Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Brek

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Brek cakera padamotosikal.

Brek adalah sejenis alat yang digunakan bagi memperlahankan atau menghentikan pergerakan sesebuahmesin ataukenderaan, atau boleh jadi juga alat bagi menghalanynya daripada mula bergerak lagi.Tenaga kinetik yang hilang daripada bahagian bergerak biasanya ditukarkan kepadahaba oleh dayageseran. Alternatifnya, dalampembrekan janaan, sejumlah tenaga dipulihkan dan disimpan di dalamroda tenaga,kapasitor ataupun ditukar kepadaarus ulang-alik olehpengulangalik, seterusnyaditukarkan kepadaarus terus sebelum disimpan di dalambateri bagi kegunaan akan datang.

Sila ambil perhatian bahawa tenaga kinetik bertambah berkadaran dengan nilai kuasa dua halaju (hubunganE = 1/2·m·v2). Ini bermakna jikakelajuan kenderaan bertambah, ia mempunyai empat kali ganda jumlah tenaga. Oleh itu brek mestilah menghilangkan empat kali ganda tenaga bagi menghentikan kenderaan dan hasilnyajarak membrek akan jadi empat kali lebih lama.

Brek dipasang pada kebanyakankenderaan beroda termasuklahkereta,lori,kereta api,motosikal danbasikal.

Sesetengahkapal terbang dipasang dengan brek roda di bahagian bawah. Beberapa kapal terbang turut menampilkan brek udara yang direka bagi memperlahankannya semasa penerbangan

Nyahpecutan dan mengelakpecutan semasa menuruni bukit boleh juga dicapai dengan menggunakangear rendah; sila rujukpembrekan enjin.

Brek geseran pada kereta menyimpan haba pada bahagian berputar (brek gelendong ataubrek cakera) semasa brek dikenakan dan melepaskannya ke udara secara beransur-ansur.

Kesan terhadap pencemaran bunyi

[sunting |sunting sumber]

Aksi membrek pada kenderaan bermotor menghasilkan keluaran bunyi yang boleh dikenali, bergantung kepada jenis tayar serta permukaan jalan bagi menghasilkan kesan yang boleh diterima bagi tahap bunyi yang terhasil daripada kenderaan yang sedang bergerak.[1] Terdapat satu julat yang boleh diterima dalam penumpuan akustif yang dihasilkan bergantung kepada reka bentuk bunga tayar dan kecepatan nyahpecutan yang diperlukan bagi memperlahankan kenderaan.

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^"C.Michael Hogan, Analysis of highway noise, Journal of Water, Air, & Soil Pollution, Volume 2, Number 3, Biomedical and Life Sciences and Earth and Environmental Science Issue, Pages 387-392, September, 1973, Springer Verlag, Netherlands ISSN 0049-6979". Diarkibkan daripadayang asal pada 2020-05-26. Dicapai pada2008-09-08.

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
CariBrek dalamWikikamus bahasa Melayu, kamus bebas.
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Brek&oldid=5304777"
Kategori:
Kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp