Bunga telang,kembang telang,kacang telang ataubunga biru (nama botani:Clitoria ternatea)[1] ialah spesies tumbuhankekacang yang mempunyaibunga berwarna ungu terang dalam keluargaFabaceae.
Bentuk penuh bunga telang.[3]Lenggai dan bunga mengkal hingga masak
Tumbuhan ini jenisberkayu menjalar. Ia mempunyai daun unipinnat memanjang 5 hingga 9.5 cm dengan anak daun membujur atau oblong 5-7 helai setangkai setiap satu berukuran 1.4-6.5 cm panjang dan 1-4 cm lebar.[4]
Bunga tumbuhan terdiri daripada lima kelopak tercantum diperhatikan mempunyai bentuk miripkelentit atau klitoris (clitoris) manusia memberikan nama saintifiknyaClitoria.[5] Bunga ini sebahagian besar berwarna biru nila kerana kandunganantosianin[6] tetapi ada juga bunga yang berwarna putih.[5]Sulur bunga mempunyai paling lebih 10 filamen yang bersambung padacepu debunga.[5] Biji yang terhasil daripada persenyawaan bunga tumbuh berupalenggai runcing 5 hingga 12 cm panjang mengandungi 8-10 biji benih.[4]
Bunganya digunakan secara tradisional sebagai bahanpewarna makanan untuk menghasilkan warnabiru dalam masakan sepertinasi kerabu,[6][7]pulut danmi;[7] malah bunga ini turut disebut sebagaibunga nasi kerabu di kawasan Pantai Timur Semenanjung lantaran pemakaiannya tersebut.[1] Kini, ia amat jarang dipakai kerana kekurangan bekalan dalam jumlah yang mencukupi untuk digunakan.
Kuntum-kuntum bunganya boleh diseduh sebagaiteh (yakni "teh bunga telang"); teh ini diketahui diVietnam,Thailand danMalaysia sebagai minuman pelega selepas makan malam mahupun dinikmati manis bercampur limau dan pemanis seperti madu ataugula merah.[8] Peminuman teh bunga telang juga dipercayai membantu mengekalkan awet muda dan ketegangan kulit.[9]
^abNoraida Arifin (2021)."Kacang Telang".Melur.com. Dicapai pada30 Jun 2021.
^en Roorda, Gericke (1901)."têlêng".Javaansch-Nederlandsch Handwoordenboek. 14: Ta–TaLa. Leiden, Belanda: E. J. Brill. m/s. 1: 677 – melalui Sastra Jawa kelolaan Yayasan Sastra Lestari.KW. zva. pusêr, têngah, sênêng, sêm, Wk. KN. het midden of het diepst van iets; afgrond; ook naam van een klimop met lichtblauwe bloemen, Clitoria ternatea L., nat. fam. der Papilionaceae Fil., JZ. II, 266 (ook katêlêng, Tj. II, 646.