Tanda dagangan (trademark) ialah sejenis tanda atau penunjuk tersendiri yang digunakan oleh seorang individu, syarikat atau entiti lain untuk mengecam sumberbarangan atauperkhidmatannya secara unik, dan untuk membezakannya dari hasil entiti lain. Ia merupakan salah satu daripada hak-hak intelektual.
Perlindungan cap dagangan diperuntukkan di bawahAkta Cap Dagangan 1976 danPeraturan-peraturan Cap Dagangan 1997. Akta ini memberi perlindungan kepada cap dagangan dan cap perkhidmatan di Malaysia. Tempoh sah perlindungan adalah selama 10 tahun dan boleh diperbaharui selama 10 tahun lagi. Cap dagangan yang didaftarkan adalah milik pemunya dan tindakan undang-undang boleh diambil kepada sesiapa yang menggunakannya tanpa kebenaran pemunya.
- Sistem Perlindungan Harta Intelek di Malaysia, MyIPO, 2008