Belgium (Jawi: بيلڬيوم atauبيلجيوم;Belanda:België,Perancis:Belgique,Jerman:Belgien) ataupun nama rasminyaKerajaan Belgium (Belanda:Koninkrijk België,Perancis:Royaume de Belgique, [Königreich Belgien]Error: {{Lang}}: unrecognized language tag: -de (help)) ialah sebuah negara yang terletak diEropah Barat. Kawasan Belgium seluas 30,528 kilometer persegi (11,787 bt2) dan ia mempunyai penduduk seramai 11 juta orang penduduk.Brussels ibu kota negara ini.
Belgium dibahagikan kepada tiga kawasan diperintah secara berautonomi:[7][8]KomunitiFlanders di utara diduduki masyarakat menuturkanbahasa Belanda sebanyak 60% kependudukan negara,KomunitiWallonia di selatan menuturkan bahasa-bahasaPerancis (40%) danJerman (diEupen-Malmedy, 1 peratus) dan Wilayah Ibu Negara Brussels yang secara rasminya dwibahasa.[9]
Negara ini terletak di kawasan yang pernah direbutkan banyak kuasa-kuasa besar sepanjang sejarah manusia dariZaman Pertengahan sampai selewat Perang-Perang DuniaPertama danKedua sehingga mendapat gelaran "Medan Perang Eropah".[10] Dari 1888 sehingga 1962, Belgium turut memilikiempayar jajahan sendiri di benua Afrika[11] termasukCongo (yang pada asalnya estet peribadiLeopold II yang rakus dan mengorbankan jutaan orang akibat eksploitasi[12]) danRuanda-Urundi. Pada pertengahan kedua abad ke-20 pula berlakunya jurang konflik kaum penutur bahasa sehingga mendorong pembaharuan pemerintahan kepada bentuk persekutuan dari 1970 hingga 1993.
Nama "Belgium" mula diberikan olehJulius Caesar dalam catatan peperangan beliauDe Bello Gallico menyuaikan kepada kawasan diduduki sukuBelgae yang tinggal di bahagian utaraGallia (kini di utaraPerancis)[13] sekitar abad ke-3 SM; yang mana Julius telah memerhatikan bahawabahasa dan tradisi mereka agak berbeza daripada suku-suku lain di tanah Gallia. Kawasan terangkum dalam negara moden sama ini termasuk tanah diduduki puak-puakMorini,Menapii,Nervii,Germani Cisrhenani,Aduatuci, dan sekitarArlon milik puakTreveri.
Dipercayai bahawa nama diambil daripada, yang dikenali sebagai Terdapat banyak teori asal usul puak Belgae ini. Menurut ahli linguistik, nama itu berasal dari perkataanProto-Celtic,*belg- dan*bolg- yang bermaksud membengkak dengan kemarahan.
Setakat itu, terdapat perdebatan besar dalam kalangan sarjana, sejarawan dan penyelidik mengenai sama ada Belgae adalah suku kaumCeltic,Jerman atau campuran. Menariknya, terdapat beberapa sumber mencadangkan bahawa puak Belgae sendiri juga tidak pasti bahawa kumpulan suku mana yang mereka miliki.
Dibandingkan dengan semua puak di Gaul, Belgae digambarkan sebagai yang puak paling gagah. Pendapat ini disokong oleh kenyataan bahawa mereka merupakan puak yang paling sukar untuk ditakluk. Caesar menghadapi tentangan yang hebat dan memaksanya memakan masa selama empat tahun untuk beliau akhirnya mengalahkan suku Belgae pada tahun 53 SM. Selain itu, semasa zamanRomawi, Belgae tidak dapat menerima hakikat bahawa tanah mereka sebahagian daripada Rom lalu mereka melancarkanpemberontakan. Pemimpin mereka,Ambiorix bertanggungjawab mengetuai pemberontakan, tetapi akhirnya mereka semua dikalahkan.
Selepas kejatuhanEmpayar Rom dan dan bermulanyaZaman Pertengahan, wilayah-wilayah sekarang yang membentuk Belgium telah menjadi sebahagian daripadaEmpayar Rom Suci sehingga abad ke-11 dan ke-12. Pengaruh dan kawalan Empayar Rom Suci ke atas wilayah-wilayah ini secara beransur-ansur berkurang selama berabad-abad. Kesannya, tanah-tanah ini menjadi terasing serta kekurangan perlindungan. Hal ini memberi peluang kepadaInggeris danPerancis untuk meluaskan pengaruhnya ke atas wilayah tersebut.
Selama berabad-abad, wilayah ini dibahagikan kepada beberapa negarifeudal yang kecil, antaranya termasuklahHainaut,Flanders,Limburg,Brabant danLiège. Dalam kalangan negeri tersebut, Flanders merupakan negeri yang paling kaya dan makmur. Rantau ini menjadi pusat perdagangan terkenal di manakapas Inggeris diimport dan dibuat menjadi kain halus. Kemakmuran rantau ini membawa kepada kemunculan bandar-bandar sepertiBruges,Gent danYpres. Sehingga abad ke-19, wilayah Belgium pada hari ini telah menyaksikan pemerintahan asing yang diterajui oleh Perancis, Belanda danSepanyol.
Berikutan kekalahanNapoleon diWaterloo, pihak yang menang terdiri daripadaBritain,Austria,Prusia danRusia bertemu diVienna untuk mengagihkan semula pengaruh masing-masing dan berunding mengenai bidang kuasa wilayah untuk tahun-tahun akan datang. Salah satu keputusan terpenting ialah penubuhanKerajaan Bersatu Belanda. Idea utama keputusan ini adalah untuk mewujudkan sebuah negera yang akan berfungsi sebagainegara penampan terhadap sebarang campur tangan Perancis pada masa akan datang. SemasaKongres Vienna, penciptaan negara Belgium telah dicadangkan, tetapi pilihan ini tidak mendapat sokongan yang secukupnya. Sebaliknya, ia telah mencapai keputusan bahawa wilayah yang pernah menjadi sebahagian daripada Perancis kini harus digabungkan kepada Belanda.
Keputusan ini bukan perkara yang terbaik kerana ia menimbulkan masalah keresahan yang akhirnya membawa kepadaRevolusi Belgium pada 15 tahun kemudian. Belanda pada hakikatnya dipecahkan kepada dua kelompok iaitu kelompokProtestan yang kuat di bahagian utara manakala di bahagian selatan terdiri daripada penganutKatolik. Tambahan lagi, terdapat juga perpecahan linguistik antaraWalloon, di mana bahasanya menerima pengaruhbahasa Perancis, yang mana ia bertentangan denganFlemish, yang dipengaruhi olehbahasa Belanda. Pada tahun-tahun berikutnya, perpecahan kelompok bahasa ini menjadi salah satu faktor utama kepada tercetusnya pergolakan di wilayah selatan.
Raja Belanda,Willem merupakan seorangProtestan yang kuat. Oleh sebab itu, beliau tidak popular dalam kalangan masyarakat di wilayah selatan. Selain itu, rakyat di selatan juga menghadapi kekurangan perwakilan dalam kerajaan. Willem juga cuba menjadikan bahasa Belanda sebagai bahasa universal, tetapi beliau menghadapi tentangan yang serius daripada komuniti berbahasa Perancis. Dasar yang diamalkan oleh pihak Belanda jelas ditolak oleh komuniti selatan dan hal ini membawa kepada permulaan revolusi di Belgium.
Episode des journées de Septembre 1830 ("Episod Revolusi Belgium 1830") lukisan Gustaf Wappers (1834).
Pada 25 Ogos 1830, Raja Willem merayakan ulang tahun ke-15 pemerintahannya. Sebagai sebahagian daripada perayaannya, beliau menghadiri operaDaniel Auber,La muette de Portici yang dipentaskan diBrussels. Menariknya, persembahanopera juga mempengaruhi pergerakan nasionalis semasarevolusi di Perancis, yang berlaku pada sebulan lebih awal. Oleh sebab itu, pada mulanya opera telah diharamkan tetapi kemudiannya dibawa untuk persembahan perdananya pada 25 Ogos.
Semasa persembahan itu, terdapat banyak poster patriotik di dalam opera itu yang menyeru kepada revolusi. Bibit-bibit revolusi bermula selepas duetAmour sacré de la patrie, yang mempengaruhi para penonton sebelum ia merebak ke jalan-jalan utama di Brussels. Inspirasi untuk revolusi mula mengambil tempat di bandar-bandar lain dan tuntutan rakyat ialah mudah, iaitu kemerdekaan dan pengakhiran penguasaan Belanda. Revolusi Belgium bukan sahaja merupakan peristiwa yang penting untuk Belgium, tetapi juga untuk seluruh Eropah bagi menubuhkan sebuah negara baharu.
Berikutan peristiwa ini, kuasa-kuasa besar dari Kongres Viennaberkumpul sekali lagi di London pada 20 Disember 1830. Pada kali ini, mereka tidak mempunyai pilihan selain mengiktiraf kejayaan revolusi Belgium dan menjamin kemerdekaannya. Walau bagaimanapun, kuasa-kuasa besar menegaskan bahawa raja Belgium pada masa akan datang harus berasal daripadadinasti Saxe-Coburg. Hal ini kerana untuk mengelakkan kepentingan dan pengaruh Perancis di Belgium pada tahun-tahun mendatang. Lalu, RajaLeopold I dari Saxe-Coburg dijemput untuk menjadiraja pertama Belgium dan pertabalannya ialah pada 21 Julai 1831. Tarikh pertabalannya telah menjadihari kebangsaan negara. Sejak itu, komuniti berbahasa Belanda dan Perancis mempunyai bahagian dan pemimpin mereka sendiri Secara tidak langsung, tahun 1831 ditandakan sebagai permulaan untuk kerajaan Belgium moden.
Parti politik yang utama di Belgium abad ke-19 merupakanParti Katolik danParti Liberal manakalaParti Buruh pula muncul menjelang pada akhir abad ke-19. Bahasa Perancis pada awalnya merupakan bahasa rasmi tunggal yang diguna pakai oleh golongan bangsawan danborjuis. Kepentingan bahasa Perancis beransur-ansur semakin hilang kepentingannya apabila bahasa Belanda juga diiktiraf. Pengiktirafan ini secara rasminya dilaksanakan pada tahun 1898 manakala pada tahun 1967, Parlimen Belgium bersetuju menerimaPerlembagaan dalam versi bahasa Belanda.
Persidangan Berlin yang berlangsung pada tahun 1885 telah menyerahkan kawalanNegara Bebas Congo kepada RajaLeopold II sebagai pemilikan peribadinya. Sekitar tahun 1900, timbulnya keprihatinan antarabangsa terhadapperlakuan melampau dan kejam terhadap penduduk Congo di bawah Leopold II, di mana sumber pendapatan Congo pada masa itu bergantung pada pengeluaran getah dan gading.[14] Banyak orang Congo telah dibunuh oleh ejen-ejen Leopold kerana gagal untuk memenuhi permintaan penghasilan getah dan gading.[15] Pada tahun 1908, ketegangan ini telah menyebabkan Belgium menggalas tanggungjawab untuk mentadbir koloni Congo, yang dikenali dengan sebagaiCongo Belge.[16] Sebuah suruhanjaya Belgium pada tahun 1919 telah menganggarkan bahawa jumlah sebahagian penduduk Congo telah berkurang berbanding pada tahun 1879.
Tentera Jerman di Belgium pada Mei 1940.
Serangan Jerman ke atas Belgium pada Ogos 1914 merupakan sebahagian daripadaRancangan Schlieffen untuk menyerangPerancis. Kebanyakan pertempuran diBarisan Barat pada kancahPerang Dunia Pertama telah berlaku di bahagian barat Belgium. Pada saat-saat awal peperangan, peristiwa ini dikenali sebagaiPenjarahan Belgium berikutan keterlaluan Jerman. Belgium mengambil alih penguasaan ke atas koloni Jerman,Ruanda-Urundi (kini ia merupakan negaraRwanda danBurundi) semasa peperangan berlangsung dan kemudiannya pada tahun 1924,Liga Bangsa memberikan mandat koloni tersebut kepada Belgium. Selepas berakhirnya Perang Dunia Pertama, Belgium telah mengilhakdaerah Prusia,Eupen dan Malmedy pada tahun 1925 sekali gus mewujudkan kawasan minoriti penutur Jerman.
Tentera Jerman sekali lagi menyerang Belgium pada Mei 1940. Seramai 40,690 populasi Belgium, di mana sebahagian daripadanya ialah orang Yahudi telah dibunuh ketikapendudukan Jerman danHolokus. Dari September 1944 sehingga Februari 1945,Tentera Bersekutu berjaya membebaskan Belgium. Selepas Perang Dunia Kedua,mogok umum yang dilancarkan memaksa RajaLeopold III untuk turun takhta pada tahun 1951 oleh sebab ramai orang Belgium merasakan beliau bekerjasama dengan pihak Jerman ketika peperangan.[17] Congo Belge memperoleh kemerdekaan pada tahun 1960 semasaKrisis Congo;[18] disusuli Ruanda-Urundi yang merdeka pada dua tahun berikutnya. Belgium menyertaiNATO sebagai anggota pengasas dan membentukBenelux yang menggabungkan negara Belanda dan Luxembourg.
Belgium menjadi salah sebuah daripada enam negara pengasasKomuniti Arang Batu dan Keluli Eropah pada tahun 1951 danKomuniti Tenaga Atom Eropah sertaKomuniti Ekonomi Eropah (EEC) yang ditubuhkan pada tahun 1957. EEC kini berkembang menjadiKesatuan Eropah dan Belgium menjadi pusat pentadbiran dan institusi utama termasukSuruhanjaya Eropah,Majlis Kesatuan Eropah dan enam anggota pengasas Komuniti Arang dan Keluli Eropah pada tahun 1951 dan Komuniti Tenaga Atom Eropah dan Komuniti Ekonomi Eropah, ditubuhkan pada tahun 1957. Yang terakhir sekarang telah menjadi Kesatuan Eropah, di mana Belgium menjadi tuan rumah kepada pentadbiran dan institusi utama, termasuk Suruhanjaya Eropah, Majlis Kesatuan Eropah dan sesi jawatankuasa khas bagiParlimen Eropah.
Belgium dibahagikan kepada tiga kawasan utama, yakniFlanders danWallonia serta ibu kota Brussels sebagai kawasan khas. Flanders dan Wallonia dibahagikan lagi kepada wilayah.
Menurut perangkaan pada 1 November 2019, jumlah penduduk Belgium ialah 11,515,793 orang.[3] Pada 2017, kadar kesuburan masyarakat Belgium ialah 1.64 anak per wanita.[19] Umur purata masyarakat Belgium ialah 41.5 tahun, menjadikan masyarakat Belgium sebagai salah satu negara-negara tertua dunia.[20]
^ab"Structuur van de bevolking" (dalam bahasa Belanda). Statbel. Dicapai pada29 February 2020.Ralat petik: Tag<ref> tidak sah, nama "Population" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
^Pateman, Robert and Elliott, Mark (2006).Belgium. Benchmark Books. p. 27.ISBN978-0761420590
^The Belgian Constitution(PDF). Brussels, Belgium: Belgian House of Representatives. May 2014. m/s. 5. Diarkibkan daripadayang asal(PDF) pada 10 August 2015. Dicapai pada10 September 2015.Article 3: Belgium comprises three Regions: the Flemish Region, the Walloon Region and the Brussels Region. Article 4: Belgium comprises four linguistic regions: the Dutch-speaking region, the French-speaking region, the bilingual region of Brussels-Capital and the German-speaking region.
^Haß, Torsten (17 February 2003).Rezension zu (Review of) Cook, Bernard: Belgium. A History (dalam bahasa Jerman). FH-Zeitung (journal of theFachhochschule).ISBN978-0-8204-5824-3. Diarkibkan daripadayang asal pada 9 June 2007. Dicapai pada24 May 2007.die Bezeichnung Belgiens als "the cockpit of Europe" (James Howell, 1640), die damals noch auf eine kriegerische Hahnenkampf-Arena hindeutete—The book reviewer, Haß, attributes the expression in English toJames Howell in 1640. Howell's original phrase "the cockpit ofChristendom" became modified afterwards, as shown by:
^Caesar,Gallic War,8.46 "quattuor legionesin Belgio collocavit", "his confectis rebus ad legionesin Belgium se recipit hibernatque Nemetocennae". (bahagian kedua petikan perenggan berikutnya,8.47.Wightman, Edith (1985),Gallia Belgica, m/s. 12,ISBN9780520052970.González Villaescusa; Jacquemin (2011), "Gallia Belgica: An Entity with No National Claim",Études rurales,2 (2): 93–111,doi:10.4000/etudesrurales.9499.