Jangan dikelirukan denganOren manis, yang merupakan nama umum untuk spesies Citrus ×sinensis.
Buah oren—dalam bentuk penuh, dibelah dua dan dikupas
Buah oren, juga dipanggilbuah oren manis untuk membezakannya daripada oren pahitCitrus × aurantium, merupakan sejenis buah pokok dalamkeluarga Rutaceae. Secara botani, buah ini terhasil daripada spesies hibrid yang dikenali sebagaiCitrus ×sinensis, dan spesies ini merupakan kacukan spesieslimau bali (Citrus maxima) danlimau mandarin (Citrus reticulata).Genomkloroplas serta susur galur dari sebelah betina adalah dari limau bali. Buah oren manis mempunyaiurutan genom penuhnya.
Oren ini berasal dari wilayah yang merangkumiSelatan China, Timur Laut India, danMyanmar; sebutan paling awal tentang oren manis adalah dalam kesusasteraan Cina pada 314 SM. Sehingga ke tahun 1987, pokok oren didapati sebagai pokok buah-buahan yang paling kerap ditanam di dunia. Pokok oren ditanam secara meluas di iklim tropika dan subtropika untuk buahnya yang manis. Buahpokok oren boleh dimakan segar, atau diproses untuk jus atau kulitnya yang harum. Pada 2022, 76 jutatan oren ditanam di seluruh dunia, denganBrazil menghasilkan 22% daripada jumlah keseluruhan, diikuti olehIndia danChina.
Oren telah wujud dalam budaya manusia sejak zaman pertengahan. Buah-buahan ini mula-mula muncul dalam seni Barat dalamPotret Arnolfini olehJan van Eyck, tetapi mereka telah digambarkan dalam seni Cina berabad-abad sebelumnya, seperti dalam lukisan kipasdinasti Song oleh Zhao Lingrang bertajukOren Kuning dan Tangerin Hijau. Menjelang abad ke-17, buah oren telah menjadi barang prestij di Eropah, seperti yang dilihat di Versailles Orangerie. Pada masa yang lebih terkini, pelukis-pelukis sepertiVincent van Gogh, John Sloan, danHenri Matisse memasukkan oren dalam lukisan mereka.
Pokok oren ialah pokokmalar hijau yang agak kecil,berbunga, dengan ketinggian purata 9 hingga 10 m (30 hingga 33 ka), walaupun beberapa spesimen yang sangat lama boleh mencapai 15 m (49 ka).[1]Daunnya yang bujur, disusun berselang-seli, mempunyai panjang 4 hingga 10 cm (1.6 hingga 3.9 in) serta margin berkrenulat.[2] Oren manis tumbuh dalam pelbagai saiz dan bentuk berbeza dari bentuk sfera sehingga ke bentuk bujur. Di dalam dan melekat pada kulitnya terdapat tisu putih berliang yang merupakanmesokarp yang putih dan pahit rasanya.[3] Oren manis ini mengandungi beberapakarpel yang berbeza (keratan, bahagian buahan dari segi botani) di dalamnya, biasanya kira-kira sepuluh, dengan setiap satu dibatasi oleh membran, dan mengandungi banyak vesikel berisi jus dan biasanya mengandungi beberapa biji. Apabila belum masak, buahnya berwarna hijau. Kulit buah masak yang tidak sekata dan berbutir boleh mempunyai warna berjulat oren terang sehingga kuning keorenan, tetapi selalunya mengekalkan tompok hijau atau, jika keadaan iklim panas kekal hijau sepenuhnya. Seperti semua buah sitrus yang lain, oren manis bersifat bukan klimakterik yakni tidak masak sewaktu di atas pokok. KumpulanCitrus sinensis dibahagikan kepada empat kelas dengan ciri yang berbeza: oren biasa, oren darah atau berpigmen, oren berpusat dan oren kurang berasid.[4][5][6] Buahnya merupakan sejenis hesperidium yaknibuah beri yang diubah suai; ia dilitupi dengan kulit yang dibentuk oleh penebalandinding ovari yang tahan lasak.[7][8]
^Hodgson, Willard (1967–1989) [1943]."Chapter 4: Horticultural Varieties of Citrus". Dalam Webber, Herbert John;rev Walter Reuther and Harry W. Lawton (penyunting).The Citrus Industry. Riverside, California: University of California Division of Agricultural Sciences. Diarkibkan daripadayang asal pada 2012-02-05.
^Kimball, Dan A. (June 30, 1999).Citrus processing: a complete guide (ed. 2d). New York: Springer. m/s. 450.ISBN978-0-8342-1258-9.
^Webber, Herbert John; Reuther, Walter; Lawton, Harry W. (1967–1989) [1903]."The Citrus Industry". Riverside, California:University of California Division of Agricultural Sciences. Diarkibkan daripadayang asal pada 2004-06-04.