Buah-buahan tempatan dihidangkan di Malaysia.Beberapa jenisbuahBuah-buahan biasa.Sebakul buah dilukis olehBalthasar van der Ast
Dalam bidangpertanian,buah (Jawi: بواه; kata ganda:buah-buahanبواه-بواهن) merupakan bahagian dari sesebuahtumbuhan yang mengandungibiji benih terjadi daripadaovari bunga atau putik tumbuhan tersebut[1] selepasberbunga. Kebanyakan buah mengandungiair tetapi juga mempunyaiserat makanan pada kulit buah.
Buah adalah cara tumbuhan berbunga menyebarkanbenih yang menjadi makanan untuk hidupan lain sepertihaiwan danmanusia. Buah-buahan yang boleh dimakan khususnya, dibiakkan melalui pergerakan dan perhubungan simbiotik dengan hidupan-hidupan tersebut yang banyak bergantung kepada buah-buahan sebagai sumbermakanan.[2] Oleh yang demikian, buah-buahan menyumbangkan sebahagian besar daripada hasilpertanian di seluruhdunia dan sesetengahnya (seperti epal dan delima) telah memperolehi maksud lambang dan budaya yang penting.
Dari segi masakan dan konteks penggunaanbahasa am, "buah" biasanya bermaksud struktur tumbuhan (atau hasil) berkaitan dengan biji yang biasanya mempunyai rasa yang manis atau masam dan boleh dimakan mentah begitu sahaja sepertiepal,pisang,anggur,lemon,oren danstrawberi. Dari konteks penggunaan botani pula, istilah "buah" turut merangkumi banyak struktur yang selalunya tidak disebut sebagai "buah" misalnya lenggaikekacang dankacang, isirongjagung,tomato, dan bijiringandum;[3][4] malah sebahagian buah-buahan ini juga dimasak sebagaisayur-sayuran.
Sebiji buah terdiri daripadabiji benih yang akan menumbuhkan tumbuhan baru, isi buah, dan kulit di luarnya.Kulit buah juga dipanggileksokarpa.Isi buah dipanggilmesokarpa iaitu lapisantisu dalam yang menutupi benih tumbuhan;[5] mesokarpa buah-buahpokok palma sepertisabutkelapa kering dan kasar.[6]
Noresah Baharom; Hasnah Mohamed; Nor Rashidah Johari, penyunting (1990).Kamus Biologi KBSM. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.ISBN983-62-1868-8.