Bulan biru bukanlah menunjukkan keadaan bulan yang berwarna biru tetapi istilah yang diberikan bagibulan mengambang yang jarang. Kebanyakan tahun akan mempunyai dua belas kali fenomena bulan mengambang yang berlaku lebih kurang sekali sebulan, tetapi setiap tahun kalendar Masihi mempunyai 12 kitaran bulan dan lebih 11 hari. Maka, apabila hari yang lebih itu dikumpul, maka, setiap dua atau tiga tahun sekali akan mempunyai tambahan bulan mengambang (setiap 2.72 tahun) dan keadaan ini dinamakan "bulan biru".
Istilahbulan biru (ataublue moon) sering digunakan dalammetafora yang menunjukkan keadaan jarang berlaku, seperti dalam peribahasa Inggeris"once in a blue moon" (sekali dalam bulan biru).
Bulan juga mampu kelihatan kebiru-biruan jika mempunyai gangguanatmosfera.
Berikut merupakan ramalan bagi fenomena bulan biru antara 2005 dan 2015. Tarikh ini menggunakan zon masa UTC, bulan mungkin berubah mengikut zon masa.
Dengan menggunakan takrifan Almanak Petani, (iaitu bulan mengambang ketiga dalam satu musim yang mempunyai empat bulan mengambang), bulan biru akan berlaku pada:
Jika takrifan "Kalendar Bulan Biru" (1946-1999) digunakan (iaitu bulan mengambang kedua dalam mana-mana bulan), maka bulan biru akan berlaku pada[1]:
Kita telah kehilangan takrifan bagi "bulan biru tahunan", aitu bulan mengambang ke-13 dalam tahun yang biasanya mempunyai 12 sahaja, atau, bulan mengambang ke-13 dalam mana-mana tahun (iaitu pada hujung tahun).
Perhatikan pada tahun 2018 (begitu juga 2037, 1961, 1942, 1999 dll.) akan mempunyaibulan hitam (tiada bulan mengambang dalam bulan Februari) akibat bulan biru dalam bulan Januari dan Mac.