Bung Moktar Radin SPDK (Sabah); SSAP (Pahang); PGDK (Sabah); AP (Sabah) | |
---|---|
AhliParlimen Malaysia bagiKinabatangan | |
Menyandang jawatan 19 Disember 2022 | |
Dalam jawatan 20 Disember 1999 – 10 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | Juhar Mahiruddin |
Majoriti | 6,326 (2008) 9,731 (2013) 9,478 (2018) 4,330 (2022) |
AhliDewan Undangan Negeri Sabah bagiLamag | |
Menyandang jawatan 29 September 2020 | |
Didahului oleh | Konstituensi baharu |
Majoriti | 661 (2020) |
PengerusiBarisan Nasional Sabah | |
Menyandang jawatan 2018 | |
Didahului oleh | Musa Aman |
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah | |
Menyandang jawatan 2018 | |
Didahului oleh | Musa Aman |
Timbalan Ketua Menteri I Sabah | |
Dalam jawatan 29 September 2020 – 10 Januari 2023 | |
Didahului oleh | Wilfred Madius Tangau Christina Liew Jaujan Sambakong |
Digantikan oleh | Jeffrey Kitingan |
Menteri Kerja Raya Sabah | |
Dalam jawatan 29 September 2020 – 10 Januari 2023 | |
Ketua Menteri | Hajiji Noor |
Pembantu Menteri | |
Didahului oleh | Masidi Manjun |
Digantikan oleh | Shahelmey Yahya |
Timbalan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah | |
Dalam jawatan 27 September 2020 – 10 Mac 2022 | |
Pengerusi | Hajiji Noor |
Didahului oleh | Jawatan diwujudkan |
Digantikan oleh | Pandikar Amin Mulia |
Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BNBBC) | |
Dalam jawatan 2008–2018 | |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Moktar bin Radin (1959-09-15)15 September 1959 (umur 65) Kampung Bilit,Sukau,Kinabatangan,Sandakan,Borneo Utara (kiniSabah,Malaysia) |
Parti politik | ![]() (bekas parti, 1980-1990) ![]() (bekas gabungan, September 2020 - Januari 2023) ![]() ![]() (sejak 1991) |
Pasangan | Datin Seri Panglima Nor Asidah Alimudin (Isteri ke-1) Datin SriZizie Ezette (Isteri ke-2) Perkahwinan poligami |
Ibu bapa | Rashidah Jikrun (ibu) Radin Yatim (bapa) |
Pekerjaan | Ahli Parlimen, Ahli politik |
Datuk Seri PanglimaBung Moktar bin Radin (lahir 15 September 1959) merupakan seorang ahli politikMalaysia yang pernah menyandang jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Kerja Raya Sabah dari 29 September 2020 sehingga 11 Januari 2023. Beliau adalah bekas ahliPertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) dari tahun 1980 sehingga tahun 1990. Beliau berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Kinabatangan, Sandakan sejak November 1999 dan menjadi Anggota Dewan Undangan Negeri Sabah (DUN) untuk Lamag sejak September 2020. Beliau merupakan AnggotaPertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) iaitu parti komponen gabunganBarisan Nasional (BN) sejak tahun 1991. Pada peringkat parti, beliau ialah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeriSabah dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO (dipilih). Beliau menjadi Timbalan Ketua Menteri Sabah I dan menjawat jawatan Menteri Kerja Raya Sabah (JKR Sabah) setelah gabungan tempatan yang rasmi,Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah memenangi Pilihan Raya Negeri Sabah 2020 dan secara rasmi dilucutkan jawatan pada Februari 2023 selepas cubaan menjatuhkan Kerajaan Sabah pimpinanGRS (jawatan beliau digantikan olehShahelmey Yahya).
Pada 2 September 2022, Mahkamah Sesyen memerintahkan Bung Moktar dan isteriZizie Ezette Abdul Samad membela diri atas tuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta.[1]
Moktar bin Radin dilahirkan pada 15 September 1959 diSukau,Kinabatangan,Sandakan. Beliau berketurunanOrang Sungai Sukau dan satu dari dua orang isterinya berbangsaOrang Melayu Semenanjung iaitu artis DatinZizie Ezette. Bung Mokhtar dilahirkan dalam keluarga politik apabila datuk nenek serta ibu bapanya adalah penyokong kuatPertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) sejak ia ditubuhkan oleh AllahyarhamTun Datu Mustapa pada awal1960-an dan memulakan kerjaya politik sebagai ahli politikUSNO pada tahun 1980. Ibu bapa beliau ialah Rashidah Jikrun dan Radin Yatim. Isteri beliau ialahDatin Seri Panglima Nor Asidah Alimudin dan artisZizie Ezette.[perlu rujukan]
Sebelum menjadi Ahli Parlimen, beliau pernah berkhidmat dengan Jabatan Hal-Ehwal Khas Sandakan (1987-1991), Pegawai Luar BandarMARA Sandakan (1991-1992) dan Setiausaha Politik (1994-1999).[perlu rujukan]
Beliau kali pertama menjadi calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya Sabah pada1994 bagi kerusi Kuamut iaitu kubu kuat pembangkang ketika itu. Beliau kalah kerana mendakwa dirinya disabotaj. Beliau kali pertama memenangi pilihan raya pada1999 setelah mengalahkan calonParti Bersatu Sabah (PBS), Ali Latip Taha untuk kerusi Parlimen Kinabatangan. Sejak menyertai politik pada1978, beliau menjadi wakil calon USNO dan BN sebanyak lima kali untuk kerusi Sukau dan Parlimen Kinabatangan, Sandakan.[perlu rujukan]
Pada 29 September 2020, Datuk Bung Moktar telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah yang bertempat di Istana negeri Sabah. Namun, Ketua Menteri SabahHajiji Noor mengumumkan bahawa Datuk Bung Moktar telah bertukar portfolio dengan DatukMasidi Manjun daripada Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah kepada Menteri Kerja Raya Sabah.[3] Pada waktu yang sama, Datuk Bung Moktar juga menyandang jawatan sebagai Timbalan Menteri Sabah.[perlu rujukan]
Beliau menjadi presidenPersatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) dan sekaligus menjadi pengerusi (CEO)Sabah Football Club Sdn Bhd pada 6 Jun 2021[4] setelah memegang jawatan tersebut sejak bulan Disember 2020. Beliau mengumumkan peletakan jawatannya pada 8 Januari 2023 susulan penarikan sokongan BN Sabah terhadapHajiji Noor selakuKetua Menteri Sabah. Moktar menyatakan bahawa peletakan jawatan ini atas sebab keinginannya menumpukan perhatian terhadap kerjaya politiknya, walaupun dilihat oleh penyokongnya sebagai tanda 'protes' jawatan.[5]
Bung Moktar telah menimbulkan pelbagai kes kontroversi melalui perkataan-perkataannya dalam tempohnya di parlimen, kontroversi rasuah dan terkenal dengan kontroversi penarikan sokongan ataumelompat sokongan selaku ketua parti.
Bung Moktar menarik perhatian apabila menggunakan perkataan lucah "Fuck you (Celaka kamu)! Samsengyou (kamu) nak gaduh dengan saya" ketika berbahas dengan ahli parlimenParti Tindakan Demokratik (DAP) dariBukit Mertajam Pulau Pinang,Chong Eng di persidangan Parlimen pada tahun2001.[perlu rujukan]
Bung telah menimbulkan kontroversi lagi pada 7 Ogos 2018 ketika sidang Dewan Rakyat penggal ke-14, apabila semasa beliau membahas tentang GST dalam parlimen, beliau disinggung perasaan oleh Ahli ParlimenPuncak Borneo, Sarawak,Willie Mongin yang bertanya sama ada beliau telah mengunjungikasino; Willie juga pertama kali menjadi anggota parlimen.[6] Berikut ialah petikan.
Willie: Bukan pergi kasinokah, Yang Berhormat Kinabatangan?
Bung: Apa ni? Biadab, ini kurang ajar! Ini tarik balik ini memang biadab, Yang Di-Pertua! Memang kurang ajar! Yang Berhormat tak layak duduk di sini! Samseng,what do you want? [apa yang kamu mahu?]You [anda] nak gaduh dengan saya?!Ini time! [Inilah masa]
Thomas Su: Tanya saja, Yang Berhormat Kinabatangan. Jangan marah.
Bung:Fuck you! [Celaka kamu!]
Berikutan kejadian tersebut, perang mulut telah berlaku dengan anggota parlimen di kedua-dua pihak menjerit kepada satu sama lain. Timbalan Speaker Dewan Rakyat,Mohd Rashid Hasnon telah gagal mengawal keadaan, namun keadaan telah diselamatkan dengan deringan loceng menandakan waktu rehat tengah hari telah tiba.[6] Speaker Dewan RakyatMohamad Ariff Md Yusof telah mengingatkan ahli-ahli parlimen supaya menjaga perkataan-perkataan mereka.
