Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Boikot

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Boikot adalah suatu tindakan keengganan menggunakan,membeli mahupunmenjual sehingga memulaukan[1] sesuatu produk atauperkhidmatan yang datang daripada suatu individu,pertubuhan ataunegara sebagai tandatunjuk perasaan[1] bermotifkan moral, masyarakat, politik ataupunmementingkan persekitaran. Pemulauan ini ditujukan mencetuskankerugian ekonomi mahupun memaksa berubah pendirian yang dinyatakan dari pihak pengeluar yang disasarkan.

Gambaran umum

[sunting |sunting sumber]

Langkah ini mula ditonjolkan olehCharles Cunningham Boycott, ejen seorang tuan tanah dan pembesarLord Erne yang duduk di Lough Mask House berdekatanBallinrobe diKaunti MayoIreland; pembesar ini tidak sahaja mengenakan cukai sangat tinggi kepada para penyewa tanahnya malah sering mengarahkan Charles berkeras dengan sesiapa yang tidak mampu melangsaikan pembayaran secepat mungkin malah berani melawan pihaknya.[2] Perkara ini akhirnya mendorongCharles Stewart Parnell, seorang pejuang nasionalis dalam suatu pertemuanLiga Tanah Ireland dipimpinnya diEnnis mengusulkan suatu pemulauan terhadap orang yang menghalau sekeras yang disebutkan.

Arahan ini segera mendapat perhatian orang ramai yang mempunyai rasa sepakat bersama warga setempat yang senasib, lagi-lagi dengan kerenah Boycott. Boycott segera dipulaukan para pekerja kandang-kandang dan ladangnya, malah tiada siapa yang ingin berjual beli kepadanya apatah lagi menyediakan perkhidmatan seperti surat pos dan telegraf kepadanya.[3]:133–142[2] Lagi hebatnya keadaan yang diterangkan ini adalah sifat pemulauan tersebut yang diamati tidak melibatkan sebarang keganasan langsung.[3]:157–173 Beliau merasa sangat dimalukan sehingga dia dan isterinya akhirnya melarikan diri secara senyap diiringi askar pada waktu malam.[2]

Boycott menulis suatu surat rintihan mengenai nasib yang menimpanya kepadaThe Times.[4] Khabar yang diberitakan ini mendapat tumpuan luas dan sangat dihebahkan serata dunia dalam akhbar-akhbar Inggeris; ia mula mendapat perhatian antarabangsa dalam akhbarNew-York Tribune dilaporkan James Redpath yangmenciptakan kata kerjaboycott menerangkan fenomena ini.[5]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^ab"boikot".Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka. 2017.
  2. ^abcNamri Sidek (28 Disember 2017)."Kisah Asal-Usul Dari Mana Datangnya Perkataan 'Boikot'".Iluminasi. Dicapai pada14 Mei 2021.
  3. ^abMarlow, Joyce (1973).Captain Boycott and the Irish.André Deutsch.ISBN 978-0-233-96430-0.
  4. ^Wills, Matthew (20 April 2018)."Boycotting Captain Boycott".JSTOR Daily. JSTOR. Dicapai pada14 Mei 2021.
  5. ^Stanford, Jane, That Irishman: the Life and Times of John O'Connor Power, pp. 95–97.
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Boikot&oldid=6312151"
Kategori:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp