Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Budaya primitif

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Budaya primitif dalam teks dan perbincanganantropologi yang lebih lama ialahbudaya yang tidak memiliki sebarang tandapembangunan ekonomi ataukemodenan yang utama. Misalnya, ia tidak mempunyai sebuahbahasa bertulis atauteknologi maju, dengan penduduknya terpencil pada jumlah yang terhad. Istilah ini digunakan oleh penulisBarat untuk memerikan budaya-budaya asing yang ditemui oleh penjajah dan penerokaEropah.

"Budaya primitif" juga merupakan judul sebuah karya utama yang ditulis olehEdward Burnett Tylor, "pengasas antropologi". Dalam buku itu, dia mentakrifkanagama sebagai "animisme" yang ditakrifkannya pula sebagai "kepercayaan kepada roh" menerusi rujukan kepada agamaorang asli sezaman dan agama yang lain. Satu ciri pembatas budaya primitif lagi, menurutnya, ialah masa lapang yang lebih banyak, berbanding dengan masyarakat yang lebih kompleks.[1]

Banyak ahli sosiologi dan penulis lain yang awal menggambarkan budaya-budaya primitif sebagai mulia —orang gasar mulia — dan mempercayai bahawa kekurangan teknologi bersama-sama ekonomi mereka yang kurang bersepadu menjadikan mereka sebagai contoh-contoh unggul kepadagaya hidup manusia yang betul. Antara pemikir ini ialahJean-Jacques Rousseau yang paling seringnya dikaitkan dengan gagasan orang gasar mulia berdasarkan bukunya,Discourse on Inequality (Syarahan tentang Ketaksamaan), danKarl Polanyi yang di dalam bukunya,The Great Transformation (Perubahan Agung), memuji pengaturan ekonomi masyarakat-masyarakat primitif sebagai ideal dan kurang menjejaskan, berbanding denganekonomi pasaran. Kepercayaan bahawa budaya primitif adalah ideal seringnya diperihalkan sebagaiprimitivisme; cabang-cabang teori ini termasukkomunisme primitif dananarko-primitivisme.

Banyak penulis tersebut menganggap bahawa orang-orang asli sezaman dan budaya mereka sebanding dengan manusia-manusia awal dan budaya mereka. Sesetengah orang kini masih membuat andaian itu, dengan ahli-ahli antropologiZaman Victoria mempercayai bahawa budaya sezaman yang primitif mengekalkan keadaan yang tidak berubah sejak "Zaman Batu",Zaman Paleolitik, atauZaman Neolitik. Perkataan "primitif" berasal daripada bahasaLatin, "primus" yang membawa pengertian "pertama".

Andaian ini telah dibidas kerana kelompokpemburu-pengumpul danpertanian pindah telah mengembangkan inovasi seperti dengan budaya-budayabertamadun "moden", berbanding dengan masyarakat-masyarakat awal. Inovasi kebudayaan mereka adalah dalam bidang istiadat, seni, kepercayaan, tatacara dalam upacara keagamaan, dan tradisi yang biasanya tidak meninggalkan sebarangartefak kebudayaan, alat, atau senjata.

Walaupun kepercayaan terhadap "orang gasar mulia" masih tidak lenyap, memerihalkan sesuatu budaya sebagai primitif kini kekadang dianggap sebagai kesat. Oleh itu, penggunaan istilah tersebut, khususnya dalam bidang akademik, telah berkurang.Survival International, sebuah pertubuhanhak asasi manusia, sedang berkempen untuk penghapusan sepenuhnyanya istilah itu[2] dan telah berjaya memujuk sesetengah akhbar mengelakkan penggunaannya.[3]

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]

Bacaan tambahan

[sunting |sunting sumber]

Nota dan rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Farb, Peter (1968).Man's Rise to Civilization As Shown by the Indians of North America from Primeval Times to the Coming of the Industrial State.New York City:E. P. Dutton. m/s. 28.LCCE77.F36.Sungguhpun teori-teori yang diajar dalam kajian sosial sekolah tinggi secara tradisi, kebenaran ialah: lebih primitif sesuatu masyarakat, lebih santai cara hidup mereka.
  2. ^"salinan arkib". Diarkibkan daripadayang asal pada 2009-09-13. Dicapai pada2009-09-12.
  3. ^http://www.survival-international.org/news/4274
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Budaya_primitif&oldid=5304970"
Kategori:
Kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp