Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Borneo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pulau Borneoبورنيو
Topografi Borneo
Map
Geography
LokasiAsia Tenggara
Koordinat01°N114°E / 1°N 114°E /1; 114Koordinat:01°N114°E / 1°N 114°E /1; 114
KepulauanKepulauan Sunda Besar
Keluasan743,330 km2 (287,000 bt2)
Pemeringkatan keluasanKe-3
Aras tertinggi4,095 m (13,435 ft)
Titik tertinggiGunung Kinabalu
Pentadbiran
DaerahBelait
Brunei-Muara
Temburong
Tutong
Largest settlementBandar Seri Begawan (pop. ~50,000)
ProvinsiKalimantan Barat
Kalimantan Tengah
Kalimantan Timur
Kalimantan Selatan
Kalimantan Utara
Nusantara
Largest settlementSamarinda (pop. 842,691)
Wilayah Persekutuan dan NegeriSabah
Sarawak
Labuan
Largest settlementKuching (pop. 617,886)
Demografik
Penduduk21,258,000 (16,625,796 adalah penduduk Kalimantan diIndonesia)[1] (2014)
Kepadatan penduduk28.59 /km2 (74.05 /sq mi)
Kelompok etnik
Dayak: (Ahe),Banjar,Barito,Benuaq,Berawan,Bidayuh,Bisaya,Bukitan,Dumpas,Dusun,Iban,Iban Mualang,Iban Embaloh,Ida'an,Illanun,Kadazan,Kayan,Kedayan,Kelabit,Kendayan,Kenyah,Kejaman,Kwijau,Lun Bawang,Lun Dayeh,Lotud,Maloh,Mangka'ak,Maragang, sulukMelanau,Minokok,Murut,Ngaju,Penan,Punan Ba,Rajang,Rumanau,Rungus,SulukSelakau,Sepan,Taman,Tambanuo,Tanjung,Tidong,Ukit
Bajau,Belait,Melayu Brunei,Melayu Sarawak,Cina

Borneo (Jawi: بورنيو) ialahpulau ketiga terbesar di dunia dan yang terbesar di Asia.[2] di kelilingi olehSemenanjung Tanah Melayu,Sumatera,Kepulauan Jawa,Sulawesi dan negaraFilipina.Pulau Borneo ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu negaraMalaysia-Sabah,Sarawak, danLabuan,Brunei, dan negaraIndonesiadi bahagianKalimantan.

Pulau Borneo dibahagi secara politik antara tiga negara iaituBrunei,Indonesia danMalaysia. Kira-kira 73% pulau ini ialah wilayah Indonesia. Dua negeri (Wilayah) dan Wilayah Persekutuan Malaysia iaituSabah,Sarawak danLabuan meliputi kira-kira 26% kawasan pulau ini manakala Brunei, yang dikelilingi Sarawak, meliputi lebih kurang 1% kawasan tanah Borneo atau Kalimantan. Borneo atau Kalimantan mempunyaihutan hujan yang paling tua di dunia.

Etimologi

[sunting |sunting sumber]

Pulau ini mempunyai banyak nama berlainan. Di peringkat antarabangsa, pulau ini disebut sebagaiBorneo. Borneo ini diambil daripada namaNegara Brunei Darussalam, yang ketika dulu menguasai pulau tersebut, dan dipanggilBorneo oleh pihak Eropah ketikaZaman Penjelajahan. NamaBrunei mungkin berpunca dari perkataan Sanskrit 'váruṇa' (वरुण), yang bermaksud "air" ataupun Varuna, nama dewa hujan Hindu.Penduduk di Indonesia memanggil pulau tersebutKalimantan, yang berpunca dari perkataan SanskritKalamanthana, yang bermaksud "pulau cuaca bakar" (untuk menerangkan tentang cuacanya yang panas dan lembap).[3]

Tetapi, terdapat juga sumber yang mengatakan nama Borneo adalah diambil dari nama Bo-Ni atau Puni. Seperti yang terdapat di catatan Cina 977M yang menyebut Hiangta of Puni (pantai Barat Borneo) menulis kepada kerajaan China. Puni merupakan salah satu sukukata dari Bahasa Iban yang bermaksud Kempunan.

Puni adalah kepercayaan kaum Iban sejak zaman-berzaman. Perkataan Puni yang digunapakai oleh Kerajaan Puni boleh dikaikan dengan maksud Kempunan dengan penemuan keris di tenggara Kalimantan yang terdapat inskripsi tulisan (Sekarang keris ini berada di Museum Leiden) Keris ini cukup berbeza dengan keris Jawa pada umumnya, terbuat dari baja dari bilah hingga gagangnnya. Tulisan digagang ini kemudian diketahui adalah tulisan India yang jika dibaca tidak memiliki makna namun hanya sebuah bentuk rajahlipan.

Puni dan lipan adalah sangat berhubungkait dalam kepercayaan kaum iban. Dimana orang Puni berisiko disengat Lipan.

Sejarah

[sunting |sunting sumber]

Dalam abad ke-14, Pulau Borneo diperintah olehKesultanan Brunei tetapi tidak keseluruhan dan hanya di persisiran pantai Hal ini kerana di kawasan pedalaman banyak suku etnik Dayak yang mengamalkan aktiviti memburu kepala yang dikenali sebagai aktivitingayau. Orang Eropah kali pertama tiba di Borneo pada abad ke-19.[4] Pada abad ke-19, Sarawak telah diambil alih oleh seorang pelayar Inggeris yang bernamaSir James Brooke. Beliau telah diberi kuasa oleh Raja Muda untuk memerintah kawasan Sarawak sekitaran Sungai Sarawak yang berpusat di Kuching. SebelumPerang Dunia II,Borneo Utara secara rasminya dikuasai oleh pihakBritish yang menjalankan pelbagai perdagangan, dan sebahagian kawasan dikuasai olehKesultanan Brunei danKesultanan Sulu yang asalnya dari Kepulauan Sulu di bahagian barat Borneo dan selatan Filipina. Sedangkan dalam pada itu, Borneo Selatan secara rasminya dikuasai oleh pihakBelanda yang juga menjalankan pelbagai perdagangan, serta sebahagian kecil kawasan dikuasai olehKesultanan Banjar.

Pada awal seranganJepun di Borneo, pihak British tidak mempunyai keupayaan untuk mempertahankan Borneo. Namun begitu, ada sebahagian kecil cuba mempertahankan Borneo secara gerila. PihakAmerika Syarikat telah cuba menyumbangkan senjata bagi pihak gerila namun pihak gerila telah gagal menyerang balas.

Geografi

[sunting |sunting sumber]
Gunung Kinabalu ialah titik, puncak dan gunung tertinggi di Borneo.

Borneo dikelilingi olehLaut China Selatan di utara dan barat laut,Laut Sulu di timur laut,Laut Sulawesi danSelat Makasar di sebelah timur, danLaut Jawa danSelat Karimata di selatan. Pulau ini ialah pulau terbesar diKepulauan Melayu, dengan luas 743,330 kilometer persegi (287,000 bt2). Di sebelah barat Borneo ialahSemenanjung Tanah Melayu danSumatera, di sebelah selatan ialahJawa, di sebelah timur ialahSulawesi, dan di sebelah timur laut ialahFilipina.

Titik tertinggi Borneo ialahGunung Kinabalu diSabah,Malaysia, dengan ketinggian 4,095 m (13,435 ka) di ataspermukaan laut. Puncak ini ialah puncak tertinggi ketiga diAsia Tenggara, yang juga menjadikan Borneo pulau ketiga tertinggi di dunia.

Sistem sungai yang terbesar ialahKapuas diKalimantan Barat. Dengan panjang 1,143 km (710 bt), sungai ini ialah sungai terpanjang di Indonesia. Sungai terpanjang Malaysia, iaituSungai Rajang, terletak di Sarawak dan panjangnya 562.5 km (349.5 bt). Sungai-sungai besar yang lain ialahBarito diKalimantan Selatan sepanjang 880 km (550 bt) danMahakam diKalimantan Timur sepanjang 980 km (610 bt).

Borneo mempunyai sistem gua yang ketara. Sebagai contoh,Gua Air Jernih diTaman Negara Mulu mempunyai salah satu sungai bawah tanah yang terpanjang di dunia. Contoh lain ialahGua Rusa, yang dianggap sebagai salah satu gua terbesar di dunia, merupakan tempat bagi lebih daripada tiga jutakelawar dan mempunyai longgokanguano yang lebih tinggi daripada 100 meter (330 ka).[5]

Bandar terbesar

[sunting |sunting sumber]

Berikut ialah senarai kawasan bandar di Borneo berdasarkan perhitungan penduduk 2008 yang disusun olehThe World Gazetteer.[6][7]

PeringkatBandarPopulasiNegara
1Kuching,Sarawak632,505Malaysia
2Banjarmasin,Kalimantan Selatan598,518Indonesia
3Kota Kinabalu,Sabah543,765Malaysia
4Pontianak,Kalimantan Barat466,090Indonesia
5Sandakan,Sabah453,759Malaysia
6Balikpapan,Kalimantan Timur453,575Indonesia
7Bandar Seri Begawan388,190Brunei (ibu negara)
8Samarinda,Kalimantan Timur356,034Indonesia
9Tawau,Sabah354,243Malaysia
10Miri,Sarawak257,305Malaysia
11Sibu,Sarawak180 000Malaysia
12Victoria,Labuan83,100Malaysia

Pentadbiran

[sunting |sunting sumber]
Kawasan berwarna kuning terang: Kalimantan (Indonesia), hijau: Brunei, jingga: Sabah dan Sarawak (Malaysia).

Pulau Borneo dibahagikan secara pentadbiran oleh tiga negara:

Negeri dan Wilayah Persekutuan
atau Provinsi
Ibu negeriBahagian negaraLuas
km²
Luas
%
Populasi
Banci 2000 1)
Populasi
%
BruneiBandar Seri BegawanKesultanan bebas5,7700.77569,0002.1
SarawakKuchingMalaysia124,45016.62,012,61612.4
SabahKota KinabaluMalaysia73,6199.82,449,38915.1
Labuan 2) VictoriaWilayah Persekutuan
Malaysia
920.0170,5170.4
Kalimantan BaratPontianakIndonesia146,76019.54,034,19824.9
Kalimantan TengahPalangkarayaIndonesia152,60020.32,985,24018.4
Kalimantan SelatanBanjarmasinIndonesia37,6605,01,857,00011.5
Kalimantan UtaraTanjung SelorIndonesia71,176-524,526-
Kalimantan TimurSamarindaIndonesia210,98528.12,455,12015.2
BorneoKuching 3)3 negara751,936100.016,196,924100.0

1)Brunei: Banci Penduduk 2001
2)Sesungguhnya tidak terletak di Borneo, tetapi di pulau-pulau berhampiran pantai (2.5 km dari pulau utama Borneo)
3)Bandar terbesar

Ekologi

[sunting |sunting sumber]
Pokok Periuk Kera (Nepenthes villosa), spesies endemik diTaman Negara Kinabalu, Borneo.

Borneo sangat kaya denganbiodiversiti dibandingkan dengan kebanyakan kawasan lain (MacKinnon et al. 1998). Terdapat sekitar 15,000 spesiestumbuhan berbunga dengan 3,000 spesies pokok (267 spesiesDipterocarpaceae), 221 spesies mamalia darat dan 420 spesies burung tinggal di Borneo (MacKinnon et al. 1998). Pulau ini juga merupakan pusat evolusi dan radiasi spesies endemik tumbuhan dan haiwan. Akibat pembasmian hutan secara meluas, hutan hujan Borneo ialah satu-satunyahabitat alam yang tersisa untukOrang Utan Borneo yang terancam pupus. Borneo juga merupakan tempat perlindungan penting bagi banyak spesiesendemik hutan, umpamanyaGajah Asia,Badak Kerbau Borneo,Harimau Dahan Borneo,Musang Hitam Pudar danCecadu Dayak. Sebagai salah satu tempat yang mempunyai biodiversiti paling tinggi di bumi,World Wildlife Fund telah menyatakan bahawa 361 spesies haiwan dan tanaman telah dijumpai sejak tahun 1996 di Borneo, menekankan kepelbagaian hayatnya yang tidak tertandingi.[8] Dalam jangka waktu 18 bulan dari Julai 2005 sehingga Disember 2006, 52 spesies baru lain juga berhasil ditemui.

Pulau ini secara sejarah meliputihutan tropika yang luas, tetapi daerah hutan menyusut dengan cepat kerana pembalakan besar-besaran untuk keperluan industri papan lapis Malaysia dan Indonesia. Selain itu, ladangkelapa sawit dengan cepat menjarah sisa-sisa terakhir hutan primer. Hutan hujan juga sangat hancur oleh sebab kebakaran hutan tahun 1997 hingga 1998, yang bermula daripada upaya penduduk tempatan untuk membersihkan hutan untuk perkebunan, dan selanjutnya juga dilanjutkan oleh musim kemarauEl Niño yang sangat kering selama tempoh itu.

Dalam rangka memerangi penduduk berlebihan diJawa, kerajaan Indonesia pada tahun 70-an dan 80-an memulakan projek transmigrasi bagi petani-petani miskin dan tanpa tanah ke Kalimantan. Pokok-pokok ditebang dan ladang-ladang dibuka, walaupun dengan hasil kesuburan tanah dihilangkan dan hakisan berlaku kerana tanah terbuka hanyut tersapu oleh hujan tropika.

Demografi

[sunting |sunting sumber]

Borneo diduduki oleh pelbagai kaum yang datangnya dariBrunei,Malaysia,Indonesia danFilipina. Penduduk Borneo juga terdiri daripada kumpulan etnik asliDayak, Murut, Kadazan, RungusLun BawangKedayan (Brunei), dan orang-orangCina yang awalnya berhijrah dariChina tenggara.

Borneo memiliki penduduk 15,721,384 (banci Januari 2005), dengan kepadatan penduduk 16 orang per km persegi. Sebahagian besar penduduk tinggal di bandar-bandar persisiran, walaupun pedalaman pun ditempati iaitu di bandar-bandar kecil dan kampung-kampung di sepanjang sungai. Penduduk yang terutama terdiri daripada kumpulan sukuDayak,Cina dan bangsaMelayu. Orang-orangCina yang membentuk 29% daripada pendudukSarawak dan 17% daripada pendudukKalimantan Barat,[9] awalnya berhijrah dari China tenggara.[10] Majoriti penduduk di Kalimantan beragamaIslam atauanimisme. Sekitar 15% Dayak beragamaKristian, agama yang diperkenalkan oleh para misionari di abad ke-19. DiKalimantan Tengah juga ada minoriti kecil pengamal agamaHindu Bali. Di pedalaman Kalimantan juga terdapat sukuPenan, yang beberapanya masih mengutamakan amalanpemburu-pengumpul dalam mencari sumber rezeki mereka. Di beberapa daerah pesisir dengan petempatan kecil dapat dijumpai sukuBajau[11], yang sejak lama bertempat tinggal berdekatan laut sebagai nelayan dan hidup secara nomad car rental iran Due to poverty they are usually poor in health and suffer from a multivitamin deficiency and And they make their home from Baneh. Di barat laut Borneo, kumpulan suku Dayak terbesar ialahIban dengan jumlah lebih kurang 710,000 orang.

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Badan Pusat Statistik, Jakarta, 2021.
  2. ^Senarai pulau di dunia mengikut keluasan
  3. ^https://books.google.com.my/books?id=h_x9e3LtUfYC&pg=PT30&redir_esc=y#v=onepage&q&f=false
  4. ^Ibbotson, Ross (2014).The History Of Logging In North Borneo. Kota Kinabalu: Opus Publications. m/s. 1.ISBN 978-983-3987-50-4.
  5. ^BBC-TV: Planet Earth
  6. ^Helders, Stefan."Malaysia: largest cities and towns and statistics of their population".World Gazetteer. Diarkibkan daripadayang asal pada 2009-01-03. Dicapai pada2008-12-27.
  7. ^Helders, Stefan."Indonesia: largest cities and towns and statistics of their population".World Gazetteer. Diarkibkan daripadayang asal pada 2009-01-03. Dicapai pada2008-12-27.
  8. ^AP."Poisonous Chameleon Snake Discovered".CNN via Meta religion. Dicapai pada 2010-10-5.Check date values in:|accessdate= (bantuan)
  9. ^"Province of West Kalimantan, IndonesiaDiarkibkan 2009-07-07 diWayback Machine". Guangdong Foreign Affairs Office.
  10. ^"The world's successful diasporas".Management Today. April 3, 2007.
  11. ^"Bajau Laut".Sea Gypsies. 29 March 2017.

Bacaan lanjutan

[sunting |sunting sumber]
  • (Inggeris) Bowen, M.R. and Eusebio, T.V. (1981) b): Acacia mangium. Updated information on seed collection, handling and germination testing. Occasional Tech. and Scientific Notes, Seed Series No.5, Forest Research Centre, web:SepilokDiarkibkan 2009-05-17 diWayback Machine, Sandakan, Sabah, Malaysia.
  • (Inggeris) Bowen, M.R. and Eusebio, T.V. (1982): Seed handling practices: four fast-growing hardwoods...Malaysian Forester Vol 45, No.4: 534-547.
  • (Inggeris) Ghazally Ismail et al. (eds.)Scientific Journey Through Borneo Series.Universiti Malaysia Sarawak, Kota Samarahan. 1996-2001.
  • (Inggeris) Gudgeon, L. W. W.British North Borneo. Adam and Charles Black, London (an early well-illustrated book on "British North Borneo", now known as Sabah), 1913.
  • (Inggeris) MacKinnon K, Hatta G, Halim H, Mangalik A.The ecology of Kalimantan.Oxford University Press, London. 1998.
  • (Inggeris) K M Wong & C L Chan. "Mt Kinabalu: Borneo's Magic Mountain."Natural History Publications,Kota Kinabalu. 1998.
  • (Inggeris) Mel White: " Borneo's moment of truth",National Geographic Magazine, November 2008.
  • (Inggeris) John Mathai. 2010. "Hose's Civet: Borneo's mysterious carnivore".Nature Watch 18/4: 2–8.

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitanBorneo
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Borneo&oldid=6149559"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp