Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Haiwan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripadaBinatang)

Haiwan
Julat zaman:Ediakara - Sekarang
Pengelasan saintifik
Domain:
(tanpa pangkat)Opisthokonta
(tanpa pangkat)Holozoa
(tanpa pangkat)Filozoa
Alam:
Animalia

Filum

Haiwan (Jawi: حيوان serapanArab:حَيَوَان,rumi: ḥayawān terbitan kataحَيٌّhayy "hidup"[1]), ataubinatang (Jawi: بيناتڠ) ialah sekelompok besarorganismaeukariot multisel yang tergolong dalamalamAnimalia atauMetazoa. Apabilaberkembang, pelan badannya pada kesudahannya menjadi tetap, namun ada sesetengah spesies yang menjalankan prosesmetamorfosis di tengah-tengah riwayatnya. Kebanyakan haiwan adalah motil, iaitu boleh bergerak secara spontan dan berdikari. Semua haiwan juga merupakan heterotrof, iaitu perlu memakan organisma lain atau hasil keluarannya demi menyara hidup.

Kebanyakanfilum haiwan yang dikenali muncul dalam rekod fosil sebagai spesies marin sewaktu ledakan Kambria sekitar 542 juta tahun dahulu.

Manusia memanfaatkan banyak spesieshaiwan lain, sepertimakanan (termasuk daging, susu, dan telur), untuk bahan (seperti kulit dan bulu), sebagai haiwan peliharaan, dan sebagai haiwan yang berfungsi termasuk untuk pengangkutan.

Ciri-Ciri

[sunting |sunting sumber]

Haiwan mempunyai beberapa ciri-ciri yang membezakannya daripada hidupan-hidupan yang lain. Haiwan adalaheukariot dan kebanyakannya multisel,[2] yakni berbeza denganbakteria dan kebanyakanprotis. Haiwan merupakan heterotrof,[3] iaitu umumnya mencerna makanan dalam kebuk dalaman, yakni berbeza dengantumbuhan danalga.[4] haiwan juga berbeza dengan tumbuhan, alga dankulat kerana ketiadaandinding sel yang kukuh.[5] Semua haiwan adalah motil,[6] walaupun pada peringkat hidup yang tertentu. Bagi kebanyakan haiwan,embrio melalui peringkat blastula,[7] iaitu ciri - ciri yang hanya terdapat pada haiwan.

Struktur

[sunting |sunting sumber]

Haiwan mempunyaibadan yang terdiri daripada pelbagaitisu, kecuali beberapa jenis yang tertentu, terutama sekalibunga karang (FilumPorifera) dan Placozoa. Antara tisu-tisu ini ialahotot yang boleh mengecutkan dan mengawal gerak alih, dan tisu saraf yang menghantar dan memproses isyarat. Biasanya, juga terdapat kebukpencernaan dalaman dengan satu atau dua bukaan.[8] Haiwan yang bersusunan sebegini dipanggil metazoa, ataupuneumetazoa bagi memaksudkan haiwan pada umumnya.[9]

Semua haiwan mempunyai sel-seleukariot yang dikitari oleh matriks luar sel yang terdiri daripadakolagen dan glisoprotein anjal.[10] Ini boleh dikapurkan untuk membentuk struktur-struktur seperticangkerang,tulang, dan spikul.[11] Ketika berkembang, ia membentuk rangka yang agak mudah lentur[12] di mana sel-sel boleh bergerak-gerak dan bersusun semula, maka membolehkan struktur yang rumit. Berbeza pula denganorganisma-organisma multisel yang lain sepertitumbuhan dan kulat yang sel-selnya ditahan oleh dinding sel, oleh itu berkembang secara pertumbuhan progresif.[8] Selain itu, simpang-simpang antara sel ini juga hanya terdapat dalam sel haiwan: simpang ketat, simpang renggang, dan desmosom.[13]

Pembiakan dan perkembangan

[sunting |sunting sumber]
Sebutirselparu-paru bengkarung air dengan penceluppendarfluor yang menjalani peringkatanafasa awal dalammitosis.

Hampir kesemua haiwan menjalani suatu bentuk pembiakan jantina.[14] Ia mempunyai beberapasel pembiakan khusus yang menjalanimeiosis untuk menghasilkanspermatozoon yang kecil tetapi motil, atau telur yang besar tetapi tidak motil.[15] Spermatozoon dan ovum ini bergabung untuk membentukzigot yang berkembang menjadi individu baru.[16]

Juga terdapat banyak haiwan juga mampu membiak tanpa jantina.[17] Ini boleh terjadi secarapartenogenesis, yang mana telur yang subur dihasilkan tanpa mengawan, bercambah ataupun berpecah.[18]

Zigot mula-mula berkembang menjadi suatu bentuk sfera yang cembung, iaitu blastula[19] yang menjalani proses penyusunan semula dan penceraian. Bagi bunga karang, larva blastula berenang ke tempat baru lalu berkembang menjadi bunga karang baru.[20] Bagi kebanyakan kelompok yang lain pula, blastula menjalani penyusunan semula yang lebih rumit.[21] Mula-mula, ia berinvaginasi untuk membentuk gastrula dengan kebuk pencernaan, dan dua lapisan kuman yang berasingan, iaitu ektoderma luaran dan endoderma dalaman.[22] Selalunya, juga berkembangnya di antara ektoderma dan endoderma itu.[23] Kemudian, lapisan-lapisan kuman ini berpecah-pecah untuk membentuk tisu dan organ.[24]

Makanan dan penyumberan tenaga

[sunting |sunting sumber]

Semua haiwan merupakan heterotrof, iaitu boleh makan hidupan lain secara langsung atau tidak langsung.[25] Lazimnya, haiwan dibahagikan lagi kepada kelomok-kelompok sepertimaging,maun,omnivor, danparasit.[26]

Pemangsaan ialah interaksi biologi yang mana pemangsa (heterotrof yang memburu) memakan mangsanya (organisma yang diserangnya).[27] Pemangsa ini boleh tetapi tidak semestinya membunuh mangsa sebelum memakannya, tetapi apapun, tindakan pemangsaan ini sentiasa berkesudahan dengan kematian mangsa.[28] Satu lagi kategori pemakanan yang lain ialah detritivori, iaitu pengambilan jirim organik yang mati.[29] Kadang-kadang, adalah sukar untuk membezakan kedua-dua tabiat pemakanan ini, misalnya yang mana spesies parasit memangsakan organisme perumah, kemudian bertelur di atasnya supaya zuriatnya boleh memakan bangkainya yang reput. Tekanan berpilih yang dikenakan ke atas satu sama lain telah menimbulkanperlumbaan senjata evolusi antara mangsa dan pemangsa, oleh itu menyebabkan pelbagai penyesuaian anti-pemangsa.[30]

Kebanyakan haiwan secara tidak langsungnya menggunakan tenagamatahari dengan memakan tumbuhan atau haiwan yang memakan tumbuhan. Kebanyakan tumbuhan menggunakan cahaya untuk menukarkan molekul-molekul tak organik dalam persekitarannya kepada molekul organik, misalnyagula ringkas, dalamfotosintesis. Bermula dengan molekul-molekulkarbon dioksida (CO2) danair (H2O), fotosintesis menukarkan tenaga cahaya matahari kepada tenaga kimia yang disimpan sebagai karbon terturun (cth.glukosa) serta melepaskan molekuloksigen. Kemudian, gula-gula ini digunakan sebagai bahan binaan untuk pembesaran tumbuhan.[8] Apabila haiwan memakan tumbuhan ini (atau memakan haiwan lain yang pernah makan tumbuhan ini), gula-gula yang dihasilkan oleh tumbuhan itu pun diambil oleh haiwan berkenaan.[31] Sama ada gula itu digunakan secara langsung untuk pembesaran haiwan, ataupun dipecah-pecahkan untuk melepaskan tenaga suria yang tersimpan dan memberi haiwan itu tenaga yang diperlukan untuk pergerakan.[32] Proses ini dipanggilglikolisis.[33]Haiwan yang hidup berdekatan lohong hidroterma dan tiris sejuk di dasar laut tidak bergantung pada tenaga cahaya matahari.[34] Sebaliknya,arkea danbakteria kimiasintetis membentuk asasrantaian makanan.[35]

Kelompok Haiwan

[sunting |sunting sumber]
Pecahan jumlah haiwan mengikut filum

Porifera, Radiata dan Bilateria asas

[sunting |sunting sumber]

Analisa filogenetik mendapati bahawaPorifera danCtenophora berpecah sebelum klad yang melahirkan Bilateria,Cnidaria dan Placozoa.[36]

Bunga karangAgelas clathrodes, di latar hadapan. Dua spesies batu karang di latar belakang: iaitu akar baharIciligorgia schrammi, danPlexaurella nutans.

Bunga karang (Porifera) selama ini dipercayai awal-awal berpecah dari haiwan-haiwan lain.[37] Bunga karang ketiadaan susunan rumit yang terdapat dalam kebanyakan filum yang lain.[38] Sel-selnya dibezakan, tetapi selalunya tidak tersusun kepada tisu-tisu yang berasingan.[39] Bunga karang lazimnya makan dengan menarik air masuk melalui liang-liangnya.[40] Archaeocyatha yang rangkanya terlakur mungkin mewakili bunga karang ataupun filum yang berasingan.[41] Bagaimanapun, suatu kajian filogenomik ke atas 150 gen pada 29 jenis binatng merentas 21 filum pada tahun 2008, mendapati bahawaCtenophora atau ampai bulatlah yang merupakan keturunan asas haiwan , sekurang-kurangnya di kalangan 21 filum berkenaan. Para pengarangnya berspekulasi bahawa bunga karang—setidak-tidaknya bunga karang yang dikajinya—tidaklah begitu kuno, tetapi sebaliknya mungkin diringkaskan secara sekunder.[42]

Di kalangan filum-filum yang lain, Ctenophora danCnidaria yang merangkumiburan,batu karang, danampai-ampai, bersimetri secara jejari dan mempunyai kebuk pencernaan dengan satu bukaan yang berfungsi sebagai mulut dan dubur.[43] Kedua-duanya mempunyai tisu yang berbeza, tetapi tidak tersusun kepadaorgan.[44] Hanya ada dua lapisan germa yang utama, iaitu ektoderma dan endoderma, dengan cuma sel-sel yang terserak di antaranya. Oleh itu, haiwan-haiwan ini juga dipanggil diploblas.[45] Placozoa yang halus juga begitu, tetapi tiada kebuk pencernaan yang kekal.

Binatng-Haiwan yang selebihnya membentuk kumpulan monofiletik iaitu Bilateria. Kebanyakan haiwan ini, dan biasanya mempunyai kepala yang khusus dengan organ-organ pemakanan dan deria. Tubuhnya adalah triploblas, iaitu ketiga-tiga lapisan germa berkembang sepenuhnya, dan tisu-tisu membentuk organ-organ yang berlainan. Kebuk pencernaan mempunyai dua bukaan, iaitu mulut dan dubur, dan juga terdapat rongga tubuh dalaman yang dipanggilselom atau pseudoselom. Walau apapun, ada haiwan yang terkecuali daripada ciri-ciri ini, misalnya:ekinoderma dewasa adalah bersimetri secara jejari, dan cacing parasit tertentu memiliki struktur tubuh yang teramat ringkas.

Kajian genetik telah banyak mempengaruhi pemahaman kita akan hubungan sesama ahli Bilateria. Diamati bahawa kebanyakannya tergolong dalam dua keturunan utama, iaitu deuterostom dan protostom; protostom termasuk Ecdysozoa, Platyzoa, dan Lophotrochozoa. Selain itu, terdapat beberapa kelompok kecil bilateria berstruktur agak kecil yang nampaknya sudah berpecah sebelum kelompok-kelompok besar itu, misalnya Acoelomorpha, Rhombozoa, dan Orthonectida. Myxozoa, iaitu paraset unisel yang asalnya dianggap sebagai Protozoa, kini dipercayai telah berkembang dari Medusozoa juga.

Deuterostom

[sunting |sunting sumber]
Burung renMalurus cyaneus

Deuterostom berbeza dengan Bilateria yang lain, iaitu protostom, dari pelbagai segi. Kedua-duanya memiliki saluran penghadaman yang lengkap. Bagaimanapun, dalam protostom, bukaan usus pertama yang menjadi dalam perkembangan embrio (arkenteron) berkembang dalam mulut, diikuti oleh dubur. Dalam deuterostom pula, dubur terbentuk dahulu, diikuti oleh mulut.[46] Dalam kebanyakan protosom, sel-sel hanya mengisi pedalaman gastrula untuk membentuk mesoderma, dalam proses yang dipanggil perkembangan skizoseli, tetapi bagi deuterostome, ia terbentuk menerusi invaginasi endoderma, iaitu pengantungan enteroseli.[47] Embrio deuterostom menjalani Sigaran jejari ketika pembahagian sel, sementara protostom menjalani sigaran pilin.[48]

Semua ini menunjukkan bahawa deuterostom dan protostom adalah keturunan monofiletik yang berasingan. Filum-filum utama deuterostom ialahEchinodermata danChordata.[49] Echinodermata adalah bersimetri secara jejari dan hanya ditemui dalam air, misalnyatapak sulaiman,landak laut, dangamat.[50] Chordata pula dikuasai olehvertebrat, iaitu haiwan yang bertulang belakang,[51] termasukikan,amfibia,reptilia,burung, danmamalia.[52]

Selain itu, deuterostoma juga merangkumi Hemichordata atau cacing akorn.[53] Walaupun tidak begitu menonjol pada masa kini, namun fosil graptolit yang penting mungkin tergolong dalam kelompok ini.[54]

Ecdysozoa

[sunting |sunting sumber]
Sibur-siburSympetrum flaveolum

Ecdysozoa adalah protostom yang dinamai sempena suatu sifat pertumbuhan yang sepunya iaitu secara bersalin atauekdisis.[55] Dalam golongan ini termasuklah filum haiwan yang terbesar, iaituArthropoda, merangkumiserangga,labah-labah,ketam, dan saudara-maranya. Kesemua organisma ini mempunyai tubuh yang terbahagi kepada bahagian-bahagian yang berulang-ulang, biasanya dengan apendej-apendej berpasangan. Dua filum yang lebih kecil, iaitu Onychophora danTardigrada, merupakan saudara dekat kepada artropod dan berkongsi ciri-ciri tersebut.

Ecdysozoa juga merangkumiNematoda atau cacing bulat, iaitu barangkali filum haiwan yang kedua terbesar. Cacing bulat biasanya bersaiz mikroskopik, dan terdapat di hampir setiap persekitaran yang terdapat air.[56] Sesetengah cacing bulat ini merupakan parasit yang penting.[57] Antara filum kecil yang bersaudara dengan cacing bulat ialah Nematomorpha atau cacing bulu kuda, serta Kinorhyncha, Priapulida, dan Loricifera. Kelompok-kelompok ini mempunyai selom yang kecut, iaitu pseudoselom (selom palsu).

Dua kelompok protostom yang selebihnya adakalanya digabungkan sebagai Spiralia, kerana embrio kedua-duanya berkembang dengan sigaran pilin.

Platyzoa

[sunting |sunting sumber]
Pseudobiceros bedfordi

Platyzoa merangkumi filumPlatyhelminthes, iaitu cacing pipih.[58] Pada asalnya ini dianggap sebagai antara makhluk Bilateria yang paling kuno, tetapi kini nampaknya bahawa ia berkembang daripada leluhur yang lebih rumit.[59] Dalam kelompok ini terdapat beberapa jenisparasit, seperti cacing hati dancacing pita.[58] Cacing pita merupakan aselomat, iaitu ketiadaan rongga jasad, begitu juga dengan saudara terdekatnya, iaituGastrotricha yang mikroskopik.[60]


Filum-filum Platyzoa yang lain pula kebanyakannya mikroskopik dan pseudoselomat, terutama sekali Rotifera atau rotifer yang banyak ditemui dalam persekitaran berair, bahkan juga merangkumi Acanthocephala atau cacing kepala duri, Gnathostomulida, Micrognathozoa, dan mungkin juga Cycliophora.[61] Kelompok-kelompok ini berkongsi sifat adanya rahang rumit, maka dipanggilnya Gnathifera.

Lophotrochozoa

[sunting |sunting sumber]
Siput babi Rom,Helix pomatia

Lophotrochozoa merangkumi dua filum haiwan yang paling berjaya, iaituMollusca danAnnelida.[62][63] Moluska, iaitu filum haiwan kedua terbesar mengikut bilangan spesies yang dikenali, merangkumisiput babi,kerang, dansotong, sementara Annelida terdiri daripada cacing bersegmen, seperticacing tanah danlintah. Dua kelompok ini sekian lama dianggap sebagai saudara dekat kerana berkongsi larva trokofor, tetapi Annelida dianggap lebih dekat dengan Arthropoda kerana kedua-dua filum itu bersegmen jasadnya.[64] Kini, ini pada umumnya dianggap sebagai evolusi tumpu, disebabkan banyaknya perbezaan morfologi dan genetik antara kedua-dua filum itu.[65]

Juga tergolong dalam Lophotrochozoa ialahNemertea atau cacing reben, Sipuncula, dan beberapa filum yang mempunyai gelang sesungut bersilium di keliling mulutnya, iaitu lofofor.[66] Nemertea, Sipuncula dan lofofor ini asalnya digolongkan bersama-sama sebagai lofoforat.[67] tetapi kini nampaknya kelompok lofoforat itu mungkin parafiletik,[68] yang mana ada yang lebih dekar dengan Nemertea dan yang lain pula dekat dengan moluska dan anelid.[69][70] Ini termasuk Brachiopoda atau cangkerang berkilau yang menonjol dalam rekod fosil, Entoprocta, Phoronida, dan mungkin juga Bryozoa atau haiwan lumut.[71]

Sejarah pengelasan haiwan

[sunting |sunting sumber]
Carolus Linnaeus, bapataksonomi moden

Aristotle membahagikan dunia hidupan kepada haiwan dantumbuhan; ini disusuli olehCarolus Linnaeus (Carl von Linné) yang menzahirkan pengelasan bertatatingkat yang sulung.[72] Semenjak itu, para ahli biologi telah mulai menekankan hubungan evolusi, oleh itu setiap golongan hidupan diberi had-had yang tertentu. Misalnya, makhluk halusprotozoa asalnya dianggap sebagai haiwan kerana ia bergerak, tetapi kini dilayan sebagai alam yang berasingan.

Dalam skema asal Linnaeus, haiwan merupakan salah satu daripada tiga alam hidupan, dibahagikan kepada kelas-kelas Vermes(cacing), Insectia(serangga), Pisces(ikan), Amphibia(amfibia), Aves(burung), dan Mammalia(mamalia). Semenjak itu, Pisces, Amphibia, Aves dan Mammalia digolongkan sekali ke dalam satu filum, iaituChordata(haiwan tulang belakang), manakala bentuk-bentuk hidupan yang lain pula telah diasing-asingkan. Senarai-senarai di atas mewakili pemahaman kita akan kelompok ini pada masa kini, namun terdapat sedikit perbezaan dari sumber ke sumber.

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005).Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 117.ISBN 967-65-7321-3.
  2. ^National Zoo."Panda Classroom". Dicapai padaSeptember 30, 2007.
  3. ^Jennifer Bergman."Heterotrophs". Dicapai padaSeptember 30, 2007.
  4. ^Douglas AE, Raven JA, AE (2003)."Genomes at the interface between bacteria and organelles".Philosophical transactions of the Royal Society of London. Series B, Biological sciences.358 (1429): 5–17, discussion 517–8.doi:10.1098/rstb.2002.1188.PMC 1693093.PMID 12594915.|first2= missing|last2= (bantuan)
  5. ^Davidson, Michael W."Animal Cell Structure". Dicapai padaSeptember 20, 2007.
  6. ^Saupe, S.G."Concepts of Biology". Dicapai padaSeptember 30, 2007.
  7. ^Minkoff, Eli C. (2008).Barron's EZ-101 Study Keys Series: Biology (ed. 2, revised). Barron's Educational Series. m/s. 48.ISBN 9780764139208.
  8. ^abcAdam-Carr, Christine; Hayhoe, Christy; Hayhoe, Douglas; Hayhoe, Katharine (2010).Science Perspectives 10. Nelson Education Ltd.ISBN 978-0-17-635528-9.
  9. ^Gero HIllmer (1983).Fossil Invertebrates. CUP Archive. m/s. 54.ISBN 9780521270281.Unknown parameter|coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  10. ^Alberts, Bruce (2002).Molecular Biology of the Cell (ed. 4). New York: Garland Science.Unknown parameter|coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  11. ^Sangwal, Keshra (2007).Additives and crystallization processes: from fundamentals to applications. John Wiley and Sons. m/s. 212.ISBN 9780470061534.
  12. ^Becker, Wayne M. (1991).The world of the cell. Benjamin/Cummings.ISBN 9780805308709.
  13. ^Magloire, Kim (2004).Cracking the AP Biology Exam, 2004–2005 Edition. The Princeton Review. m/s. 45.ISBN 9780375763939.
  14. ^Knobil, Ernst (1998).Encyclopedia of reproduction, Volume 1. Academic Press. m/s. 315.ISBN 9780122270208.
  15. ^Schwartz, Jill (2010).Master the GED 2011 (w/CD). Peterson's. m/s. 371.ISBN 9780768928853.
  16. ^Hamilton, Matthew B. (2009).Population genetics. Wiley-Blackwell. m/s. 55.ISBN 9781405132770.
  17. ^Adiyodi, K. G. (2002).Reproductive Biology of Invertebrates, Progress in Asexual Reproduction, Volume 11. Wiley. m/s. 116.Unknown parameter|coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  18. ^Kaplan (2008).GRE exam subject test. Kaplan Publishing. m/s. 233.ISBN 9781419552182.
  19. ^Tmh (2006).Study Package For Medical College Entrance Examinations. Tata McGraw-Hill. m/s. 6.22.ISBN 9780070616370.
  20. ^Ville, Claude Alvin (1984).General zoology. Saunders College Pub. m/s. 467.ISBN 9780030624513.Unknown parameter|coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  21. ^Hamilton, William James (1945).Human embryology: (prenatal development of form and function). Williams & Wilkins. m/s. 330.Unknown parameter|coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  22. ^Philips, Joy B. (1975).Development of vertebrate anatomy. Mosby. m/s. 176.ISBN 9780801639272.
  23. ^The Encyclopedia Americana: a library of universal knowledge, Volume 10. Encyclopedia Americana Corp. 1918. m/s. 281.
  24. ^Romoser, William S. (1998).The science of entomology. WCB McGraw-Hill. m/s. 156.ISBN 9780697228482.Unknown parameter|coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  25. ^Rastogi, V. B. (1997).Modern Biology. Pitambar Publishing. m/s. 3.ISBN 9788120904965.
  26. ^Levy, Charles K. (1973).Elements of Biology. Appleton-Century-Crofts. m/s. 108.ISBN 9780390556271.
  27. ^Begon, M., Townsend, C., Harper, J. (1996).Ecology: Individuals, populations and communities (Third edition). Blackwell Science, London.ISBN 0-86542-845-X,ISBN 0-632-03801-2,ISBN 0-632-04393-8.
  28. ^[1]. Britannica.com. Retrieved on 2011-11-23.
  29. ^Marchetti, Mauro (2001).Geomorphology and environmental impact assessment. Taylor & Francis. m/s. 84.ISBN 9789058093448.Unknown parameter|coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  30. ^Allen, Larry Glen (2006).Ecology of marine fishes: California and adjacent waters. University of California Press. m/s. 428.ISBN 9780520246539.Unknown parameter|coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  31. ^Clutterbuck, Peter (2000).Understanding Science: Upper Primary. Blake Education. m/s. 9.ISBN 9781865091709.
  32. ^Gupta, P.K.Genetics Classical To Modern. Rastogi Publications. m/s. 26.ISBN 9788171338962.
  33. ^Garrett, Reginald; Grisham, Charles M. (2010).Biochemistry. Cengage Learning. m/s. 535.ISBN 9780495109358.
  34. ^New scientist. IPC Magazines.152 (2050–2055): 105. 1996.Missing or empty|title= (bantuan)
  35. ^Castro, Peter (2007).Marine Biology (ed. 7). McGraw-Hill. m/s. 376.ISBN 9780077221249.Unknown parameter|coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  36. ^Ryan JF, Pang K; NISC Comparative Sequencing Program, Mullikin JC, Martindale MQ, Baxevanis AD (2010) The homeodomain complement of the ctenophoreMnemiopsis leidyi suggests that Ctenophora and Porifera diverged prior to the ParaHoxozoa. Evodevo 1(1):9
  37. ^Bhamrah, H. S. (2003).An Introduction to Porifera. Anmol Publications PVT. LTD. m/s. 58.ISBN 9788126106752.Unknown parameter|coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  38. ^Sumich, James L. (2008).Laboratory and Field Investigations in Marine Life. Jones & Bartlett Learning. m/s. 67.ISBN 9780763757304.
  39. ^Jessop, Nancy Meyer (1970).Biosphere; a study of life. Prentice-Hall. m/s. 428.
  40. ^Sharma, N. S. (2005).Continuity And Evolution Of Animals. Mittal Publications. m/s. 106.ISBN 9788182930186.
  41. ^McGraw-Hill encyclopedia of science & technology: MET-NIC., Volume 11 (ed. 8). McGraw-Hill. 1997. m/s. 59.ISBN 9780079115041. Dicapai pada19 Mac 2011.
  42. ^Dunn CW, Hejnol A, Matus DQ; dll. (2008). "Broad phylogenomic sampling improves resolution of the animal tree of life".Nature.452 (7188): 745–9.doi:10.1038/nature06614.PMID 18322464.Unknown parameter|month= ignored (bantuan);Explicit use of et al. in:|author= (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  43. ^Langstroth, Lovell (2000).A living bay: the underwater world of Monterey Bay. University of California Press. m/s. 244.ISBN 9780520221499.Unknown parameter|coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  44. ^Safra, Jacob E. (2003).The New Encyclopædia Britannica, Volume 16. Encyclopædia Britannica. m/s. 523.ISBN 9780852299616.
  45. ^Kotpal, R. L.Modern Text Book of Zoology: Invertebrates. Rastogi Publications. m/s. 184.ISBN 9788171339037.
  46. ^Peters, Kenneth E. (2005).The Biomarker Guide: Biomarkers and isotopes in petroleum systems and Earth history. Cambridge University Press. m/s. 717.ISBN 9780521837620.Unknown parameter|coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  47. ^Safra, Jacob E. (2003).The New Encyclopædia Britannica, Volume 1; Volume 3. Encyclopædia Britannica. m/s. 767.ISBN 9780852299616.
  48. ^Valentine, James W. (July 1997). "Cleavage patterns and the topology of the metazoan tree of life".PNAS. The National Academy of Sciences.94: 8001–8005.
  49. ^Hyde, Kenneth (2004).Zoology: An Inside View of Animals. Kendall Hunt. m/s. 345.ISBN 9780757509971.
  50. ^Alcamo, Edward (1998).Biology Coloring Workbook. The Princeton Review. m/s. 220.ISBN 9780679778844.
  51. ^Holmes, Thom (2008).The First Vertebrates. Infobase Publishing. m/s. 64.ISBN 9780816059584.
  52. ^Rice, Stanley A. (2007).Encyclopedia of evolution. Infobase Publishing. m/s. 75.ISBN 9780816055159.
  53. ^Tobin, Allan J. (2005).Asking about life. Cengage Learning. m/s. 497.ISBN 9780534406530.Unknown parameter|coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  54. ^Safra, Jacob E. (2003).The New Encyclopædia Britannica, Volume 19. Encyclopædia Britannica. m/s. 791.ISBN 9780852299616.
  55. ^Dawkins, Richard (2005).The Ancestor's Tale: A Pilgrimage to the Dawn of Evolution. Houghton Mifflin Harcourt. m/s. 381.ISBN 9780618619160.
  56. ^Prewitt, Nancy L. (2003).BioInquiry: making connections in biology. John Wiley. m/s. 289.ISBN 9780471202288.Unknown parameter|coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  57. ^Schmid-Hempel, Paul (1998).Parasites in social insects. Princeton University Press. m/s. 75.ISBN 9780691059242.
  58. ^abGilson, Étienne (2004).El espíritu de la filosofía medieval. Ediciones Rialp. m/s. 384.ISBN 9788432134920.
  59. ^Ruiz-Trillo, I., I (1999). "Acoel Flatworms: Earliest Extant Bilaterian Metazoans, Not Members of Platyhelminthes".Science.283 (5409): 1919–1923.Bibcode:1999Sci...283.1919R.doi:10.1126/science.283.5409.1919.PMID 10082465.Unknown parameter|coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan);|first2= missing|last2= (bantuan);|first3= missing|last3= (bantuan);|first4= missing|last4= (bantuan);|first5= missing|last5= (bantuan);|access-date= requires|url= (bantuan)
  60. ^Todaro, Antonio."Gastrotricha: Overview".Gastrotricha: World Portal. University of Modena & Reggio Emilia. Dicapai pada2008-01-26.
  61. ^Kristensen, Reinhardt Møbjerg (2002). "An Introduction to Loricifera, Cycliophora, and Micrognathozoa".Integrative and Comparative Biology.42 (3): 641–651.doi:10.1093/icb/42.3.641.
  62. ^"Biodiversity: Mollusca". The Scottish Association for Marine Science. Diarkibkan daripadayang asal pada 2006-07-08. Dicapai pada2007-11-19.
  63. ^Russell, Bruce J. (Writer), Denning, David (Writer) (2000).Branches on the Tree of Life: Annelids (VHS). BioMEDIA ASSOCIATES.
  64. ^Eernisse, Douglas J., D. J. (1 September 1992). "Annelida and Arthropoda are not sister taxa: A phylogenetic analysis of spiralean metazoan morphology".Systematic Biology.41 (3): 305–330.doi:10.2307/2992569.JSTOR 2992569.Unknown parameter|coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan);|first2= missing|last2= (bantuan);|first3= missing|last3= (bantuan)
  65. ^Eernisse, Douglas J. (1996). "Phylogenetic Relationships of Annelids, Molluscs, and Arthropods Evidenced from Molecules and Morphology".Journal of Molecular Evolution.New York: Springer.43 (3): 207–215.doi:10.1007/PL00006079.PMID 8703086.Unknown parameter|coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  66. ^Collins, Allen G. (1995).The Lophophore. University of California Museum of Paleontology.
  67. ^Adoutte, A., A (2000)."The new animal phylogeny: Reliability and implications".Proceedings of the National Academy of Sciences.97 (9): 4453–4456.Bibcode:2000PNAS...97.4453A.doi:10.1073/pnas.97.9.4453.PMC 34321.PMID 10781043.Unknown parameter|coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan);|first2= missing|last2= (bantuan);|first3= missing|last3= (bantuan);|first4= missing|last4= (bantuan);|first5= missing|last5= (bantuan);|first6= missing|last6= (bantuan)
  68. ^Passamaneck, Yale J. (2003)."Molecular Phylogenetics of the Metazoan Clade Lophotrochozoa"(PDF). m/s. 124.|contribution= ignored (bantuan)[pautan mati kekal]
  69. ^Sundberg, P; Turbeville, JM; Lindh, S (2001). "Phylogenetic relationships among higher nemertean (Nemertea) taxa inferred from 18S rDNA sequences".Molecular Phylogenetics and Evolution.20 (3): 327–334.doi:10.1006/mpev.2001.0982.PMID 11527461.Unknown parameter|coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan);More than one of|author= dan|last1= specified (bantuan)
  70. ^Boore, JL (2002)."The mitochondrial genome of the Sipunculid Phascolopsis gouldii supports its association with Annelida rather than Mollusca"(PDF).Molecular Biology and Evolution.19 (2): 127–137.PMID 11801741. Dicapai pada2007-11-19.Unknown parameter|coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan);|first2= missing|last2= (bantuan)
  71. ^Nielsen, Claus (2001)."Bryozoa (Ectoprocta: 'Moss' Animals)".Encyclopedia of Life Sciences. John Wiley & Sons, Ltd.doi:10.1038/npg.els.0001613. Dicapai pada2008-01-19.
  72. ^Linnaeus, Carolus (1758).Systema naturae per regna tria naturae :secundum classes, ordines, genera, species, cum characteribus, differentiis, synonymis, locis (dalam bahasa Latin) (ed. edisi ke-10). Holmiae (Laurentii Salvii). Dicapai pada22 September 2008.

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Carihaiwan dalamWikikamus bahasa Melayu, kamus bebas.
Perpustakaan negara
Lain-lain
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Haiwan&oldid=6481541"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp