22°34′U88°22′T / 22.567°U 88.367°T /22.567; 88.367 (West Bengal)
Bengal Barat (Benggali:পশ্চিমবঙ্গ,Bahasa Nepal:पश्चिम बङ्गाल) ialah sebuahnegeri diIndia timur. Bersama negaraBangladesh yang terletak di sempadan timur, negeri ini membentuk rantau etno-linguistikBenggala. Di timur lautnya terletaknya negeri-negeriAssam danSikkim serta negaraBhutan, manakala di barat dayanya terletaknya negeriOrissa. Begnal barat juga bersempadan dengan negeriJharkhand danBihar di barat serta negaraNepal di barat laut.
Rantau yang kini bernama Bengal Barat pernah dijadikan jajahan sebilangan empayar dan kerajaan sepanjang dua ribu tahun yang dahulu.Syarikat Hindia Timur Inggeris merapatkan genggamannya pada rantau ini berikutanPertempuran Plassey pada tahun 1757, dan kotaKolkata (Calcutta) berperanan sebagai ibu kotaIndia British selama bertahun-tahun.Benggala sebagai sebuah saranggerakan kemerdekaan India sepanjang abad ke-20 inidipecahkan menjadi dua entiti berasingan pada tahun 1947, iaitu: Bengal Barat - sebuah negeri India, danPakistan Timur (kiniBangladesh) yang ketika itu terlingkung dalam negara baru bernamaPakistan.
Semenjak kemerdekaan India pada tahun 1947, kancah ekonomi dan politik Bengal Barat didominasi selama berdekad-dekad olehMarxisme intelektual, pergerakanNaxalite dan gerakankesatuan sekerja. Sejak akhir 1990-an, ekonomi diberikan nafas baru lalu mencetuskan peningkatan dalam ekonomi dan industri negeri.[1] Meskipun Bengal Barat selaku negeri yang bergantung kepada hasil pertanian cuma menduduki 2.7% kawasan daratan India, namun negeri ini mampu menampung lebih 7.8% penduduk India, maka menjadi negeri ayng paling padat penduduknya di India.[1] Selama tiga dekad, Bengal Barat diperintah olehBarisan Kiri pimpinanParti Komunis India (Marxis), menjadikannya kerajaankomunis dipilih secara demokratik yang paling lama bertahan di dunia. Ramai penyair, pengarang, artis dan penghibur terkenal berasal dari Bengal Barat.
 | Wikikembara memiliki panduan pelancongan bagiWest Bengal. |