Bing (dahulu dikenali sebagaiLive Search,Windows Live Search danMSN Search) merupakan sebuahenjin carian (diiklankan sebagaienjin keputusan)[2] daripada syarikatMicrosoft. Ia dilancarkan pada 1 Jun 2009.
Bing mula didedahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Microsoft,Steve Ballmer pada 28 Mei 2009 dekat persidangan All Things Digital diSan Diego,California, Amerika Syarikat sebelum ia dilancarkan. Antara perubahan ketara termasuklah penyenaraian hasil carian ketika pertanyaan dimasukkan dan senarai carian berkaitan (dikenali sebagai "anak tetingkap jelajah")[3] berdasarkan kepadateknologi semantik daripadaPowerset, dimana pihak Microsoft telah membelinya pada 2008.[4]
Pada 29 Julai 2009, Microsoft danYahoo! mengumumkan satu perjanjian di manaCarian Yahoo! akan dijana oleh Bing.[5] Kesemua pengguna sejagat dan rakan kongsi Carian Yahoo! dijangka telah membuat peralihan pada awal 2012.[6]
Pada Oktober 2011, Microsoft menyatakan bahawa mereka sedang bekerja pada infrastruktur pencarian belakang yang baharu dengan matlamat untuk menyediakan hasil carian yang lebih cepat dan lebih relevan untuk para pengguna. Dikenali sebagai "Tiger", teknologi khidmat indeks telah digabungkan ke dalam Bing secara global pada Ogos 2011.[7] Pada Mei 2012, Microsoft mengumumkan satu lagi reka bentuk semula enjin carian yang merangkumi "Bar sisi", satu ciri sosial yang mencari rangkaian sosial para pengguna untuk maklumat yang berkaitan dengan permintaan carian.[8] Pasa September 2013, rupa baharu Bing telah dilancarkan dengan menggunakanbahasa reka bentuk "Metro".
|
|---|
|
| Umum | |
|---|
| Khusus | Penerbitan saintifik | |
|---|
Beli-belah | |
|---|
Pekerjaan | |
|---|
|
|---|
| Kemanusiaan | |
|---|
| Terbengkalai | |
|---|
| Lain-lain | |
|---|