Bella Nazari | |
---|---|
Kelahiran | Mas Nabiella binti Nazari (1987-07-11)11 Julai 1987 (umur 37) |
Pendidikan | Diploma Muzik |
Pusat pendidikan | Universiti Teknologi MARA (UiTM) |
Pekerjaan | Pelakon,penyanyi |
Tahun aktif |
|
Pasangan | Iqbal Kamarudin (k. 2020) |
Mas Nabiella Nazari (lahir 11 Julai 1987) merupakan seorang bekas pelakon dan penyanyi wanitaMalaysia. Kerjayanya bermula sebagai salah seorang pesertaMentormusim pertama.[1][2] Beliau terkenal menerusi watak sebagai Tengku Amalin dalam dramaHati Perempuan dan sebagai Hajar dalamTabir Zulaikha.[3]
Bella Nazari dilahirkan pada 11 Julai 1987 diUtan Aji,Perlis dan merupakan anak kedua dari tiga adik-beradik. Beliau memiliki diploma dalam jurusan muzik dariUniversiti Teknologi MARA (UiTM).[4]
Pada usia 18 tahun, Bella terpilih sebagai salah seorang peserta rancangan realitiMentor musim pertama pada tahun 2005 yang turut disertai olehNabil Zamanhuri,Dewi Liana Seriestha danYanie (Allahyarhamah). Beliau menjadi anak didik penyanyiNoraniza Idris, namun kerjayanya berakhir di pertengahan jalan kerana gagal meneruskan saingan sehingga ke akhir. Beliau berkata dalam temuramah bersamaMedia Hiburan:
"Masa (umur) 18 tahun, barulah saya berani cabar diri dengan menyertaiMentor. Sebab pada peringkat awal, saya menyanyi hanya untuk suka-suka saja. Tetapi kali ini bertukar kerana minat sampailah sekarang,"[5]
Bakatnya dalam bidang lakonan[6] hadir apabila beliau dipilih menjayakan watak sebagai Hajar dalamTabir Zulaikha lakonanTasha Shilla danAiman Hakim Ridza.[7] Ini diikuti oleh peranan antagonis bersamaHafreez Adam dalam dramaHati Perempuan yang dibintangi olehMia Ahmad danSaharul Ridzwan, Bella memegang watak sebagai Tengku Amalin.[8][9]
Bella melancarkan single sulungnya, "Infiniti" yang dikeluarkan pada Mei 2016 selepas 10 tahun menyepi,[10] dan ia kemudian diikuti oleh single keduanya, "Oh Cintaku" pada Februari 2017.[5]
Beliau pernah dicalonkan bagi kategori Artis Baru Terbaik diAnugerah Industri Muzik ke-22 yang berlangsung pada 18 Disember 2016, namun dimenangi olehSyamel.[11]
Bella mendedahkan dalam satu temubual eksklusif pada Disember 2017 bahawa beliau pernah hampir menjadi mangsa seorang pelakon kasanova yang didakwa pernah terlibat dalam beberapa kes penipuan.[12][13]
Beliau sebelum ini pernah bertunang dengan seorang pegawai polis, namun pertunangan itu tidak berkekalan. Bella sebelum ini dikatakan pernah rapat denganAndi Bernadee.[14][15]
Bella mengikat tali pertunangan dengan Iqbal Kamarudin pada 26 Oktober 2019.[16] Pasangan ini berkahwin pada 7 Mac 2020.[17][18][19]
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2005 | Mentor (Musim 1) | Dirinya sendiri/Peserta | TV3 | Anak didikNoraniza Idris, dikreditkan sebagai Biella |
2014 | Gerak Khas (Musim 14) | Rita | TV2 | Pelakon undangan, episod: "Rentas"; dikreditkan sebagai Bella Mentor |
2015 | Hati Perempuan | Tengku Amalin | TV3 | |
Tabir Zulaikha | Hajar | |||
2016 | Duda Terlajak Laris | Idayu | ||
2017 | Shhh... I Love You | Sumaira | ||
Cerita Dari Mastika | Perempuan Misteri | Astro Ria | Episod: "Perempuan Misteri Tumpang Ke Jerantut Feri" | |
2018 | Cinta Bukan Kristal | Laila | TV3 | |
Cinta Tiada Ganti | Raudhah | Astro Prima | Penampilan khas, tidak dikreditkan. Adaptasi drama Filipina | |
Pencuri Cinta Kelas Satu | Nisa | Astro Oasis |
Tahun | Tajuk |
---|---|
2016 | "Infiniti" |
2017 | "Oh Cintaku!" |
Tahun | Tajuk | Catatan |
---|---|---|
2018 | "Undilah" (bersamaAndi Bernadee,Dewi Liana Seriestha dan Wan Shahjuddin) | Rendisi yang dirakamkan sempenaPilihan raya umum ke-14.[20] |
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2016 | Anugerah Industri Muzik ke-22 | Artis Baru Terbaik | Tercalon |