Pasifik. Adelita ialah haiwan pertama yang dijejaki melalui lembangan lautan.[23]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Ralat petik: Tag<ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaspotila59
  2. ^Casale, P.; Tucker, A.D. (2017)."Caretta caretta".The IUCN Red List of Threatened Species.IUCN.2017: e.T3897A119333622.doi:10.2305/IUCN.UK.2017-2.RLTS.T3897A119333622.en. Dicapai pada27 December 2017.Unknown parameter|last-author-amp= ignored (bantuan)
  3. ^Ralat petik: Tag<ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamadodd1
  4. ^Ralat petik: Tag<ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamadodd2
  5. ^http://infopenyu.blogspot.my/2009/12/jenis-dan-morfologi-penyu-laut.html
  6. ^abcRalat petik: Tag<ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaernst37
  7. ^Dodd Jr, C. K. (1988).Synopsis of the biological data on the loggerhead sea turtle Caretta caretta (Linnaeus 1758) (No. FWS-88 (14)). FLORIDA COOPERATIVE FISH AND WILDLIFE RESEARCH UNIT GAINESVILLE.
  8. ^Wood, Gerald (1983).The Guinness Book of Animal Facts and Feats.ISBN 978-0-85112-235-9.
  9. ^abRalat petik: Tag<ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaturtleguide104
  10. ^Ralat petik: Tag<ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamanoaa
  11. ^abRalat petik: Tag<ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaseaturtlebook7
  12. ^abcRalat petik: Tag<ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaturtleguide110
  13. ^Ralat petik: Tag<ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaanatomy
  14. ^abRalat petik: Tag<ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamavalente22
  15. ^Ralat petik: Tag<ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamapeaker231
  16. ^Ralat petik: Tag<ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaspotila164
  17. ^Ralat petik: Tag<ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaspotila165
  18. ^abcRalat petik: Tag<ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaspotila166
  19. ^abcRalat petik: Tag<ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaseaturtlebook8
  20. ^C.Michael Hogan. 2011.Coral Sea. Encyclopedia of Earth. Eds. P. Saundry & C.J.Cleveland. National Council for Science and the Environment. Washington DC
  21. ^abRalat petik: Tag<ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaBowen3731
  22. ^Ralat petik: Tag<ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaBowen3733
  23. ^Ralat petik: Tag<ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaPBSNature

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitanPenyu tempayan
Kawalan kewibawaan: Perpustakaan negaraSunting ini di Wikidata
Superkeluarga PenyuChelonioidea
Genus
Spesies dari subkeluargaCarettinae
Caretta
Lepidochelys
Genus
Spesies dari subkeluargaCheloniinae
Chelonia
Eretmochelys
Natator
Genus
Spesies dari keluargaDermochelyidae
Dermochelys
Susunan filogenetik berdasarkanturtles of the world 2012 update: annotated checklist. Penyu pupus tidak disertakan.
Suborder
Superkeluarga
Keluarga
Subkeluarga
Kriptodira
 
Chelydridae
 
Chelonioidea
Cheloniidae
Carettinae
Cheloniinae
Dermochelyidae
 
Kinosternoidea
Dermatemydidae
 
Kinosternidae
Kinosterninae
Staurotypinae
Testudinoidea
Emydidae
Deirochelyinae
Emydinae
Geoemydidae
Geoemydinae
Rhinoclemmydinae
 Platysternidae
 
Testudinidae
 
Trionychia
Carettochelyidae
 
Trionychidae
Cyclanorbinae
Trionychinae
Pleurodira
 
Chelidae
Chelinae
Chelodininae
Hydromedusinae
Pelomedusidae
 
Podocnemididae
 
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Penyu_tempayan&oldid=5508153"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp