Belon diberi sempena peristiwa yang istimewa seperti hari jadi atau cuti, dan selalu diguna sebagai hiasan parti.
Belon (Jawi:بيلون) ialah beg lentur yang dapat dikembung dengan gas sepertihelium,hidrogen,nitrus oksida,oksigen, danudara. Untuk tugas khas, belon boleh diisi dengan asap,air cecair, medium berbutir (contohnya pasir, tepung atau beras), atau sumber cahaya. Belon kini dibuat daripada bahan sepertigetah,lateks,polikloroprena, atau fabriknilon, dan terdapat dalam banyak warna yang berbeza. Beberapa belon terawal dibuat daripadapundi haiwan kering, sepertipundi khinzir. Beberapa belon diguna untuk hiasan atau hiburan, manakala yang lain diguna untuk tujuan amali sepertimeteorologi,rawatan perubatan,pertahanan tentera, ataupengangkutan. Sifat-sifat belon, termasukketumpatan rendahnya dan kos rendah, membawa kepada berbagai-bagai penggunaan.
Belon getah dicipta olehMichael Faraday pada tahun 1824 semasa uji kaji dengan berbagai-bagai gas. Beliau menciptanya untuk diguna di makmal.[1]
Stratospheric balloons, history and present Historical recompilation project on the use of stratospheric balloons in the scientific research, the military field and the aerospace activity