Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Bismillah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
بسم الله الرحمن الرحيم
Frasa "Bismillah" ditulis dengan seniKhat.
Sebuah bentukkesenian Bismillah dalam bentuk buahjambu.

Bismillah atauBasmalah (Arab:بسملة) ialah sebuah perkataanArab yang digunakan sebagai nama pengumpulan pada keseluruhan frasaIslam secara berulangan. Frasa ini merupakan ayat pertama pada "surah" (atau bab) dalamAl-Qur'an, dan digunakan dalam berbilang konteks oleh umat Islam. Ia disebut beberapa kali dalamsolat dan sering dijadikan frasa mukadimah dalam segala urusan rasmi bagi beberapa negara Islam.

Dalam Al-Qur'an, ia sering dinomborkan sebagai ayat pertamasurah pertama, tetapi menurut pandanganAl-Tabari, ia adalah pendahuluan sebelum ayat pertama. Ia juga terletak di semua permulaansurah kecualisurah kesembilan iaituAt-Taubah, tetapi tidak dinomborkan kecuali di surah pertama tadi. Frasa ini juga muncul dua kali dalamSurah An-Naml, iaitu di permulaan dan pada ayat ke-30.

بِسْمِ ٱللَّٰهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Sebutan Arab: [bismi-llāhi ar-raḥmāni ar-raḥīmi]
"Dengan namaAllah, Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani"

Perkataan "basmalah" sendiri terbit dari sebutan empat konsonan pertama bagibismi-llāhi... yang akarnya adalah b-s-m-l (ب س م ل). Akar konsonan abstrak ini digunakan untuk menerbitkan kata nama basmalah, begitu juga bentuk kata kerja yang bermaksud "baca basmala". Perlakuan memberikan nama bagi perkataan yang lazim disebut atauzikir juga berlaku seperti frasa "Allahu Akbar", yang dirujuk sebagai "Takbir" (juga Ta'awwudh dll.); dan kaedah mengambil empat huruf konsonan juga seperti berlaku seperti kata nama "Hamdala" bagiAlhamdulillah.

Makna Kristian alternatif

[sunting |sunting sumber]

Umat Kristian penutur bahasa Arab kadang-kadang menggunakan perkataan Bismillah untuk merujukkan pada rumusan liturgil "Dengan nama Bapa, Anak, dan Roh Kudus" (باسم الآب والابن والروح القدس,bismi-l-’abi wa-l-ibni wa-r-rūḥi l-qudusi), dariMatthew 28:19.

Numerologi

[sunting |sunting sumber]
Perkataanبسم اللهالرحمنالرحيمJumlah nilai
Pecahan hurufهللامسبنمحرلاميحرلا
Nilai huruf530301406025040820030140108200301786

Jumlah nilai huruf dalamBismillah al-Rahman al-Rahim, mengikut satu sistem numerologi bahasa Arab, adalah 786. Terdapat dua kaedah mengatur huruf abjad Arab. Salah satu kaedah adalah mengikut abjad biasa (digunakan untuk tujuan yang paling biasa), bermula dengan huruf Alif ا, ba ب, ta ت, tha ث, dan seterusnya. Kaedah lain yang dikenali sebagai kaedahangka Abjad (atau ordinal). Dalam kaedah ini, huruf akan disusun dalamsusunan yang berikut: Abjad, Hawwaz, Hutti, Kalaman, Sa'fas, Qarshat, Sakhaz, Zazagh; setiap huruf mempunyai nilai aritmetik diberikan kepadanya, dari 1 hingga 1,000. Susunan ini mungkin dilakukan pada abad ke-3 Hijrah pada zamanAbbasiyah, berikutan amalan penutur bahasa Semitik lain seperti bahasa-bahasaAramia,Ibrani,Suryani dan Kasdim.

Dengan mengambil kira nilai angka semua huruf-huruf dalam bismillah, menurut abjad susunan, jumlahnya ialah 786. Di benua kecil Indiaangka Abjad telah menjadi popular. Sesetengah orang – kebanyakannya diIndia danPakistan – menggunakan786 sebagai pengganti untukBismillah ("Dengan namaAllah"). Mereka menulis nombor ini untuk mengelakkan daripada menulis nama Allah atau ayat-ayat al-Quran pada kertas biasa (yang boleh menjadi kotor atau bersentuhan dengan bahan-bahan haram). Amalan ini tidak datang dari zamanNabi Muhammad SAW, dan tidak diterima secara meluas oleh umat Islam.

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Bismillah&oldid=6437540"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp