Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Cakoi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rencana initidakmemetik apa-apasumber atau rujukan. Sila bantu dalammemperbaiki rencana ini dengan menambahkan rujukan kesumber-sumber yang boleh dipercayai. Bahan yang tidak disahkan mungkin akan dipertikai dandipadam.
Cari sumber: "Cakoi" – berita ·akhbar ·buku ·sarjana ·JSTOR
(Disember 2022) (Ketahui cara dan masa untuk membuang pesanan templat ini)
Cakoi
Cakoi selepas digoreng masih hangat
JenisDonut
Tempat asalChina
Kawasan/rantauChina, danAsia Tenggara
Bahan utamaDoh
sunting ·sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Cakoi
Nama Bahasa Cina
Tulisan Cina Tradisional油條
Tulisan Cina Ringkas油条
Maksud harfiahminyak jalur
Transkripsi
Bahasa Mandarin Baku
Hanyu Pinyinyóutiáo
Wade–Gilesyu2-t'iao2
Hakka
Perumianyiu tiao
Bahasa Yue: Bahasa Kantonis
Perumian Yaleyàuh tíu
Jyutpingjau⁴ tiu⁴*²
Yu Char Kway
Tulisan Cina Tradisional油炸粿/餜/鬼
Tulisan Cina Ringkas油炸粿/馃/鬼
Maksud harfiahminyak goreng pastri (atau hantu)
Transkripsi
Bahasa Mandarin Baku
Hanyu Pinyinyóuzháguǒ
Wade–Gilesyu2-cha2-kuo3
Hakka
Perumianyiu za gui
Bahasa Yue: Bahasa Kantonis
Perumian Yaleyàuh ja gwái
Jyutpingjau⁴ zaa³ gwai²
Bahasa Min Selatan
POJBahasa Hokkieniû-chiā-kóe
Guozi
Tulisan Cina Tradisional餜子
Tulisan Cina Ringkas馃子
Maksud harfiahpastri
Transkripsi
Bahasa Mandarin Baku
Hanyu Pinyinguǒzi
Wade–Gileskuo3-tzu0
Burmese name
Burmeseအီကြာ‌ကွေး
Ee Kyar Kway
Vietnamese name
Vietnamesedầu cháo quẩy / giò cháo quẩy
Thai name
Thaiปาท่องโก๋
RTGSpathongko
Indonesia
Indonesiacakwe
Filipino name
Tagalogbicho-bicho/shakoy
Khmer
Khmerឆាខ្វៃ / យ៉ាវឆាខ្វៃ
Chha Khwai / Yav Chha Khwai

Cakoi (Jawi: چاکوي),youtiao (Mandarin) ataupatongko (Thai) merupakan makanan diperbuat daripada doh lonjong panjang yang digoreng sehingga memerang keemasan apabila siap dimasak. Ia merupakan salah satu masakan masyarakatChina dan turut popular di beberapa negara diAsia Timur danAsia Tenggara. Kebiasaannya, ia dimakan ketika sarapan bersamabubur nasi,kanji atauair kacang soya.

Nama lain

[sunting |sunting sumber]

DiThailand, cakoi lebih diketahui sebagaipatongkoh ataupatongko. DiMyanmar (Burma), ia dikenali sebagaie kya kway. Bagi orang diVietnam, masakan jenis ini dikenalidầu cháo quỷ, yakni ia merupakan satu perkataan yang berasal dari sebutanKantonis. DiIndonesia, cakoi dikenali sebagaicahkwe.

DiChina, cakoi dikenali dalamMandarin sebagaiYoutiao, ia juga dikenali dibahagian utara dan selatan China sebagaiguozi (果子, pinyin: guǒzi). Manakala, dikalangan orang cinaKantonis pula, ia dikenali sebagaiyau ja gwai atau ditulis sebagaiyou zha gui yang membawa maksud "hantu goreng". Dikalangan orang cinaHokkien pula dikenaliu char kway (Pe̍h-ōe-jī: iû-chia̍h-kóe).

Bagi kalangan orang diFilipina, cakoi disebut sebagaibitsu atauBitso-bitso (disebut "Bicho-bicho) . Walaupun masakan jenis ini bukan global, tapi ia boleh didapati diAustralia dengan namachopstick cake yang dipanggil oleh orang cinaKemboja disana, dimana masakan ini dipanggil kerana ia menyerupai seperti kayu sepit. Cakoi juga boleh didapati dinegara-negara lain, yang mempunyai penduduk imigran dari kalangan negara China dan Indo-China.

Sejarah

[sunting |sunting sumber]

Mengikut cerita orang-orang di China, perkataanyau ja gwai danu char kway digunakan untuk menunjukkan tunjuk perasaan kepada Dinasti Song (960-1279), secara rasminya ialah Qin Kuai (秦檜, Kantonis: Chun Kui), yang mengumpulkan dan membentuk satu pakatan untuk menjatuhkan jeneral Yue Fei, seorang idola dalam menyemarakkan semangat kebangsaan dalam orang-orang cina.

Dikatakan, makanan ini menggambarkan dua bentuk manusia yang bercantum dan digoreng, yang dikatakan ia adalah Qin Kuai dan isterinya, kedua-duanya bergabung dengan musuh untuk menjatuhkan jeneral sehingga titisan darah terakhir. Jadi, cakoi dimakan dan dimasak berkeadaan dengan minyak yang banyak, seperti ia memusnahkan pasangan suami-isteri tersebut.

Budaya pemakanan

[sunting |sunting sumber]

China

[sunting |sunting sumber]
  • Merupakan satu makanan sarapan pagi, dimakan dengan bubur.

Indonesia

[sunting |sunting sumber]
  • Dimakan bersamasambal asam cair (dicecah).

Malaysia

[sunting |sunting sumber]
  • Cakoi bukanlah satu makanan atau masakan yang keasliannya datang dari kalanganMelayu, ia tercetus dari kedatangan orang-orang Cina, dan juga orang Indo-China yang datang ke Malaysia. Namun, cakoi di makan oleh orang Melayu bukan ketika sarapan, ia banyak didapati dijual oleh penjual gerai jalanan ketika waktu petang. Cakoi bagi kalangan Melayu, kebanyakkannya dimakan ketika waktu petang dan ia dicecah dengankuah kacang cair ataukaya. Cakoi jarang dibuat dirumah tapi hanya banyak dibeli digerai jalanan dan ketikapasar malam. Bagi kalangan orang Cina, cakoi dimakan denganBak Kut Teh,bubur atauair kacang soya.
Hidangan biasa
Melayu
Cina
India
Bumiputera (Sabah danSarawak)
Peranakan
Timur Tengah (Arab,Parsi, dan lain-lain)
Serani
Siam
Makanan ringan
Kuih danpastri
Keropok,Kerepek
Kuih
Pencuci mulut
Minuman
Bukan alkohol
Alkohol
Perasa
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Cakoi&oldid=6491030"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp