Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Berlin Barat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Berlin Barat terletak dibarat bandarBerlin diJerman, antara tahun1949 hingga1990. Ini berikutanAmerika,British danPerancis menguasai sektor tersebut. Kawasan yang dikuasai oleh tiga negara ini mmbentuk negaraJerman Barat. SementaraKesatuan Soviet menguasai sektortimur yang membentukJerman Timur. Jerman Timur mendakwaBerlin adalah ibu negaranya tetapi Jerman Barat menafikan. Secara rasmi Berlin Barat dipanggil Berlin sahaja oleh negara Jerman Barat.

Jadi bandar itu dikuasai oleh empatadikuasa iaituAmerika,Perancis,British dan Soviet Rusia. Dengan pembinaanTembok Berlin oleh Jerman Timur pada1961, secara sahJerman terbahagi kepada dua negara iaituJerman Barat danJerman Timur.

Sejarah

[sunting |sunting sumber]

Perjanjian Potsdam merupakan rangka pentadbiran selepas penjajahan Jerman dalamPerang Dunia Kedua. Menurut Perjanjian itu, Jerman terbahagi kepada zon yang dikuasai empat negara kuasa yang memenangi Perang Dunia Kedua. Secara tidak rasmi, Soviet membenarkan penggunaanjalan raya dankereta api antaraBerlin Barat danBerlin Timur melalui pintu-pintu masuk tertentu .

Ramai yang mahukan Berlin Barat dan Berlin Timur disatukan walaupun secara politiknya terpisah. Ini kerana ramai keluarga yang masih berada di Jerman Timur . Apatah lagi Jerman Barat lebih maju dan mempunyai peluang pekerjaan yang lebih besar.

Tahun 1969, pasukan Briged Berlin dari tentera Amerika Syarikat telah menguasai kawasan Zehlendorf .

Berlin Barat ditadbir oleh Datuk Bandar yang dipilih dan pejabat pentadbiran terletak di Rathaus Schöneberg .

SemasaPerang Dingin berlangsung, ramai penduduk Jerman Timur berhijrah beramai-ramai ke Jerman Barat. Ramai menggunakan Berlin sebagai bandar transit untuk berhijrah ke Jerman Barat dan negara-negaraEropah lain.

Oleh itu pada tahun1952, Jerman Timur menutup pintu sempadan agar golonganprofesional ,usahawan, peniaga dan pekerja mahir tidak meninggalkan Jerman Timur.Tembok Berlin dibina dan terpisah secara fizikal pada13 Ogos1961. Namun masih ramai yang boleh berhijrah melalui laluan udara, kereta api dan lorong tikus yang lain.

23 Jun1963, PresidenJohn F. Kennedy dari Amerika Syarikat melawat bandar Berlin dan ucapan terkenalnya 'Ich bin ein Berliner'

Perjanjian Empat Kuasa Besar di Berlin pada September1972 dan Perjanjian Transit pada Mei1973 membantu mengurangkan ketegangan antara Berlin Barat dan Berlin Timur. Penduduk Jerman Barat dibenarkan melawat, ziarah keluarga dan melancong ke Jerman Timur.

Tahun1987, di Brandenburg Gate, PresidenRonald Reagan dariAmerika Syarikat menggesaGorbachev ,Soviet Union mencari jalan damai di Eropah Timur, 'Buka tembok ini,Tuan Gorbachev. Runtuhkan Tembok Berlin ini'.

Tembok Berlin berjaya diruntuh bermula pada9 November1989 dan dua bandar bercantum semula secara fizikal tetapi tidak secara undang-undang . Ini, kemudian dinamakan Perjanjian Dua Dengan Empat.Maksudnya negara Jerman Barat, negara Jerman Timur menandatangani perjanjian dengan amerika Syarikat, British, Perancis dan Soviet Rusia.

Pada3 Oktober1990 , Berlin Barat dan Berlin Timur secara sah menjadi satu bandar sahaja iaitu Berlin sahaja.

Daerah Berlin Berat

[sunting |sunting sumber]
Pembahagian Berlin.

Daerah dalam Sektor Amerika:

  1. Neukölln
  2. Kreuzberg
  3. Schöneberg
  4. Steglitz
  5. Tempelhof
  6. Zehlendorf

Daerah dalam Sektor British:

  1. Charlottenburg
  2. Tiergarten
  3. Wilmersdorf
  4. Spandau

Daerah dalam Sektor Perancis:

  1. Reinickendorf
  2. Wedding


Ikon tunas

Rencana berkaitanJerman ini ialahrencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia denganmengembangkannya.

Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Berlin_Barat&oldid=6287341"
Kategori:
Kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp