Berlin Timur adalah nama yang diberikan pada bahagian timurBerlin antara tahun1949 sehingga1990. Ia terdiri daripada sektor Berlin di bawah kawalanSoviet yang diwujudkan pada tahun1945. Sektor-sektor di bawah kawalanAmerika Syarikat,Britain danPerancis membentukBerlin Barat, satu bahagian yang berkait rapat denganJerman Barat tetapi adalah sebuah bandar bebas. Meskipun statusnya sebagai sebahagian bandar yang diduduki, Berlin Timur diistiharkan sebagai ibu negara bagiJerman Timur, di sebabkan Soviet tidak mengakui statusnya sebagai bandar bebas untuk sektor di bawah kawalan mereka. Bermula pada 13 Ogos, 1961 sehingga 9 November, 1989 Berlin Timur dipisahkan daripada Berlin Barat olehTembok Berlin. Kerjaan Jerman Timur secara ringkasnya merujuk Berlin Timur sebagai "Berlin" atau kadang kala"Berlin, Hauptstadt der DDR" (Berlin, ibu negara bagi Republik Demokratik Jerman). Istilah "Sektor Demokratik" juga digunakan sehingga tahun 1960-an.