Perlakuan itu menjadimeme (iaitu jenis media yang bersifat kelakar) yang berfokus kepada Bahasa Inggeris rosak dan Bahasa Melayunya, dan biasanya ditambah dengan video Perdana Menteri ke-8, iaituMuhyiddin Yassin yang berkata: "Can you speak English?" ("Boleh bercakap Bahasa Inggeris?")[9]
Beliau bersama dengan Mohammad Said Yusof (Ahli ParlimenJasin semasa itu) telah menggemparkan seluruh negara kerana membuat komen seksis atau komen lucah terhadap seorang Ahli Parlimen wanita dari DAP,Fong Po Kuan (Batu Gajah) di Parlimen semasa sidang Parlimen pada tahun2007. Beliau mengikuti Mohammad Said mengatakan bahawa Fong Po Kuan "bocor" setiap bulan (datang haid), semasa mereka sedang berbahas tentang kebocoran bangunan Parlimen.
"Mana ada bocor? Batu Gajah tiap-tiap bulan pun bocor juga!"
Pada mulanya mereka enggan meminta maaf, tetapi selepas menerima tekanan dari seluruh negara, mereka akhirnya meminta maaf kepada semua wanita selepas bertemu denganShahrizat Abdul Jalil (Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat semasa itu). Namun, permintaan maaf mereka ditolak oleh Fong Po Kuan kerana mereka dianggap tidak ikhlas.[10]
Beliau sekali lagi menjadi tumpuan ketika hari pertamaParlimen Malaysia ke-12 yang bersidang pada30 April2008 selepas dipanggil sebagai 'Bigfoot dari Kinabatangan' oleh Ahli ParlimenBukit Gelugor dari DAP,Karpal Singh. Beliau melawan kata dan menjawab Karpal sebagai 'Big Monkey'.[11]
Ketika persidanganParlimen Malaysia ke-12 pada bulan Mei, Bung Mokhtar sekali lagi terlibat dengan kontroversi yang melibatkan orang kurang upaya (OKU). Beliau danIbrahim Ali meminta Karpal Singh, yang berkerusi roda setelah kemalangan untuk berdiri dan menunjukkan hormat kepada Speaker Dewan.[12]
Bung Moktar sekali lagi terlibat dengan kontroversi apabila beliau dikatakan menggunakan tangannya untuk membuat isyarat lucah di persidangan Parlimen pada8 Julai 2008. Perbuatannya itu telah disaksikan setiap rakyat Malaysia yang menonton siaran langsung persidangan tersebut di televisyen. Walau bagaimanapun, beliau menafikan isyarat itu ialah isyarat lucah dan hanya orang yang berfikiran kotor sahaja yang menganggap isyarat itu bersifat lucah.[13]
Pada 18 Disember 2009, terdapat desas-desus yang mengatakan bahawa beliau berkahwin dengan pelakon terkenal tanah airZizie Ezette yang disahkan oleh rakan baiknya, DatukMohamad Aziz yang menyatakan mereka berdua sudah berkahwin.[14] Walaupun begitu, perkahwinan ini dinafikan oleh ibu Zizie, Khaty Fauziah yang menyatakan bahawa semuanya tidak benar dan sebagai ibu sudah tentu beliau paling sibuk ketika ini menyelenggarakan majlis pernikahan anaknya. Sungguhpun begitu, beliau memang mempunyai hubungan dengan artis tersebut dan Khaty hanya dimaklumkan oleh Zizie bahawa Bung Moktar ada melamarnya sebagai isteri tetapi itu adalah "di antara mereka berdua".[15]
Pada 31 Disember 2009, Utusan Malaysia melaporkan bahawa beliau kini dikatakan sedang berbulan madu di Eropah bersama isterinya, Zizie Izette, dan dijangka pulang ke tanah air pada 8 Januari 2010.[16] Akhirnya pada 20 April 2010, kedua-duanya mengaku bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan berkahwin tanpa kebenaran mahkamah di rumah No 12, Jalan TC2B/3 Cemerlang Heights, Taman Melati, Gombak pada 8.50 malam, 16 Disember 2009. Beliau didakwa mengikut Seksyen 124Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) No.2 Tahun 2003 yang boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya.[17]
Bung menimbulkan kontroversi secara antarabangsa apabila beliau memuji kemenangan negaraJerman yang memenangi mata 7 – 1 terhadapBrazil dalam pertandingan separuh akhir dalamPiala Dunia FIFA 2014 di laman web sosialTwitter.[perlu rujukan]
Bung Moktar Radin @MyKinabatangan bahasa Inggeris:WELL DONE. BRAVO. LONG LIVE HITLER...
Tahniah. Syabas. Dirgahayu Hitler...
9 Julai 2014[18]
Perkataan Bung telah mencetuskan kontroversi dengan duta negara Jerman menyatakan bahawa perkataan-perkataannya "tidak dapat diterima".[perlu rujukan]
Pemimpin UMNO Sabah, parti komponen BN, Bung Moktar Radin, Ahli Parlimen (AP) Kinabatangan dan Adun Lamag, memetik rasa kurang keyakinan terhadap kepimpinan Ketua Menteri SabahHajiji Noor dalam penarikan diri mengakibatkanKemelut politik Sabah 2023.[19] Krisis ini kemudiannya berakhir dengan kelulusan Undang-undang Anti-Pertukaran Parti di Dewan Undangan Negeri Sabah pada 25 Mei 2023.[20] Namun, Pada Sidang ADUN yang meluluskan Akta Anti Lompat Parti Mei 2023, Bung Mokhtar tidak hadir ke dalam Dewan Undangan Negeri bersama-sama dengan PresidenParti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat dan beberapa AdunParti Warisan dan BN. Gerakan penarikan (kudeta) Bung Moktar dikenali secara meluas sebagai Langkah Kinabalu atau Kinabalu Movement dan direkodkan sebagai tindakan rampasan kuasa politik paling kontroversi pada tahun 2023. Kontroversi ini juga telah memberi impak buruk terhadap pelaburan Sabah tahun 2023 yang akhirnya ekonomi Sabah telah dipulihkan serta merta pada bulan November 2023.
Pada 3 Disember 2011, semasaPerhimpunan Agung UMNO 2011, beliau sekali lagi menggesa Datuk SeriShahrizat Abdul Jalil meletak jawatan kerana menjadi liabiti kepada kerajaanBN danUMNO. Isu kontroversi projek ternakan lembuPusat Fidlot Kebangsaan (NFC) diGemas dengan pinjaman mudah RM250 juta dikaitkan dengan suami dan anak-anaknya.[21]Pembangkang mendedahkan operasi NFC mengalami kerugian tetapi NFC membeli dua buah kondominum mewah diBangsar, membiayai percutian keluarga Shahrizat ke luar negara, dan pakej umrah. Terbaru, NFC didedahkan membeli kereta Mercedes berharga RM534,622 serta dua bidang tanah berharga RM3,363,507 diPutrajaya.[22] Namun , Shahrizat menafikan dia terlibat malah mencabarWan Azizah Wan Ismail meletak jawatan kerana kesalahan suaminya. Timbalan Ketua Polis Negara Malaysia Datuk SeriKhalid Abu Bakar mendakwa tiada unsur pecah amanah atau penyelewengan dalam penggunaan dana untuk NFC.[23]
Tahun | Kawasan | Undian | Majoriti | Jumlah pengundi | Lawan | Peratusan pengundian |
---|---|---|---|---|---|---|
1994 | N23Kuamut | 1,449 | kalah (735) | 3,891 | Joseph Sitin Saang (PBS) | 72.34% |
Ali Latip Taha (Bebas) | ||||||
2020 | N58 | 3,035 | menang (661) | 8,159 | Mohd Ismail Hj. Ayob (Warisan) | 68.81% |
Junny@Karuak bin Abdullah (Bebas) | ||||||
Razman bin Mayah (PCS) | ||||||
Sairin Abd. Rahman (PPRS) |
Tahun | Kawasan | Undian | Majoriti | Jumlah pengundi | Lawan | Peratusan pengundian |
---|---|---|---|---|---|---|
1999 | P162Kinabatangan | 8,141 | menang (3,895) | 12,387 | Ali Latip Taha (PBS) | 58.84% |
2004 | P187Kinabatangan | menang tanpa bertanding | ||||
2008 | P187Kinabatangan | 8,507 | menang (6,326) | 12,203 | Ahmad Abdul (PKR) | 65.53% |
Dasim @ Ricky Jikah (Bebas) | ||||||
2022 | P187Kinabatangan | 16,842 | menang (4,330) | 44,773 | Mazliwati binti Abdul Malek (Warisan) | 65.56% |