Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Mahayana

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripadaBuddha Mahayana)

Mahayana (Sanskrit:महायान,mahāyāna,Cina:大乘;pinyin:dàchéng;Pe̍h-ōe-jī:tāi-sêng[1][2] "Kenderaan Besar"[2]) ialah satu daripada dua aliran utamaagama Buddha selainTheravada. Di kalangan para pengikutnya, "Mahayana" juga memaksudkan tahap motivasi atau kesedaran rohani yang berasaskanbudicita, iaitu cita-cita mulia untuk mencapai kesedaran (makrifat ) bukan sahaja untuk diri sendiri, bahkan juga demi kesejahteraan segala makhluk berperasaan.Meskipun pergerakan Mahayana dikatakan berasal dari ajaranGautama Buddha, namun sesetengah ilmuwan percaya asalnya adalah diIndia pada abad pertama Masihi,[3][4] tidak punabad pertama SM.[5][6]

Mahāyāna juga merujuk pada jalanBudisatwa menjadi seorang yang dipercayai mencapai tahappencerahan penuh (bodhisattvayāna) demi manfaat semua makhluk hidup.[7][note 1] Aliran Buddhisme ini umum memandang jalan begini sebagai sesuatu yang dapat dicapai semua orang dan memandang tahaparhat sebagai sesuatu yang tidak lengkap.[8] Mahāyāna juga meyakini banyak sosok Buddha dan budisatwa yang tidak ditemukan dalam aliran Theravāda (sepertiAmitābha danVairocana).[9] Pemikiran ini juga mengenalkan teori-teori khas, seperti teori kekosonganMadhyamaka (śūnyatā),Vijñānavāda ("ajaran kesadaran" yang juga disebut "hanya fikiran"), dan ajaranBenih Kebuddhaan (keyakinan bahwa semua makhluk hidup sudah memiliki hakikat Kebuddhaan yang murni di dalam diri mereka).

Para sejarawan percaya bahawa Mahayana mencapai arus perdana di India pada abad ke-5 M, kerana ketika itulah prasasti Mahayana mula wujud dalam catatanepigrafi di India.[10] Sebelum abad ke-11 M (ketika Mahayana masih berleluasa di India), Sutra Mahayana masih tengah disemak; oleh itu timbulnya pelbagai versi berbeza yang diterbitkan dari sutra yang sama itu. Versi-versi berlainan ini tak ternilai bagi para ilmuwan yang hendak membina semula sejarah aliran Mahayana.Sepanjang sejarahnya, aliran Mahayana tersebar ke seluruhAsia Dalam danAsia Timur, di mana terbentuknya dua lagi cabang utama, iaituagama Buddha Tibet (diTibet,Mongolia, dan kawasanHimalaya); danagama Buddha Asia Timur (diChina,Jepun,Korea, danVietnam). Antara "aliran-aliran" utama dalam agama Buddha Asia Timur termasukJingtu,Tientai,Huayan, danZen.

Doktrin

[sunting |sunting sumber]

Tidak banyak yang boleh dipastikan mengenai agama Buddha beraliran Mahayana, apatah lagi bentuk aslinya di India, selain amalan agama Buddha di China, Vietnam, Korea, Tibet, dan Jepun adalah berasaskan Mahayana.[11][12] Mahayana boleh disifatkan sebagai pelbagai ajaran berikatan longgar, yang mampu mengandungi pelbagai gagasan bercanggahan yang ditemui antara ajaran-ajaran berlainan tersebut.[13]

Mahayana ialah sebuah struktur keagamaan dan falsafah yang besar, yang merangkumikepercayaan menyeluruh yang bercirikan penerimaansutra Mahayana baru selain kitabĀgama yang terdahulu, serta peralihan dalam tujuan dan konsep asas agama Buddha. Aliran Mahayana dilihat sebagai semakin mendalamiDharma Buddha. Pengikut ajaran Mahayana cenderung melihat sutra-sutra Mahayana sebagai lebih bermanfaat dari segi rohani berbanding pendekatan bukan Mahayana terhadap Dharma. Oleh itu,Srimala Sutra mengakui bahawa Buddha pernah berkata bahawa ketaatan kepada Mahayana memang lebih unggul dari segi kemurniannya berbanding mengikut jalanSravaka atauPratyekabuddha.[14]

LukisanThanka Buddha Amithaba dalamagama Buddha Tibet.

Aliran Mahayana kurang menekankan gagasan pembebasan darisengsara dan pengecapanNirvana yang ditemui dalam aliran agama Buddha terawal. Prinsip-prinsip asas doktrin Mahayana mengetengahkan kebarangkalian pembebasan segala makhluk hidup dari sengsara (maka "perantara besar" namanya) serta kewujudan Buddha-Buddha dan Bodhisattva yang menjelmakan "sifat Buddha". Sesetengah aliran Mahayana meringkaskan pengungkapan kepercayaan dengan membolehkan takhlisan diperoleh melalui pengampunan BuddhaAmitabha (अमिताभ) denganmembaca mantera kepada Amitabha dengan penuh kepercayaan dan ketaatan. Gaya hidup ketaatan Buddha ini paling banyak ditekankan oleh aliran Jingtu serta banyak menyumbang kepada kejayaan penyebaran Mahayana di Asia Timur, di maan unsur-unsur rohani selama ini bergantung pada dikir Buddha, dalam bentukmantra ataudharani; pembacaan sutra Mahayana dankebatinan. Dalam agama Buddha Cina, kebanyakan sami dan orang biasa mengamalkan aliran Jingtu, dan ada di kalangan mereka yang menggabungkannya dengan Chan (Zen).[15]

Kebanyakan aliran Mahayana percaya akan wujudnya sehimpunan separa dewa iaituBodhisattva (बोधिसत्त्व) mengabdikan diri mereka kepada kecemerlangan diri, pengetahuan mutlak, dan pentakhlisan segala manusia dan makhluk berperasaan yang lain (haiwan, syaitan, separa dewa, dsb.).Zen ialah cabang Mahayana yang tidak berapa menekankan kewujudan Bodhisattva, sebaliknya memberi tumpuan kepada aspek-aspek meditasi dalam agama. Dalam fahaman Mahayana, Buddha dipandang sebagai wujudan tertinggi dan mutlak yang sentiasa berada bila-bila masa, dalam segala makhluk, dan di mana-mana sahaja, manakala Bodhisattva pula melambangkan gagasan kecemerlangan kemuliaan sejagat.

Jadi secara amnya, agama Buddha Mahayana boleh disifatkan dengan:

Fahaman Mahayana “kefalsafahan” pula cenderung tertumpu ke arah tiga ciri-ciri utama (sarwajagat, kesedaran, belas kasihan) dan adakalanyasifat Buddha, tanpa menunjukkan minat terhadap kepercayaan ghaib, manakala Mahayana “ketaatan” pula banyak menumpukan kepada pentakhlisan di alam lain (cth. sutraSukhavati).

Catatan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Akira Hirakawa (1997). "大乘".Buddhist Chinese-Sanskrit Dictionary. Tokyo: Reiyukai. m/s. 324.
  2. ^abKwik Khing Djoen (1923)."mahayana"(PDF).Kitab Vortaro: Segala Perkatahan-Perkatahan Asing Jang Soeda Oemoem Di Goena Ken Di Dalem Soerat-Soerat Kabar Melayoe. Batavia: Sin Po. m/s. 199.[pautan mati kekal]
  3. ^The Mahayana movement claims to have been founded by the Buddha himself. Scholars however, think that it originated in South India in the 1st century CE’ – Indian Buddhism, AK Warder, 3rd edition, 1999, p. 335.
  4. ^Macmillan Encyclopedia of Buddhism, 2004, page 293
  5. ^Buddhist Saints in India, Reginald A. Ray, 1994, p.404
  6. ^A History of Indian Buddhism - Hirakawa Akira (translated and edited by Paul Groner) - Motilal Banarsidass Publishers, Delhi, 1993, p. 252
  7. ^Damien Keown (2003),A Dictionary of Buddhism,Oxford University Press, hlm. 38
  8. ^Harvey (2013), hlm. 111.
  9. ^Williams, Paul,Mahayana Buddhism: The Doctrinal Foundations, Routledge, 2008, hlm. 21.
  10. ^Certainly, we have for this period an extensive body of inscriptions from virtually all parts of India. ... But nowhere in this extensive body of material is there any reference, prior to the fifth century, to a named Mahayana. There are, on the other hand, scores of references to what used to be called Hinayana groups — the Sarvastivadins, Mahasamghikas, and so on. From this point of view, at least, this was not “the period of the Mahayana,” but “the period of the Hinayana.”, Macmillan Encyclopedia of Buddhism, 2004, page 493
  11. ^There are, it seems, very few things that can be said with certainty about Mahayana Buddhism, Macmillan Encyclopedia of Buddhism, 2004, page 492
  12. ^But apart from the fact that it can be said with some certainty that the Buddhism embedded in China, Korea, Tibet, and Japan is Mahayana Buddhism, it is no longer clear what else can be said with certainty about Mahayana Buddhism itself, and especially about its earlier, and presumably formative, period in India., Macmillan Encyclopedia of Buddhism, 2004, page 492
  13. ^It has become increasingly clear that Mahayana Buddhism was never one thing, but rather, it seems, a loosely bound bundle of many, and — like Walt Whitman — was large and could contain, in both senses of the term, contradictions, or at least antipodal elements., Macmillan Encyclopedia of Buddhism, 2004, page 492
  14. ^The Shrimaladevi Sutra, tr. by Dr. Shenpen Hookham, Longchen Foundation, Oxford 1998, p.27
  15. ^Welch,Practice of Chinese Buddhism, Harvard, 1967, page 396

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  • "Mahayana".Encyclopedia Britannica. Encyclopædia Britannica. 2002.

Bacaan lanjut

[sunting |sunting sumber]
  • Paul Williams,Mahayana Buddhism, Routledge, 1989
  • Schopen, G. "The inscription on the Kusan image of Amitabha and the character of the early Mahayana in India",Journal of the International Association of Buddhist Studies 10, 1990
  • ”The Vision of the Buddha”, Tom Lowenstein,ISBN 1-903296-91-9
  • Kevin Lynch,The Way Of The Tiger: A Buddhist's Guide To Achieving Nirvana, Yojimbo Temple, 2005
  • Beal,Catena of Buddhist Scriptures from the Chinese, (London, 1871)
  • S. Kuroda,Outline of Mahayana, (Tokyo, 1893)
  • D. T. Suzuki,Outline of Mahayana Buddhism, (London, 1907)
  • Murdoch,History of Japan, volume i., (Yokohama, 1910)
  • D. T. Suzuki, inThe Monist, volume xxiv, (Chicago, 1914).The Monist was edited byPaul Carus.

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitanMahayana
Rencana:GlosariSejarahGaris masaMazhabTeksNegaraKawasanBudayaSenarai:KuilPenganutIndeks -Garis kasar
Asas
Gautama Buddha
Konsep Utama
Kosmologi
Amalan
Nirwana
Kebiaraan
Tokoh utama
Teks
Cabang
Negara
Sejarah
Falsafah
Budaya
Lain-lain
Agama Buddha dan:
Senarai


Ralat petik: Tag<ref> wujud untuk kumpulan bernama "note", tetapi tiada tag<references group="note"/> yang berpadanan disertakan

Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Mahayana&oldid=6375549"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp