Beras butir panjang.Anatomi beras.Pelbagai jenis beras dibungkus untuk dijual.
Beras (Jawi: برس) ialahpadi dari spesiesOryza sativa atauOryza glaberrima yang telah diproses dan dibuang kulitnya. Beras akan mengembang apabila dimasak bersamaair yang kemudian akan menjadinasi; sekiranya jumlah air yang digunakan untuk memasak beras melebihi butir-butir beras ini, beras tersebut akan menjadibubur. Beras yang mengandungikanji tinggi lebih melekit berbanding beras biasa, beras ini dikenali sebagai "pulut" atau "ketan".
Beras ialahmakanan ruji paling banyak ditanam dan dimakan lebih separuh penduduk manusia seluruh dunia, terutamanya diAsia danAfrika. Iakomoditi pertanian dengan pengeluaran ketiga tertinggi di dunia selepastebu danjagung.[1]
Beras boleh didapati dalam lebih kurang 40,000varieti. Varieti yang paling banyak digunakan di Malaysia ialah beras putih tempatan, Thai dan Vietnam; beras wangi Thai; beras basmati Pakistan dan India; beras Bario, beras pulut dan lain-lain beras jenis istimewa.[2]
Bijian beras yang telah dikupas kulit; kaya dengan serat dan vitamin B, riboflavin dan niasin.
Beras putih
Kulit padi dan lapisan bran terkupas sepenuhnya setelah diproses.
Beras rebus
Padi yang direbus melalui proses tekanan wap untuk mengurangkan kandungan kanji sebelum dikilang menjadi beras.
Beras hancur
Semasa proses pengilangan, beras hancur diasingkan daripada bijian penuh. Bijian hancur mengandungi kandungan serat dan nutrisi yang rendah.
Beras bijian panjang
Saiz bijian panjang dan tirus - ukurannya empat kali lebih panjang daripada lebarnya. Nasi yang dimasak adalah lembut dan berderai.
Beras bijian sederhana
Saiz bijian adalah dua hingga tiga kali lebih panjang daripada lebarnya. menghasilkan tekstur nasi yang lembut dan mempunyai kecenderungan untuk melekit.
Beras bijian pendek
Bentuk bijian yang pendek, gemuk dan hampir bulat. Menghasilkan tekstur nasi yang lembut dan melekit.