Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Bola sepak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
"Bola sepak" dilencongkan ke sini. Untuk kegunaan lain, sila lihatBola sepak Amerika.
Bola sepak
بولا سيڤق
Penyerang (memakai baju merah) boleh menggelecek melepasi pertahanan (berbaju putih). Kemudian dia boleh memilih sama ada untuk memberikan satu tendangan ke arah gol; penjaga gol akan cuba untuk menghentikan bola itu daripada memasuki gol

Badan induk tertinggiFIFA
Nama samaranBola
Pertama kali dimainkanPertengahan abad ke-19 England
Ciri-ciri
SentuhanBersentuh
Ahli pasukan11 pada satu masa
Jantina bercampurBerasingan
JenisBerpasukan, bola
PeralatanBola sepak
TempatPadang bola sepak
Kemunculan
Negara atau wilayahSeluruh dunia
Sukan OlimpikYa, sejak1900
Sukan ParalimpikYa, sejak 1984

Bola sepak (Jawi: بولا سيڤق, juga di beberapa kawasan di Indonesia:sepak bola) ialahsukan berpasukan yang dimainkan oleh dua pasukan yang mana setiap pasukan terdiri daripada 11 orang pemain yang menggunakan kaki mereka untuk mengawal bola di sekeliling padang yang berbentuksegi empat tepat, di atasrumput ataurumput buatan.

Pada amnya, hanyapenjaga gol sahaja yang dibenarkan menyentuh bola dengan tangan di dalam kawasan golnya yang dipanggil kotak penalti manakala10 pemain lainnya hanya dibenarkan menggunakan semua bahagian badannya selain daripada tangan, kebiasannya kaki untuk menyepak, dada untuk mengawal, dan kepala untuk menanduk bola. Pasukan yang memiliki gol terbanyak pada akhir perlawanan ialah pemenangnya. Jika sehingga masa berakhir kedua-dua pasukan seri, maka boleh dilakukan undian, pembaharuan masa ataupuntendangan penalti, bergantung kepada format penganjuran kejohanan.

Undang-undang perlawanan pada awamnya dikemas kini setiap tahun olehPersekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa.

Sejarah

[sunting |sunting sumber]

Berbagai-bagai jenis permainanbola juga telah diperkenalkan pada Zaman Pertengahan Eropah. Pada abad ke-19, permainan bola di sekolah-sekolah United Kingdom (yang mempunyai cara permainan yang berlainan mengikut sekolah) menjadi lebih terkenal. Lantaran itu, cara permainannya juga lebih teratur. Undang-undang awal diperkenalkan bagi menyeragamkan cara permainan yang berlainan itu dan memudahkan pemain-pemain. Sukan bola sepak mula dimasyhurkan penjajah British di alam Nusantara melaluiRisalat Peraturan Bola Sepak Yang Dinamai oleh Inggeris Football dicetak diSingapura tahun 1859.[1][2]

Persatuan Bola Sepak England (The Football Association) telah ditubuhkan pada 1863 oleh beberapa kelab bola sepak. Persatuan ini berjaya menggubal undang-undang formal bola sepak yang pertama di dunia. Undang-undang ini kemudian berkembang menjadiUndang-undang bola sepak hari ini.

Urusan Undang-undang Bola Sepak dikendalikan olehLembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (International Football Association Board). Lembaga ini ditubuhkan pada 1886 dan mempunyai lapan ahli – empat wakil FIFA, empat wakil persatuan bola sepak England, Scotland, Wales dan Ireland Utara. Segala pemindaan Undang-undang Bola Sepak perlu diluluskan oleh Lembaga melalui undian majoriti.[3]

Mengikut kajian yang dilakukan olehFédération Internationale de Football Association (FIFA), badan pentadbir bola sepak, yang diterbitkan dalam musim bunga 2001, lebih daripada 240 juta orang biasanya bermain bola sepak dalam lebih daripada 200 negara di seluruh pelusuk dunia. Peraturannya yang mudah dan memerlukan peralatan yang sedikit tidak syak lagi menolong penyebaran dan tumbesaran dalam popularitinya. Sebelum abad ke-21, sukan ini telah dimainkan lebih daripada 250 juta orang di lebih buah 200 negara.[4][5][6][7]

Cara permainan

[sunting |sunting sumber]

Bola sepak ialah sejenis permainan yang dimainkan antara dua pasukan yang mengandungi 11 orang pemain yang masing-masing cuba memenangi perlawanan dengan menjaringkan lebih gol daripada pasukan lawannya. Satu gol ialah hasil hantaranbola yang merentasi garisan gol yang terletak di antara tiang gol dan palang gol. Bola sepak dimainkan dengan menggunakan kedua-dua belah kaki, tetapi para pemain dibenarkan menggunakan semua bahagian badannya kecuali tangan. Penjaga gol yang bertugas mengelakkan bola daripada merentasi garisan gol pula dibenarkan menggunakan tangannya untuk menangkap bola di dalam kawasan penalti.

Pasukan yang menjaringkan lebih banyak gol memenangi sesebuah perlawanan. Namun, kalau kedua-dua menjaringkan jumlah gol yang sama, perlawanan itu dianggap seri. Dalam pertandingan kalah mati, bagi menentukan pemenang, masa 30 minit (masa tambahan) akan ditambah jika kedua-dua pasukan menjaringkan jumlah gol yang sama dalam 90 minit yang asal. Pasukan yang menjaringkan gol yang lebih pada masa berlebihan ini memenangi perlawanan.

Jika masa berlebihan tidak dapat menentukan pemenang, sepakan penalti akan diadakan. Setiap pasukan diberikan 5 sepakan penalti. Pasukan yang menjaringkan penalti yang lebih memenangi perlawanan.

Teknik

[sunting |sunting sumber]

Maklumat lanjut:Kedudukan bola sepak

Peraturan perlawanan tidak mengkhususkan kedudukan pemain-pemain selain pejaga gol. Bagaimanapun, semasa perubahan kemajuan perlawanan sukan ini, sebilangan pemain yang tertentu telah berubah. Mereka termasuklah:

  • pertahanan - pemain yang pakar dalam menyekat serangan atau mencegah musuh daripada membuat jaringan
  • pemain tengah - pemain yang melakukan serangan dan memberikan lorongan bola kepada penyerang, tetapi juga menolong pertahanan dengan mengganggu serangan pasukan lawan pada peringkat awal.
  • penyerang - pemain-pemain yang berperanan menjaringkan gol.

Kedudukan-kedudukan ini selanjutnya dibezakan oleh bahagian mana pemain banyak menghabiskan masa. Sebagai contoh, terdapat pertahanan tengah dan pemain tengah kiri.

Para pemain mungkin menghabiskan kebanyakan masa dalam perlawanan dalam bahagian tertentu di padang; bagaimanapun, mereka tidak dikekang oleh peraturan sukan dan boleh berubah kedudukan pada bila-bila masa. Cara permainan ini juga boleh diguna pakai oleh penjaga gol, yang biasanya menghabiskan kebanyakan masa perlawanan berhampiran dengan gol tetapi boleh melibatkan diri dalam permainan berpasukan. Perkara ini biasanya hanya berlaku pada tendangan percuma atau tendangan sudut di akhir perlawanan itu.

Susun atur para pemain di padang dipanggil sebagai formasi. Bagi menggambarkan satu formasi, tiga nombor digunakan. Nombor pertama menentukan berapa banyak pemain pertahanan digunakan, yang kedua ialah bilangan pemain tengah yang akan digunakan dan yang ketiga ialah bilangan penyerang. Formasi yang terkenal dalam bola sepak moden termasuklah4-4-2,4-3-3,3-5-2,3-4-3 dan4-5-1.

Jurulatih biasanya berperanan mengatur formasi dan taktik sesebuah pasukan.

Kejohanan antarabangsa

[sunting |sunting sumber]

Pertandingan antarabangsa terbesar dalam arena bola sepak ialahPiala Dunia FIFA yang dianjurkan olehFIFA. Seperti yang diketahui,Piala Dunia FIFA diadakan sekali setiap empat tahun dan bermula diUruguay pada tahun1930. Lebih daripada 200 negara berlumba-lumba di peringkat kelayakan mengikut zon sebelum dapat melayakkan diri ke peringkat akhir. Perlawanan peringkat akhir ini biasanya berlangsung selama empat Ahad dan kini melibatkan 32 pasukan (naik dari 24 pada tahun1998). Brazil telah muncul sebagai pasukan yang paling berjaya dalamPiala Dunia FIFA dengan muncul sebagai juara sebanyak 5 kali, dengan kemenenangan terkemudian dalam tahun2002.

Pertandingan antarabangsa tertua dalam arena bola sepak ialahCopa América yang dianjurkan olehCONCACAF. Seperti yang diketahui,Copa América diadakan sekali setiap dua tahun dan bermula diArgentina pada1916.

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Teh Gallop, Annabel (2 May 2016)."Malaysia and Football".Asian and African Studies.The British Library. Dicapai pada22 December 2022.
  2. ^"Stories from the Stacks".BiblioAsia. Jil. 16 no. 4.National Library of Singapore. Jan–Mac 2021. m/s. 30–31.CS1 maint: date format (link)
  3. ^"Sejarah Sepak Bola". Dicapai pada9 Nov2021.Check date values in:|accessdate= (bantuan)
  4. ^""Overview of Soccer"". Ensiklopedia Britannica. Dicapai pada4 Jun2008.Italic or bold markup not allowed in:|publisher= (bantuan);Check date values in:|accessdate= (bantuan)
  5. ^Guttman, Allen (1993). ""The Diffusion of Sports and the Problem of Cultural Imperialism"". Dalam Eric Dunning, Joseph A. Maguire, Robert E. Pearton (penyunting)."The Sports Process: A Comparative and Developmental Approach". Champaign: Human Kinetics. m/s. 129.ISBN 0-88011-624-2."The game is complex enough not to be invented independently by many preliterate cultures and yet simple enough to become the world's most popular team sport"Unknown parameter|chapterurl= ignored (bantuan);Check date values in:|accessdate= dan|year= (bantuan);|access-date= requires|url= (bantuan)CS1 maint: multiple names: editors list (link)
  6. ^Dunning, Eric (1999). ""The development of soccer as a world game""."Sport Matters: Sociological Studies of Sport, Violence and Civilisation". London:Routledge. m/s. 103.ISBN 0-415-06413-9."During the twentieth century, soccer emerged as the world's most popular team sport"Unknown parameter|chapterurl= ignored (bantuan);Check date values in:|accessdate= dan|year= (bantuan);|access-date= requires|url= (bantuan)
  7. ^Mueller, Robert; Cantu; Van Camp, Steven (1996). "Team Sports"."Catastrophic Injuries in High School and College Sports". Champaign: Human Kinetics. m/s. 57.ISBN 0-87322-674-7."Soccer is the most popular sport in the world and is an industry worth over US$400 billion world wide. 80% of this is generated in Europe, though its popularity is growing in the United States. It has been estimated that there were 22 million soccer players in the world in the early 1980s, and that number is increasing. In the United States soccer is now a major sport at both the high school and college levels"Unknown parameter|chapterurl= ignored (bantuan);More than one of|first1= dan|first= specified (bantuan);Check date values in:|accessdate= dan|year= (bantuan);|access-date= requires|url= (bantuan)

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan:Bola sepak.
Wikinews
Wikinews
Wikinews mempunyai bahagian yang berkaitan:
Terma
Perbandingan
IFAB
Berkaitan
Bola sepak antarabangsa
Asia
Afrika
Amerika Utara,
Amerika Tengah
dan Caribbean
Amerika Selatan
Oceania
Eropah
Bukan FIFA
Permainan
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Bola_sepak&oldid=6545053"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2026 Movatter.jp