Bernard Giluk Dompok PSM; SPDK, PGDK (Sabah); PPN | |
---|---|
![]() | |
Pengerusi SME Corp | |
Menyandang jawatan 5 April 2023 | |
Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
Menteri | Ewon Benedick |
Menteri di Jabatan Perdana Menteri | |
Dalam jawatan 18 Mac 2008 – 2009 | |
AhliParlimen Malaysia bagi P174Penampang,Sabah | |
Dalam jawatan 8 Mac 2008 – 2013 | |
Didahului oleh | Donald Peter Mojuntin |
Digantikan oleh | Ignatius Dorell Leiking |
Dalam jawatan 1986–1995 | |
Didahului oleh | Clarence E. Mansul |
Digantikan oleh | Paulis Noitien |
PresidenUPKO | |
Dalam jawatan 1994–2018 | |
Didahului oleh | Donald Stephens |
Digantikan oleh | Wilfred Madius Tangau |
Maklumat peribadi | |
Lahir | (1949-10-07)7 Oktober 1949 (umur 75) Penampang,Borneo Utara (kiniSabah, sebahagian daripadaMalaysia) |
Parti politik | ![]() |
Pasangan | Puan Sri Diana Alip Dompok |
Anak | 5 |
Pekerjaan | Menteri Kabinet, Ahli Parlimen |
Tandatangan | ![]() |
YBhg Tan Sri Bernard Giluk Dompok (lahir 7 Oktober 1949) merupakan Pengerusi SME Corp yang terletak di bawahKementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia. Beliau pernah berkhidmat sebagai Menteri diJabatan Perdana Menteri dan merupakan PresidenUPKO sehingga tahun 2018.
Beliau telah dilahirkan diPenampang,Sabah. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah St. Micheal, Penampang, dan Sekolah Menengah La Salle,Tanjung Aru. Beliau kemudian mendapat ijazah Bsc FISM daripadaWest Ham Technical Institute (kini University of East London), United Kingdom pada tahun 1978.
Yang Berhormat Tan Sri telah mendirikan rumahtangga dengan isterinya, Puan Sri Diana Alip Dompok dan mempunyai lima orang cahaya mata. Beliau meminati sukan golf dan seorang yang suka membaca.
Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurunilai di Jabatan Ukur Tanah dan Ukur Sabah pada tahun 1978. Beliau kemudian meninggalkan sektor awam dan bertugas di Jurunilai Sabah selama lima tahun sejak 1980 hingga 1985.
Yang Berhormat Tan Sri turut aktif melibatkan diri dalam pelbagai organisasi. Beliau kini adalah Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dan ahli kepada International Parliamentarian Against Genocide in Bosnia Herzegovina. Beliau juga merupakan bekas Presiden Penampang Jaycees dan bekas Presiden Institut Kemajuan Ekonomi Anak Negeri Sabah.
Yang Berhormat Tan Sri merupakan Presiden United Pasokmomogun Kadazan Dusun Murut Organisation (UPKO) sejak1994 sehingga kini.
Beliau mula menyertai pilihan raya umum pada tahun 1986 dan memenangi kerusi DUN Moyog ketika itu beliau dalam Parti Bersatu Sabah ( PBS )dan dilantik sebagai Menteri KewanganSabah. Pada tahun yang sama beliau memenangi Parlimen Penampang buat kali pertama.Pada tahun 1990, beliau memenangi semula kedua-dua kerusi DUN dan Parlimen yang dimenangi pada pilihan raya umum sebelumnya
Beliau telah memperolehi kemenangan dalam beberapa pilihanraya umum berikutnya dan pernah dilantik sebagai Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah, Menteri Perlancongan dan Persekitaran Sabah, Timbalan Ketua MenteriSabah dan kemuncaknya sebagai Ketua Menteri Sabah pada tahun 1998. Selain itu, diperingkat Persekutuan, beliau juga pernah menjawat jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada tahun 1994.
Pada Pilihan Raya Umum ke-11,beliau telah bertanding di kerusi ParlimenRanau dalam pertandingan empat penjuru. Beliau berjaya memenangi dengan majoriti 1387 undi.Beliau memperolehi 7547 undi berbanding lawan-lawannya Ruhimin Adzim@ Ruhimin Ajim (BEBAS) 6160 undi,Karim Adam (BEBAS) 3310 undi, Japairil Suhaimin (BEBAS) 1609 undi.
DalamPilihan Raya Umum Malaysia 2008, Bernard Giluk Dompok bertanding menggunakan tiketBarisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasanparlimenPenampang , negeriSabah. Yang Berhormat Tan Sri Bernard Giluk Dompok telah menang dengan mendapat undi sebanyak 13400. Calon lawan ialahAnthony Tibok (Bebas) mendapat 696 undi dan hilang deposit.Levired Misih @ Willybroad Missi (Bebas) mendapat 404 undi dan hilang deposit.Edwin @ Jack Bosi dariPKR mendapat 10,337 undi - Kalah . Peratus pengundi yang keluar ialah 71.32%. Undi rosak sebanyak 540.
Ugutan ini ada kaitan dengantsunami politik semasa PRU12 pada 8 Mac 2008. SAPP mendakwa hilang hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri , Datuk SeriAbdullah Ahmad Badawi. UPKO dikatakan mahu menurut jejak SAPP menjadi parti bebas.UPKO menang di parlimenRanau,Tuaran,Putatan danPenampang, manakala enam kerusi DUN diMoyog,Kuala Penyu,Paginatan,Bingkor,Nabawan danKuamut.[3]
Tahun | Kerajaan | Undi | Prts | Pembangkang | Undi | Prts | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1986 | Bernard Giluk Dompok (PBS) | 6,659 | 52.32% | Marcel Leiking (IND) | 3,250 | 25.53% | ||
1990 | Bernard Giluk Dompok (PBS) | 12,654 | 77.97% | Marcel Leiking (DAP) | 3,576 | 22.03% | ||
1995 | Francis Noitien (PBS) | 14,652 | 53.02% | Bernard Giluk Dompok (SDP) | 12,982 | 46.98% | ||
2008 | Bernard Giluk Dompok (UPKO) | 13,400 | 52.4% | Edwin Bosi (PKR) | 10,337 | 40.5% | ||
2013 | Bernard Giluk Dompok (UPKO) | 12,382 | 33.9% | Ignatius Dorell Leiking (PKR) | 22,598 | 61.8% |