Bosnia dan Herzegovina (Jawi: بوسنيا دان هرزيݢوۏينا) ialah dua negara yang bersatu tetapi dibawah pemerintah berparlimen yang sama di semenanjungBalkan di selatanEropah dengan keluasan sebesar 51,129 km² (19,741 batu persegi) dengan jumlah sekitar empat juta penduduk. Negara Bosnia dikenali dalam bahasa rasminya sebagaiBosna i Hercegovina dalam hurufLatin danБосна и Херцеговина dalam hurufCyrillic; namun biasanya, ia dipendekkan kepadaBosnia,BiH atauБиХ .
Negara ini didiami oleh tiga kelompok etnik yang utama:kaum Bosnia,kaum Serbia dankaum Croatia. Warga Bosnia secara amnya dikenali sebagaiBosnians dalambahasa Inggeris tidak kira apa bangsa mereka. Pemerintahan negara ini dilakukan secara terpencar dan negara Bosnia sebenarnya terdiri daripada persekutuan dua buah wilayah yang utama, iaitu,Persekutuan Bosnia dan Herzegovina danRepublika Srpska.
Disempadani olehCroatia di utara, barat dan selatan,Serbia di timur, danMontenegro di selatan, Bosnia dan Herzegovina ialah sebuah negara yang dikelilingi oleh daratan kecuali bagi sebuah persisiran pantaiLaut Adriatik yang sepanjang 20 km yang berpusat di bandarNeum. Pedalaman negara ini penuh dengan gunung-ganang dan juga sungai yang kebanyakannya tidak boleh ditempuhi. Ibu negara dan bandar terbesar ialahSarajevo.
Bosnia dipercayai telah mula diduduki oleh manusia sekitar zaman Paleolitik, sebagaimana lukisan gua tertua telah ditemui di Gua Badanj. Kebanyakan budaya masyarakat Neolitik seperti Butmir dan Kakanj juga ditemui sepanjang sungai Bosna (6230BC - c. 4900 BC).
Struktur etnik di Bosnia dan Herzegovina mengikut perbandaran pada tahun 1991
Berdasarkanbancian 1991, Bosnia dan Herzegovina memiliki penduduk seramai 4,377,000 orang, sementara bancian tidak rasmi oleh UNHCR pada tahun 1996 menunjukkan penurunan kepada 3,920,000 orang.[perlu rujukan] Penghijrahan besar penduduk semasa Perang Yugoslavia pada tahun 1990-an menyebabkan perubahan demografi di Bosnia. Antara tahun 1991 hingga 2013, perselisihan politik memjadikan aktiviti bancian mustahil. Satu bancian telah dirancang pada tahun 2011,[10] dan kemudiannya pula pada tahun 2012,[11] tetapi tertunda sehingga bulan Oktober 2013.bancian 2013 mendapati sejumlah 3,791,622 orang penduduk daripada 1.16 juta isi rumah; 585,411 orang kurang berbanding dengan bancian pada tahun 1991.[12]