Simulasi komputer kitaran berjalan manusia. Dalam model ini kepala mengekalkan paras yang sama pada setiap masa, manakala pinggul mengikuti lengkungan sinus.
Berjalan (juga dikenali sebagaiambulasi) adalah salah satu gaya gerakan utama pergerakan darat dalam kalangan haiwan berkaki. Berjalan biasanya lebih perlahan daripadaberlari, dan gaya gerak lain. Berjalan ditakrifkan dengan gaya berjalan "bandul terbalik", di mana badan melepasi anggota badan kaku dengan setiap langkah. Ini terpakai tanpa mengira bilangan anggota badan yang boleh digunakan—malaharthropod, dengan enam, lapan atau lebih anggota badan, juga berjalan.[1]
Padamanusia danbiped lain, berjalan secara umumnya dibezakan daripadaberlari kerana hanya satu kaki pada satu-satu masa tidak sentuh dengan tanah, dan terdapat tempoh sokongan dua kaki. Sebaliknya, berlari bermula apabila kedua-dua kaki berada di atas tanah dengan setiap langkah. Perbezaan ini mempunyai status keperluan formal dalam acaralumba jalan kaki kompetitif. Bagi spesiesberkaki empat, terdapat banyak gaya berjalan yang boleh diistilahkan sebagai "berjalan" atau "berlari", dan perbezaan berdasarkan kehadiran atau ketiadaan fasa bilangan kaki bersentuhan atau terapung pada bila-bila masa tidak menghasilkan pengelasan yang betul secara mekanikal.[2] Kaedah paling berkesan bagi membezakan berjalan daripadaberlari adalah dengan mengukur ketinggianpusat jisim seseorang menggunakantangkapan gerakan atauplat daya di tengah-tengah. Semasa berjalan, pusat jisim mencapai ketinggian maksimum di tengah-tengah, semasa berlari, ia kemudiannya pada tahap minimum. Perbezaan ini, bagaimanapun, hanya berlaku bagi pergerakan di atas aras atau lebih kurang aras tanah. Bagi gaya ja;an gred melebihi 10%, perbezaan ini tidak lagi berlaku bagi sesetengah individu. Definisi berdasarkan peratusan langkah semasa kaki bersentuhan dengan tanah (purata merentasi semua kaki) lebih daripada 50% sentuhan sepadan dengan baik dengan takrifan mekanik "bandul terbalik" dan menjadi indikasi gaya "berjalan" bagi haiwan dengan sebarang nombor anggota badan, walaupun definisi ini tidak lengkap.[2] Manusia dan haiwan yang berlari mungkin mempunyai tempoh sentuhan lebih daripada 50% daripada kitaran berjalan apabila bergerak di selekoh, berlari mendaki atau membawa beban.
Kelajuan adalah satu lagi faktor yang membezakan berjalan daripada berlari. Walaupun kelajuan berjalan boleh menjadi sangat berbeza berdasarkan banyak faktor seperti ketinggian, berat, umur, rupa bumi, permukaan, beban, budaya, usaha dan kecergasan, purata kelajuan berjalan manusia di simpang adalah kira-kira 5.0 kilometer sejam (km/j), atau kira-kira 1.4 meter sesaat (m/s). Kajian khusus telah menemui kelajuanpejalan kaki di persimpangan antara 4.51 hingga 4.75 km/j (2.80 hingga 2.95 mph) bagi individu lebih tua dan dari 5.32 hingga 5.43 km/j (3.31 hingga 3.37 mph) bagi yang lebih muda;[3][4] kelajuan berjalan pantas boleh sekitar 6.5 km/j (4.0 mph).[5] Di Jepun, ukuran standard untuk kelajuan berjalan ialah 80 m/min (4.8 km/j). Pelumba pejalan kaki juara boleh berjalan secara purata lebih daripada 14 km/j (8.7 mph) pada jarak 20 km (12 bt).
Rata-rata kanak-kanak manusia mencapai keupayaan berjalan bebas pada usia sekitar 11 bulan.[6]
Senaman yang kerap dan pantas dalam apa jua bentuk boleh meningkatkankeyakinan,stamina,tenaga,kawalan berat badan danjangka hayat serta mengurangkantekanan.[7] Ia juga boleh mengurangkan risikopenyakit jantung koronari,strok,diabetes,tekanan darah tinggi,kanser usus danosteoporosis.[7] Kajian saintifik juga menunjukkan bahawa berjalan, selain faedah fizikalnya, juga bermanfaat bagi minda, meningkatkan kemahiraningatan, keupayaanbelajar,tumpuan, mood, kreativiti, dan penaakulan abstrak.[7] Sesi berjalan yang berterusan bagi tempoh minimum tiga puluh hingga enam puluh minit sehari, lima hari seminggu, dengan postur berjalan yang betul,[8] mengurangkan risiko kesihatan dan mempunyai pelbagai manfaat kesihatan secara keseluruhan, seperti mengurangkan kemungkinankanser,diabetes jenis 2,penyakit jantung,gangguan kecemasan dan kemurungan.[9] Jangka hayat juga meningkat walaupun bagi individu yang mengalamiobesiti atautekanan darah tinggi. Berjalan juga meningkatkan kesihatan tulang, terutamanya menguatkantulang pinggul, dan menurunkan kolesterollipoprotein berketumpatan rendah (LDL) yang berbahaya, dan meningkatkan kolesterollipoprotein berketumpatan tinggi (HDL) yang berguna.[7] Kajian mendapati bahawa berjalan kaki juga boleh membantu mencegahdemensia danAlzheimer.[10] Berjalan pada kadar yang meningkatkan kadar denyutan jantung seseorang sebanyak 70% daripada kadar denyutan jantung maksimum, juga dikenali sebagai "denyutan jantung membakar lemak" boleh menyebabkan badan menggunakan rizab lemaknya untuk tenaga lalu membawa kepada kehilangan lemak.[11] Kadar denyutan jantung maksimum individu boleh dikira dengan menolak umur mereka daripada 220.
Diteorikan bahawa "berjalan" dalam kalangantetrapod berasal dari bawah air, dengan ikan yang bernafas udara yang boleh "berjalan" di bawah air, membawa (berpotensi dengan vertebrata sepertiTiktaalik)[12] kepada kebanyakan kehidupan di darat yang berjalan dengan empat atau dua anggota badan.[13] Walaupuntetrapod darat berteori mempunyai satu asal usul,artropoda dan saudara mereka dianggap telah mengembangkan kebolehan berjalan secara bebas beberapa kali, khususnya dalamserangga, miriapod, keliserat,tardigrad, onikoforan, dankrustasea.[14]Leucoraja erinacea, ahli komuniti ikandemersal, boleh mendorong diri mereka sendiri dengan menolak diri di dasar laut dengan sirip pelvis mereka, menggunakan mekanisme saraf yang berkembang seawal 420 juta tahun yang lalu, sebelum vertebrata menjejakkan kaki di darat.[15]
Berjalan manusia dicapai dengan strategi yang dipanggil sebagai "bandul berganda". Dalam gerakan ke hadapan, kaki yang meninggalkan tanah berayun ke hadapan dari pinggul. Langkah ini ialah "bandul" pertama. Kemudian, kaki menghentak tanah dengan tumit dan berguling ke hujung kaki dalam gerakan yang digambarkan sebagai "bandul terbalik". Pergerakan kedua-dua kaki diselaraskan supaya satu kaki atau yang lain sentiasa bersentuhan dengan tanah. Semasa berjalan, otot betis mengecut, menaikkan pusat jisim badan, manakala otot ini mengecuttenaga potensi disimpan. Kemudian,graviti menarik badan ke hadapan serta ke bawah ke kaki satu lagi, dan tenaga keupayaan ditukar menjaditenaga kinetik. Proses berjalan manusia mampu menjimatkan kira-kira 65% tenaga yang digunakan dengan menggunakan graviti dalam gerakan ke hadapan.[17]
Ramai orang menikmati berjalan sebagai rekreasi di dunia moden terutamanya bandar, dan ia merupakan salah satu bentuksenaman terbaik.[18] Bagi sesetengah orang, berjalan kaki adalah cara untuk menikmati alam semula jadi dan aktiviti luar; dan bagi yang lain, aspek fizikal, sukan dan ketahanan dijadikan perhatian utama.
Sejak kebelakangan ini, pihakperancang bandar di sesetengah komuniti kini bertumpu terhadap usaha untuk mewujudkan kawasan dan jalan yangmesra pejalan kaki yang membolehkan perjalanan ulang-alik, membeli-belah dan rekreasi dilakukan dengan berjalan kaki. Konsep "ketercapaian jalan kaki" (walkability) telah timbul sebagai ukuran sejauh mana sesuatu kawasan itu mesra berjalan kaki. Sesetengah komuniti adalah sebahagiannyabebas kereta lalu dapat menyokong kaedah berjalan kaki dan mod pengangkutan lain. Di Amerika Syarikat, rangkaianhidup aktif adalah contoh usaha bersepadu untuk membangunkan komuniti yang lebih mesra bagi berjalan kaki dan aktiviti fizikal lain.
Berjalan kaki juga dianggap sebagai contoh jelas kaedahpengangkutan yangmampan, dan sesuai bagi kegunaan bandar dan/atau jarak yang lebih pendek. Mod pengangkutan tidak bermotor seperti berjalan kaki sertaberbasikal, pengangkutan beroda kecil (papan selaju, skuter tolak dan kereta sorong) atau berkerusi roda selalunya merupakan elemen penting untuk membina pengangkutan bandar yang bersih.[19] Pelbagai jenis kajian kes dan amalan baik (dari bandar Eropah dan beberapa contoh di seluruh dunia) yang menggalakkan dan merangsang mod jalan kaki sebagai alat pengangkutan di bandar boleh didapati diEltis, portal pengangkutan tempatan Eropah.[20]
Berjalan ialah gaya empat rentak dengan kelajuan purata kira-kira 4 miles per jam (6.4 km/j) . Apabila berjalan, kaki kuda mengikut urutan ini: kaki belakang kiri, kaki depan kiri, kaki belakang kanan, kaki depan kanan, dalam rentak 1-2-3-4 lazim. Semasa berjalan, kuda akan sentiasa mengangkat satu kaki dan tiga kaki lagi berada di tanah, kecuali tempoh seketika apabila berat badan dipindahkan dari satu kaki ke kaki yang lain. Seekor kuda menggerakkan kepala dan lehernya dalam gerakan naik turun yang sedikit untuk mengekalkan keseimbangan.[21]
Ikan berjalan (atau ikan ambulatori) ialahikan yang mampu bergerak di atasdaratan dalam jangka masa yang panjang. Istilah ini juga boleh digunakan dalam beberapa kes pergerakan ikan tak lazim yang lain, contohnya, dalam menerangkan ikan yang "berjalan" di dasar laut, seperti keluarga ikan Brachionichthyidae dan Antennariidae.
Serangga perlu menyelaraskan enam kaki mereka dengan teliti semasa berjalan untuk menghasilkan gaya berjalan yang cekap di persekitaran mereka. Corak koordinasi antara kaki telah dikaji dalam pelbagai serangga, termasuk belalang (Schistocerca gregaria), lipas (Periplaneta americana), serangga kayu (Carusius morosus), dan lalat (Drosophila melanogaster).[22][23][24] Gaya berjalan yang berbeza telah diperhatikan wujud sebagai hubungan fasa berdasarkan kesinambungan yang bergantung pada kelajuan.[22][24] Walaupun gaya berjalannya tidak diskret, ia biasanya boleh dikelaskan secara umum sebagai gaya berjalan gelombang metakronal, gaya berjalan tetrapod atau tripod.[25]
^abcdHii, C. S. T., Gan, K. B., You, H. W., Zainal, N., Ibrahim, N. M., & Azmin, S. (2024). Penilaian Spatial dan Temporal Gaya Berjalan dalam Satah Hadapan menggunakan MediaPipe Pose. Jurnal Kejuruteraan, 36(4), 1561-1574.https://doi.org/10.17576/jkukm-2024-36(4)-22
^Harris, Susan E.Horse Gaits, Balance and Movement New York: Howell Book House 1993ISBN0-87605-955-8 pp. 32–33
^ab"A behavioural analysis of the temporal organisation of walking movements in the 1st instar and adult stick insect (Carausius morosus)".Journal of Comparative Physiology.81: 23–52. 1972.doi:10.1007/BF00693548.