Helikopter CH-47 Chinook menunjukkan keupayaan mengangkat muatan berat di Vietnam
HelikopterCH-47 Chinook adalah sejenis helikopter ketenteraan pengangkut berat berenjin kembar, rotor tandem. Kelajuan maksimum mampu mencecah 315 km/j. Dalam tahun1966,Tentera Darat Amerika Syarikat diarahkan menyerahkan kesemua pesawat pengangkutC-7 Caribou kepadaTentera Udara Amerika Syarikat. Dengan penyerahan ini, Tentera Darat kehilangan keupayaan pengangkutan taktikal. Helikopter pengangkut CH-47 Chinook diperkenalkan dalam tahun1966 dan membawa dimensi baru ke medan tempur. Dengan menggunakan helikopter ini, peralatan berat boleh dibawa di serata pelosok medan tempur. Dengan keupayaan angkat sehingga 10 tan, peralatan sepertimeriam medan dan lain-lain peralatan berat (jentolak dsbg) boleh dipindahkan dengan cepat dan ditempatkan di tempat ia diperlukan. Dan ini dapat dilakukan tanpa memerlukan landasan kapal terbang yang khusus.
Sejak itu,helikopter CH-47 Chinook menjadi keperluan pentingTentera Darat. Helikopter ini boleh memuatkan sehingga 33 orang anggota tentera berbanding 8 hingga 10 orang yang boleh diisi dalam helikopterUH-1 Huey. Helikopter CH-47 Chinook boleh dipasangkan dengan 3mesingan M60 untuk memberikan kebolehan memberikan tembakan bantuan kepada askar-askar yang mendarat. CH-47 Chinook menjadi pengangkut berat standardDivisyen Pertama Kavalri Udara.
Pada9 November2006Tentera Udara Amerika Syarikat mengumumkan bahawa cadangan Boeing untuk membina helikopter HH-47 telah dipilih untuk memenuhi keperluanMencari Dan Menyelamat Tempur (Combat Search and Rescue CSAR-X) perkhidmatan tersebut. Program CSAR ini melibatkan pembekalan 141 buah helikopter dengan 4 buahprototaip. Pengeluaran akan dipusatkan di Ridley Park,Pennsylvania yang juga menguruskan program MH-47G Pasukan Khas dan program CH-47F Chinook.
Sehingga 3 pucuk mesingan sederhana (1 di tanjakan muatan dan 2 di bahu tingkap), amnya 7.62 mm (0.300 in) mesinganM240/FN MAG, dan juga boleh dipasang dengan mesingan berputar 7.62 mmM134 Minigun.
Avionik
Rockwell Collins Common Avionics Architecture System (CAAS) (MH-47G/CH-47F)
^United States of America. Naval Training Equipment Center. Department of the Navy.Recognition Study Cards – US and Foreign Aircraft. Device 5E14H. LSN 6910-LL-C006462. Orlando, Florida. 1982. 55 Cards.Annotation: 2252 kilometers.