Bollywood (bahasa Hindi:बॉलीवुड,bahasa Urdu:بالی وڈ) ialah nama tidak rasmi yang diberikan kepadafilemHindi yang berasas diMumbai,India. Istilah ini sering digunakan secara tidak tepat kepada keseluruhan filemIndia kerana Bollywood hanyalah sebahagian daripada industri filem India.[1][2][3]
Nama Bollywood adalah suatuportmanteauBombay (nama lamaMumbai) danHollywood, pusat industri filem Amerika. Walaupun sesetengah orang tidak gemar dengan nama tersebut, atas alasan bahawa ia menampakkan industri tersebut seolah-olah kelihatan seperti saudara miskin jika dibandingkan dengan Hollywood, ia masih berterusan digunakan dan sekarang ia mempunyai masukan sendiri dalamKamus Inggeris Oxford.
Bollywood pada umumnya dirujuk kepada wayangHindi, walaupunBahasa Hindustan,substratum umum kepada Hindi dan Urdu, adalah lebih tepat. Bollywood terdiri daripada bahasa-bahasaHindi,Urdu danInggeris. Kegunaan kata-kata madahUrdu juga agak banyak. Perhubungan di antara bahasa Hindi, Urdu, dan Hindustan adalah hal yang masih sangat diperbalah.
Penambahan ketaraBahasa Inggeris India dalam dialog dan lagu juga terdapat dalam filem Bollywood kini. Tidaklah janggal untuk melihat filem yang mencirikan dialog dengan perkataan dan ungkapan, juga ayat penuh berbahasa Inggeris. Kini juga terdapat sebilangan filem penuhberbahasa Inggeris. Berapa filem juga ditayangkan dalam dua atau tiga bahasa (sama ada menggunakan sarikata, atau beberaparunut bunyi).