Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Boeing 747

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Boeing 747
Perawan Atlantic AirwaysBoeing 747-400
PerananPesawat jetberbadan lebar
Negara pengeluarAmerika Syarikat
PengeluarBoeing Commercial Airplanes
Penerbangan pertama9 Februari 1969[1]
Pengenalan1970 denganPan Am danTWA[1]
StatusAktif
Syarikat penerbangan utamaBritish Airways
Japan Airlines
Korean Air
Cathay Pacific
Dikeluarkan1969-kini
Jumlah dibina1,458 setakat Disember 2012[kemas kini][2]
Kos unit747-100: US$24 juta (1967)
747-200: US$39 juta (1976)
747-300: US$83 juta (1982)
747-400: US$228–260 juta (2007)
747-8I: US$351.4 juta[3]
747-8F: US$352 juta
VariasiBoeing 747SP
Boeing VC-25
Boeing 747-400
Boeing 747-8
Boeing 747 LCF

Boeing 747 adalahpesawat komersialberbadan lebar dan pesawat pengangkut kargo, sering dikenali sebagaiJumbo Jet (Jet Jumbo) atauQueen of the Skies (Ratu Langit). Ia antara pesawat paling dikenali dunia,[4] dan merupakan pesawat berbadan lebar pertama dihasilkan. Dihasilkan olehunit pesawat komersialBoeing di Amerika Syarikat, versi original 747 adalah dua kali setengah saizBoeing 707,[5] satu daripada pesawat komersial besar biasa pada 1960an. Penerbangan secara komersial pada 1970, 747 memegang rekod kapasiti penumpang selama 37 tahun.[6]

Pesawat empat enjin 747 menggunakan konfigurasidua dek untuk sebahagian daripada panjangnya.

747-400, the most common passenger version in service,adalah antara pesawat terpantas dalam perkhidmatan dengan kelajuan subsonik tinggiMach 0.85–0.855 (sehingga 570 mph, 920 km/j). Ia mampu terbang antara benua sejauh 7,260 batu nautika (8,350 mi atau 13,450 km).[7] 747-400 versi penumpang mampu menampung 416 penumpang dalamtiga kelas, 524 penumpang dalam konfugirasi dua kelas, atau 660 penumpang dalam konfugirasi satu kelas.[8] Versi terbaru pesawat,747-8, adalah dalam pengeluaran dan menerima perakuan pada 2011. Penghantaran 747-8F versi kapal pengangkut pada pelanggan pelancaranCargolux bermula pada Oktober 2011; penghantaran 747-8I passenger versi penumpang kepadaLufthansa bermula pada Mei 2012. 747 ini bakal diganti oleh Boeing Y3 (sebahagian daripadaBoeing Yellowstone Project) pada masa depan.

Sejarah

[sunting |sunting sumber]

Boeing 747 lahir disaat industri udara era 60-an sedang pesat membangun. Erapesawat komersil pada waktu itu, dijuarai olehBoeing 707, telah membuat satu revolusi di dalam perjalanan udara jarak jauh dan merealisasikan konsep "Kampung Global". Pada waktu itu, Boeing sudah pun mengkaji pesawat yang besar untuk memenangi kontrak dari Tentera Amerika Syarikat tetapi kalah kepadaLokheed C-5 Galaxy. Pan Am, klien setiaBoeing pada waktu itu, meminta Boeing membangunkan sebuah pesawat penumpang yang besar, sebesar 2 kali saizBoeing 707. Maka, pada tahun 1966Boeing mengeluarkan satu garis panduan mengenai konfigurasi pesawat penumpang yang akan dinamakan Boeing 747.Pan Am menempah 25 siri 747-100. Pada mulanya, rekaanpesawat ini adalah pesawat dua tingkat penuh atau 'double decker' tetapi disebabkan masalah pengosongan pesawat ketika kecemasan, idea ini di tukar untuk menjadi sebuahpesawat berbadan lebar.

Ketika itu, Boeing 747 dijangka akan digantikan dengan pesawatsupersonik. MakaBoeing mereka semula Boeing 747 supaya ia boleh ditukar menjadi pesawat kargo, dengan menjangkakan permintaan bagi versi penumpang akan menurun suatu hari nanti dan hanya versikargo yang mampu bertahan. Makakokpit pesawat itu di bawa ke dek atas supaya muncung pesawat boleh direka untuk dibuka menjadi satu pintu kargo. Pada mulanya dek atas digunakan untukkelas pertama dan lobi/bar tetapi hari ini,ia banyak digunakan sebagai tempat duduk ekstra. Dengan jangkaan hanya 400 jualan, 747 mampu bertahan dari kritik-kritik dan pada tahun1993 sebanyak 1000 pesawat berjaya dibangunkan.

Pembangunan 747 adalah satu tugas yang cukup besar. Ini kerana Boeing tidak adabangsal pesawat yang besar untuk memuatkan pesawat-pesawat yang besar. Maka, syarikat ini terpaksa membina satu kilang diEverett,Washington, dimana ia menjadi kilang terbesar pernah dibina.Pratt and Whitney pula pada waktu itu membangunkan satu enjinturbofan yang cukup besar, JT9D, untuk Boeing 747. Maka, untuk keselamatan dan keupayaan terbang, Boeing 747 direka dengan 4 sistem hidraulik yang akan digunakan ketika kecemasan, kawalan pergerakkan pesawat pula dibahagikan kepada dua, stuktur ketika kecemasan dipelbagaikan dan kepak yang kompleks yang membolehkan 747 digunakan padalandasan biasa.

Pada mulanya, banyak maskapai penerbangan merasa ragu-ragu terhadap Boeing 747. Manakala, pesaingBoeing,McDonnell Douglas danLokheed, sedang membangunkanpesawat berbadan lebar dengan tigaenjin, digelar 'trijet', dimana, secara perbandingan lebih kecil dari 747. Malahan kebanyakkan syarikat penerbangan merasakan kapasiti 747 terlalu besar untuk penerbangan jarak jauh dan dengan itu mereka melabur di dalam projek 'trijet'. Terdapat juga kebimbangan sama ada 747 mampu beroperasi dengan strukturlapangan terbang ketika itu.

Satu lagi isu yang dibawa ialah pembakaran minyak. Ini kerana pembakaran pesawat 'trijet' lebih rendah dari pesawat empat jet dan syarikat penerbangan cuba mengurangkan kos minyak. Isu ini telah menghantui Boeing semenjak 1970.

Bagaimanapun,Boeing telah pun berjanji kepadaPan Am untuk membina 747, bermaksud dalam masa kurang empat tahun, Boeing perlu mereka, membina dan menguji pesawat itu. Dalam tempoh yang singkat ini, proses pembangunan membuatkan mereka yang terlibat dalam projek ini berkerja dalam keadaan yang cukup pantas dan mereka ini digelarThe Incredibles. Kos yang tinggi untuk pembangunan pesawat ini dan pembinaan infrastuktur diEverett merupakan satu pertaruhan bagi Boeing dan kejayaan syarikat ini bergantung kepada kejayaan 747. Malahan, Boeing hampir gulung tikar pada tahun 1970. Walau bagaimanapun, Boeing memenangi pertaruhan ini dan Boeing memonopoli pengangkutan berbadan lebar selama 35 tahun. KedatanganAirbus A380 memecah rekod Boeing.

Variasi

[sunting |sunting sumber]
Garis masa penghantaran Boeing 747
Garis masa penghantaran Boeing 747

747-100

[sunting |sunting sumber]

Model pertama 747 ialah 747 siri 100 (747-100), dirasmikan diEverett pada2 September1968. 747-100 memasuki perkhidmatan pada1 Januari1970 dengan klien pertamaPan Am.747-100B kemudiannya menggantikan 747-100, denganfiuslaj yang lebih kukuh dan kerangka sokongantayar yang kebih kuat. Terdapat juga siri747-100SR yang mampu menampung seramai 550 penumpang dan digunakan untuk penerbangandomestik diJepun. Siri 100 mampu terbang sejauh 4,500 batu atau 7,200 km dengan muatan yang penuh.

Dek atas 747-100 ,kebiasaanya mempunyai 3 tingkap, membezakanpesawat ini dengan pesawat-pesawat yang lain. Walau bagaimanapun, modifikasi siri ini dengan menambah keluasan dek atas menyebabkan ia sukar dibezakan dengan siri 300.

747-200

[sunting |sunting sumber]

747-200 diperkenalkan pada tahun1971 dan mempunyai daya tujahan yang lebih tinggi serta mampu terbang dengan muatan yang lebih banyak jika dibandingkan dengan siri 100, dan ia bisa terbang lebih jauh. Ia dibezakan dengan siri 100 dengan bilangan tingkap dek atas iaitu sebanyak 8 tingkap tetapi modifikasi siri ini menyebabkan ia sukar dibezakan dengan siri lain. Pesawat model ini , dibina pada akhir 1980, mampu terbang sejauh 6,700 batu atau 10,800 km dengan muatan yang penuh.

Siri 747-200C dan 200F direka untukpesawat kargo.747-200F adalahpesawat kargo sepenuhnya, manakala747-200C adalah siri yang boleh ditukar mejadi sama ada pesawat kargo ataupunpesawat penumpang. Manakala siri gabungan pesawat penumpang dan pesawat kargo digelar pesawatcombi. Tidak seperti siri 100, kebanyakkan 200 dijadikan pesawat kargo.

747SP

[sunting |sunting sumber]

747Sp atauSpecial Performance, diperkenalkan pada tahun1976. Siri ini dikeluarkan untuk bersaing denganDC-10 danLockheed L-1011 TriStar kerana Boeing tidak ada pesawatberbadan lebar saiz sederhana untuk bersaing dengan Tristar. Kos pembinaan 747 dan737 yang tinggi pada akhir1960 menyebabkanBoeing tidak mampu untuk mereka pesawat baru dan dengan itu model 747 dipendekkan dan direka semula supaya kelajuan dan jarak maksimum adalah seiring dengan kapasitinya. Siri SP , dengan konfogurasi 3-kelas, mampu membawa 220 penumpang dan terbang sejauh 6,500 batu atau 10,500 km dengan kelajuan 610 mph atau 980 km/h.

747SP adalah satu-satunya pesawat yang mampu terbang dengan jarak terjauh, sehinggalah kemunculanAirbus A340. Antarapenerbangan yang menggunakan model ini ialahAmerican Airlines,Pan Am, danQantas, kerana kemampuan siri ini yang bisa terbang melintasiLautan Pasifik memenuhi keperluan penerbangan-penerbangan ini untuk terbang keTokyo.South African Airways juga menggunakan 747SP didalam perkhidmatan mereka untuk terbang dariJohannesburg keLondon, ketika dasarapartheid berleluasa, penerbangan ini tidak dibenarkan untuk terbang melintasi negara-negaraAfrika dan menyebabkan South African Airways terpaksa membuat pusingan yang besar, dan SP adalah penyelesaian mereka.

Disebalik kemampuannya yang istimewa, penjualan SP tidak seperti yang diharapkan, dimana hanya 45 model dibina dan kebanyakkan model ini berkhidmat untuk pernerbangan diTimur Tengah danAfrika.

Pengamatan astronomiSOFIA dalah modifikasi 747SP yang membawa teleskop infrared yang berdiameter 2.5 meter. Pada mulanya, ia berkhidmat untukPan Am dan dinamakan "Clipper Lindbergh".

747-300

[sunting |sunting sumber]

Pada mulanya, model 747-300 direka untuk menjadi pesawat 'trijet' versi 747SP. Tetapi disebabkan permintaan yang tidak menggalakkan, idea ini dilupakan saja.

747-300 menjadi satu model baru bagiBoeing yang diperkenalkan pada tahun1980. Ia adalah model pertama 747 dengan dek atas dibesarkan untuk menambah kapasiti.

747-400

[sunting |sunting sumber]
Japan Airlines 747-400 di Lapangan Terbang London

747-400 adalah model 747 terbaruBoeing, dan satu-satunya siri dibina sehingga hari ini. Antara perubahan yang nyata ialah pemanjangansayap sebanyak 2m dan penambahansayap lawi di hujung sayap sepanjang 2m. Ia memasuki pasaran pada tahun1989 dengan klien pertamanya iaituNorthwest Airlines.

Siri 400 dibina dalam bentuk penumpang sepenuhnya,combi (747-400M) dankargo (747-400F). Siri domestik untuk pasaranJepun iaitu747-400D, adalah pesawat penumpang dengan kapasiti tertinggi di dunia, sehinggalah kemunculan A380, dan ia boleh ditukar menjadi pesawat jarak jauh bila diperlukan.

747-400ER ialah siri 400 yang mampu terbang dengan jarak yang terjauh didalam model 747. Ia juga datang dalam bentukkargo sepenuhnya iaitu747-400ERF. Satu pelan kini sedang dibangunkan untuk model terbaru iaitu747-400XQLR, kini ditukar menjadi 747 Advanced, yang mampu terbang dengan jarak yang lebih jauh.

Pesawat kargo 747

[sunting |sunting sumber]

Boeing mengumumkan pada Oktober2003 bahawa komponen-komponen untuk7E7/787 , yang dibina diseluruh dunia, akan diterbangkan keEverett,Washington untuk dicantumkan. Oleh itu, Boeing membuat modifikasi terhadap 747-400 menjadipesawat kargo.

Tempoh penghantaran dapat dipendekkan menjadi 30 hari dengan menggunakan satu 747. Ini cukup penting kerana sayap 787 direka diJepun.[1][2]

747X

[sunting |sunting sumber]

747X adalah satu cadangan untuk mereka siri 747 dengan keluasan dek atas ditambah, sama seperti 757-500. Tetapi cadangan ini ditolak setelah pembangunan 747Adv di dalam proses.

747 Advanced

[sunting |sunting sumber]

Boeing sekarang ini membuat satu usaha sama dengan syarikat pernerbangan untuk mereka siri terbaru 747, Boeing 747 Advanced yang akan menggunakan kokpit dan enjin yang sama dengan7E7/787. Boeing 747 Advanced direka untuk terbang dengan lebih senyap, lebih ekonomik dan baik untuk alam semulajadi. Ia berkapasiti seramai 500 penumpang dengan konfigurasi 3-kelas dan mampu terbang sejauh 8000 batu nautika atau 18,816 km dengan kelajuan 0.86Mach.

Penjana kuasa

[sunting |sunting sumber]

Spesifikasi

[sunting |sunting sumber]
Boeing 747
UkuranB747-100 (versi terawal)B747-400ER (versi termoden)
Panjang70.7 m70.7 m
Rentang sayap59.6 m64.4 m
tinggi19.3 m19.4 m
Keluasan sayap511 m²541 m²
Berat bersih162.4 t180.8 t
Berat maksimum untuk terbang340.2 t412.8 t
Kelajuan maksimum967 km/h939 km/h
Jarak maksimum  9,040 km14,200 km
Kapasiti kargo  170.6 CBM (5palet + 14 LD1s)158.6 CBM (4 palet + 14 LD1s)
Contoh enjin4 × Pratt & Whitney JT9D setiap satu dengan tujahan 209 kN4 × General Electric CF6-80 setiap satu dengan tujahan 274 kN
Krew KokpitTigaDua

Kemalangan

[sunting |sunting sumber]

Seperti pada September 2010, 747 telah terlibat dalam 124 kemalangan,[9] termasuk 49hull-loss accidents,[10] mengakibatkan 2,852 kematian. 747 terlibat dalam 31perampasan, yang mana menyebabkan 25 kematian.[11]

Galeri

[sunting |sunting sumber]

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]

Pembangunan berkaitan

Pesawat setanding

Senarai berkaitan

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^abRumerman, Judy."The Boeing 747", U.S. Centennial of Flight Commission. Retrieved: 30 April 2006.
  2. ^Ralat petik: Tag<ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama747_O_D_summ
  3. ^"Boeing Commercial Airplanes prices."The Boeing Company. Retrieved: August 8, 2012.
  4. ^Ralat petik: Tag<ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaDisc_Chan_747
  5. ^Branson, Richard."Pilot of the Jet Age."Diarkibkan 2016-08-09 diWayback MachineTime, December 7, 1998. Retrieved: December 13, 2007.
  6. ^"A380 superjumbo lands in Sydney."BBC, October 25, 2007. Retrieved: August 3, 2010. Quote: "The superjumbo's advent ends a reign of nearly four decades by the Boeing 747 as the world's biggest airliner."
  7. ^"Technical Characteristics – Boeing 747-400",The Boeing Company. Retrieved: April 29, 2006.
  8. ^Ralat petik: Tag<ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama747sp
  9. ^"Boeing 747 incidents."Aviation-Safety.net, September 3, 2010. Retrieved: September 3, 2010.
  10. ^"Boeing 747 hull-loss occurrences."Aviation-Safety.net, September 3, 2010. Retrieved: September 3, 2010.
  11. ^"Boeing 747 Accident Statistics."Aviation-Safety.net, Retrieved: December 16, 2009.

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan:Boeing 747.
Senarai berkaitan dengan penerbangan
Umum
Ketenteraan
Kemalangan/Kejadian
Rekod
PesawatBoeing
Enjin piston
40A ·80 ·221 ·247 ·307 ·314 ·377
Enjin jet
367-80 ·707/720 ·717 ·727 ·737 (Classic/NG/BBJ) ·747 (SP/-400/LCF) ·757 ·767 ·777 ·787
Dalam pembangunan
Perancangan
Y1 ·Y3
Tidak dibangunkan
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Boeing_747&oldid=5773861"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp