Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Bulgaria

Koordinat:42°41′N23°19′E / 42.683°N 23.317°E /42.683; 23.317
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Republik Bulgaria
ريڤوبليك بولݢاريا
Република България (Bulgaria)
Republika Bǎlgarija
Bendera Bulgaria
Jata Bulgaria
BenderaJata
Cogan kata
  • Съединението прави силата (Bulgaria)
  • "Sǎjedinenijeto pravi silata"  (Transliterasi)
  • "Perpaduan Membina Kekuatan"
Lagu kebangsaanМила Родино (Bulgaria)
Mila Rodino  (transliterasi)
Wahai Tanah Air
Lokasi  Bulgaria  (jingga) – di Eropah  (hijau & kelabu gelap) – di Kesatuan Eropah  (hijau)  –  [Petunjuk]
Lokasi Bulgaria  (jingga)

– diEropah  (hijau & kelabu gelap)
– diKesatuan Eropah  (hijau)  –  [Petunjuk]

Ibu negara
dan bandar terbesar
Sofia
42°41′N23°19′E / 42.683°N 23.317°E /42.683; 23.317
Bahasa rasmiBahasa Bulgaria
Tulisan rasmiTulisan Cyril
Kumpulan etnik
(2011)
KerajaanRepublikberparlimenunitari
Rumen Radev (Румен Радев)
Dimitar Glavchev (Димитър Главчев)
Badan perundanganPerhimpunan Kebangsaan
Sejarah penubuhan
681–1018
1185–1396
3 Mac 1878
5 Oktober 1908
Keluasan
• Jumlah
110,993.6[1] km2 (42,854.9 bt2) (ke-103)
• Perairan (%)
2.16[2]
Populasi
• Perkiraan 2019
7,000,039[3] (ke-104)
63/km2 (163.2/sq mi) (ke-118)
KDNK (PPP)2020
• Jumlah
$180.170   bilion[4] (ke-74)
$26,034[4] (ke-60)
KDNK (nominal)2020
•  Jumlah
$70.126 bilion[4] (ke-72)
$10,133[4] (ke-68)
Gini (2019)negative increase 40.8[5]
sederhana
HDI (2018) 0.816[6]
sangat tinggi · ke-52
Mata wangLev Bulgaria
(BGN)
Zon waktuUTC+2 (EET)
• Musim panas (DST)
UTC+3 (EEST)
Arah memanduright
Kod panggilan+359
Kod ISO 3166BG
DPT internet.bg
.бг

Bulgaria (disebut/bʌlˈɡɛəriə/ (dengar);Bahasa Bulgaria:България,disebut [bəlˈɡarija]), secara rasmi digelarRepublik Bulgaria (Република България, [Republika Bǎlgarija]Error: {{Lang}}: text has italic markup (help),[rɛˈpublikabəlˈɡarija]), ialah sebuah negara diBalkan diEropah tenggara.

Ia menyempadani lima buah negara, iaituRomania di utara (sebahagian besar pada sepanjangSungai Danube),Serbia danMakedonia Utara di barat danGreece danTurki di selatanLaut Hitam mentakrifkan takat negara di timur.

Bulgaria merangkumi bahagian-bahagianMoesia,Thrace bagian Utara (Thrace Utara), danMacedonia Barat Daya yang merupakan provinsi-provinsiRom.

Sejarah

[sunting |sunting sumber]

Budaya Eropah Lama di wilayah Bulgaria masa ini mula mengeluarkanartifak emas sejakalaf ke-5 SM.[7] Bagaimanapun,identiti kenegaraan dan negara Bulgaria muncul hanya sejakabad ke-7 Masihi. Semua entiti politik Bulgaria kemudian yang kekadang merangkumi hampir semua kawasan Balkan mengekalkan tradisi (nama etnik,bahasa, danabjad)Empayar Bulgaria Pertama (632/681 – 1018) dan menyebarkan abjad,sastera, danbudayanya kepadaorang Slavik serta juga orang-orang yang lain diEropah Timur. Berabad-abad kemudian, dengan kemerosotanEmpayar Bulgaria Kedua (1185 – 1396/1422), kerajaan-kerajaan Bulgaria dikuasai olehEmpayar Uthmaniyyah selama hampir lima abad.

Perang Rusia-Turki yang berlangsung antara1877 hingga1878 menyebabkan pengasasan semula negara Bulgaria sebagai sebuahpemerintahan raja perlembagaan pada 1878, denganPerjanjian San Stefano menandakan kelahiranNegara Bulgaria Ketiga. Dengan persengketaan sosial dirancang di tengah-tengah Empayar Uthmaniyah, kerajaanAleksandar Malinov danPutera Ferdinand dari Bulgaria mengisytiharkankedaulatan penuh negara Bulgaria di ibu negara kuno,Veliko Tarnovo.[8]

Pada1945, selepasPerang Dunia II, Bulgaria menjadi sebuahnegara komunis serta sebahagianBlok Timur.Todor Zhivkov menguasai politik Bulgaria selama 33 tahun antara1956 sehinggalah1989. Pada1990, selepasRevolusi 1989,Parti Komunis menyerahkan kuasanya dan Bulgaria beralih kepada sistemdemokrasi dankapitalismepasaran bebas lalu mengamalkansistem berparlimen di dalam sebuahrepublik berperlembagaansatuan.

Sebagai salah satu anggotaKesatuan Eropah,NATO, danPertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), Bulgaria mempunyaiIndeks Pembangunan Manusia yang tinggi sebanyak 0.834 dan ditempatkan nombor 56 di dunia pada tahun2006.[9] Pada 2008,Freedom House menyenaraikan Bulgaria sebagai "bebas", dan memberikannya skor 1 (tertinggi) untukhak politik serta skor 2 untukkebebasan awam.[10]

Katedral Alexander Nevsky, Sofia

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Garis kasar Bulgaria

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Penin, Rumen (2007).Природна география на България [Natural Geography of Bulgaria] (dalam bahasa Bulgaria). Bulvest 2000. m/s. 18.ISBN 978-954-18-0546-6.
  2. ^"Field listing: Area".The World Factbook (dalam bahasa Inggeris).CIA. Diarkibkan daripadayang asal pada 2014-01-31. Dicapai pada9 Oktober 2018.
  3. ^"Population on 1 January".ec.europa.eu/eurostat. Eurostat. Dicapai pada14 Januari 2020.
  4. ^abcd"World Economic Outlook Database, October 2019".IMF.org.Tabung Kewangan Antarabangsa. Dicapai pada18 Januari 2020.
  5. ^"Gini coefficient of equivalised disposable income – EU-SILC survey".ec.europa.eu (dalam bahasa Inggeris).Eurostat. Dicapai pada30 Mac 2020.
  6. ^"Human Development Report 2019" (dalam bahasa Inggeris).UNDP. 10 Disember 2019. Diarkibkan daripadayang asal(PDF) pada 2020-05-23. Dicapai pada10 Disember 2019.
  7. ^"The Thracian tomb in Kazanluk". Digsys.bg. Diarkibkan daripadayang asal pada 2011-09-27. Dicapai pada2009-01-02.
  8. ^Crampton, R.J.,Bulgaria, 2007, pp.174, Oxford University Press
  9. ^Human development index trends, Human development indices by the United Nations. Retrieved on June 7, 2009
  10. ^Bulgaria country report for 2008, freedomhouse.org

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Bandar diBulgariaBendera Bulgaria
Aitos |Asenovgrad |Blagoevgrad |Botevgrad |Burgas |Dimitrovgrad |Dobrich |Dupnitsa |Gabrovo |Gorna Oryahovitsa |Gotse Delchev |Harmanli |Haskovo |Karlovo |Karnobat |Kazanlak |Kardzhali |Kyustendil |Lom |Lovech |Montana |Nova Zagora |Panagyurishte |Pazardzhik |Pernik |Petrich |Pleven |Plovdiv |Razgrad |Rousse |Samokov |Sandanski |Sevlievo |Shumen |Silistra |Sliven |Smolyan |Sofia (ibu negara) |Stara Zagora |Svishtov |Targovishte |Troyan |Varna |Veliko Tarnovo |Velingrad |Vidin |Vratsa |Yambol
Senarai anggota
Bendera Kesatuan Eropah
Bendera Kesatuan Eropah
Bekas anggota
Negara berdaulat dan wilayah tanggungan diEropah
Negara berdaulat
Negeri dengan pengiktirafan terhad
Tanggungan dan wilayah lain
Denmark
Finland
Norway
United Kingdom
Umum
Perpustakaan negara
Institut penyelidikan seni
Pangkalan data saintifik
Lain-lain
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Bulgaria&oldid=6596569"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp