Beliung modenPenggunaan beliung untuk membentuk kayu
Beliung (Jawi: بليوڠ) ialah sejenisalatpertukangankayu yang digunakan untuk membentuk, menarah dan melicinkan kayu potong kasar dalam pertukangan kayu menggunakan tangan. Beliung berbeza darikapak di mana hujung ataupun mata kepala beliung melintang seperti kepalacangkul sedangkan mata kapak itu selari hulunya.
Kebiasaannya, pengguna akan berdiri mengangkang kayu ataupun papan yang hendak ditarah ataupun dilicinkan dan mengayun beliung ke bawah ke arah kaki mereka dan menyerpih sedikit demi sedikit sambil bergerak ke belakang sedikit demi sedikit sambil mereka menggunakan beliung untuk menarah kayu menghasilkan kayu yang agak licin dan rata. Walau bagaimanapun, beliung boleh digunakan untuk lain-lain kerja memotong kayu.
Di Eropah Tengah, beliung dibuat dengan cara menyerpihkan batu sedikit demi sedikit dan digunakan sejak zaman Mesolitik lagi. Beliung berasah dibuat menggunakan batu seperti amfibolit, basalt ataupun Jadeite.
Beliung di zamanMesir Purba diperlihatkan dalam lukisan Kerajaan Tua (kira-kira 3000 S.M.) dan digunakan sebagaihiroglif, alat menulis untuk tulisan mereka.
Kaum prasejarahMaori diNew Zealand menggunakan beliung yang dibuat daripada nefrit (ataupun jed) dan digunakan untuk pengukiran kayu. Di Kepulauan Henderson di mana tiada kedapatan batu-batan yang sesuai, beliung diperbuat menggunakan kulit kerang besar.
Beliung moden dibuat daripada besi waja dengan pemegang diperbuat daripada kayu. Ia masih digunakan di kalangan mereka yang hendak mengembalikan ataupun mengekalkan kemahiran-kemahiran tradisional dan mereka yang hendak menjadi penyambung kemahiran-kemahiran tradisional ataupun mereka di dalam kawasan-kawasan yang kurang maju. DiAmerika Syarikat, beliung masih digunakan sebagai alat pertukangan di Pusat Budaya Colonial Williamsburg diVirginia. Ia masih digunakan dalam sesetengah industri seperti pembinaan tong daripada kayu.
Kebiasaannya, beliung kini digantikan dalam masyarakat moden dengan penggunaangergaji danketam berkuasa (power-planer). Beliung juga digunakan oleh kaum pribumi Amerika dan Kanada untuk membuat ukiran ditiang totem mereka.
Beliung Tukang Kayu Beliung jenis berat dengan lengkungan tajam dan kepala yang berat. Beliung ini berat dan tidak sesuai digunakan untuk memahat kayu tinggi di atas paras kepala.
Beliung kereta api Beliung Tukang Kayu dengan matanya dipanjangkan untuk mengurangkan kejadian pemegang patah dan digunakan untuk membuat kayu alas landasan kereta api.
Beliung serimala kapal Beliung yang lebih kecil dan ringan daripada beliung tukang kayu. Boleh digunakan dalam pelbagai kedudukan termasuk di atas aras kepala.