Canselor (Jawi: چنسلور) ataukanselor (Jawi: كنسلور) adalah jawatan rasmi digunakan banyak badan pelbagai jenis dan pangkat. Ia kini paling utama digunakan untuk jawatan setarafperdana menteri dalam beberapa negara tertentu.
Gelaran ini mula wujud pada zamanEmpayar Rom melalui katacancellarius merujuk kepada jurutulis yang duduk menunggu di pintu kekisi (cancelli) istana semayamanMaharaja menguruskan surat-suratmahkamah merakam kerjahakimpeguam yang disulitkan dari penonton sesebuahperbicaraan. Jawatancancellarius ini lama-kelamaan diberi kuasa langsung dalam bidang kehakiman padazaman Byzantium yang lanjutnya.[1] Ungkapancancellarius turut diserap banyak bahasa Eropah seperti berikut:
Kanselor PersekutuanSwitzerland (Jerman:Bundeskanzler, Perancis:Chancelier fédéral, Itali:Cancelliere della Confederazione) bertindak selaku Ketua Turus Pemerintah menguruskanMajlis Persekutuan negara tersebut.