Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Breakdance di Sukan Olimpik Musim Panas 2024

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Breakdance
di Sukan Olimpik XXXIII
TempatPlace de la Concorde
Tarikh14—15 Ogos 2024
Bil. acara2
Pesaing32 (dijangka)
2028 →

Breakdance atauBreaking diSukan Olimpik Musim Panas 2024 telah berlangsung dari 14 hingga 15 Ogos 2024 diPlace de la Concorde,Paris,Perancis.[1] Edisi ini merupakan kali pertamabreaking dipertandingkan diSukan Olimpik Musim Panas.[2] PresidenIOCThomas Bach telah mengatakan bahawa mereka memasukkanbreaking sebagai sebahagian daripada usahanya untuk menarik minat anak muda terhadap Sukan Olimpik.[3]

Kelayakan

[sunting |sunting sumber]

Terdapat 32 tempat yang diberikan dalam Sukan Olimpik Musim Panas 2024, 16 untuk lelaki dan 16 untuk perempuan. Standard kelayakan telah dikeluarkan olehPersekutuan Sukan Tarian Dunia pada 8 April 2022.[4]

SetiapJawatankuasa Olimpik Kebangsaan (JOK) dibenarkan untuk menghantar maksimum empat peserta (dua bagi setiap jantina) ke Sukan Olimpik 2024. Slot ini adalah dianugerahkan kepada atlet tersebut dan bukannya kepada JOK. Hanya atlet yang berumur 14 tahun ke atas dibenarkan bertanding dalam Sukan Olimpik.[5]

Pasukan Perancis akan memperoleh dua slot (satu bagi setiap jantina) secara automatik, manakala empat slot yang lain (dua bagi setiap jantina) akan ditentukan oleh Suruhanjaya Tripartit. 26 slot yang lain pula diperuntukkan melalui proses kelayakan, di mana atlet-alet akan memperoleh slot kelayakan dengan memenangi pertandingan Siri Kelayakan Olimpik (14), Kejohanan Benua (10) serta Kejohanan Dunia (2).[5]

Garis masa

[sunting |sunting sumber]
AcaraTarikhTempat
Kejohanan WDSF Dunia 202322 – 24 September 2023BelgiumLeuven
Kejohanan Benua AsiaAkan ditentukanAkan ditentukan
Kejohanan Benua EropahAkan ditentukanAkan ditentukan
Kejohanan Benua AfrikaAkan ditentukanAkan ditentukan
Kejohanan Benua AmerikaAkan ditentukanAkan ditentukan
Kejohanan Benua OceaniaAkan ditentukanAkan ditentukan
Siri Kelayakan OlimpikAkan ditentukanAkan ditentukan

Jadual pingat

[sunting |sunting sumber]

  *   Tuan rumah (Perancis)

KedudukanNOCEmasPerakGangsaJumlah
1 Jepun1001
 Kanada1001
3 Lithuania0101
 Perancis*0101
5 Amerika Syarikat0011
 China0011
Jumlah (6 NOC)2226

Pemenang pingat

[sunting |sunting sumber]
EventEmasPerakGangsa
B-boys (Lelaki)
butiran
Philip Kim
Phil Wizard
 Kanada
Danis Civil
Dany Dann
 Perancis
Victor Montalvo
Victor
 Amerika Syarikat
B-girls (Perempuan)
butiran
Ami Yuasa
Ami
 Jepun
Dominika Banevič
Nicka
 Lithuania
Liu Qingyi
671
 China

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^"Paris 2024 Olympic Competition Schedule by session" (dalam bahasa Inggeris).POCOG. 1 April 2022. Dicapai pada31 Mei 2022.
  2. ^"Breakdancing to make its Olympic debut at Paris 2024".CNN. 7 Disember 2020. Dicapai pada23 Januari 2021.
  3. ^"'Breaking' news: Breakdancing added as an event for 2024 Paris Olympics".LA Times. 7 Disember 2020. Dicapai pada23 Januari 2021.
  4. ^"Breaking Qualification System unveiled for Olympic Games Paris 2024".Persekutuan Sukan Tarian Dunia (dalam bahasa Inggeris). 8 April 2022. Dicapai pada23 Jun 2022.
  5. ^ab"Qualification system - Games of the XXXIII Olympiad - Paris 2024"(PDF).IOC (dalam bahasa Inggeris). 1 April 2022. Dicapai pada23 Jun 2022.

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Breakdance_di_Sukan_Olimpik_Musim_Panas_2024&oldid=6292342"
Kategori:
Kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2026 Movatter.jp