Belanda merupakan salah satu negara yang paling padat penduduk di dunia dan kebanyakan tanahnya berada di bawah paras laut. Belanda juga terkenal dengan (kincir angin), terompah kayu, bungatulip dan sifat terbuka masyarakatnya. Sifatliberalnya menjadi sebutan masyarakat antarabangsa. Belanda juga menjadi ibu pejabat kepadaMahkamah Keadilan Antarabangsa atau sering kali dipanggil sebagaiDen Haag sempena bandar di Belanda.Amsterdam merupakan ibu negara Belanda danDen Haag pula pusat pentadbiran Belanda dan kediaman Ratu Belanda.
Nama "Belanda" berasal daripadabahasa Portugis iaituHolanda; ia pengungkapan luas daripada kawasan khusus terletak di pantai barat negara itu sendiri disebutkan sebagaiHolland. Daerah Holland pada ketika itu merupakan kawasan yang paling makmur dan pesat pembangunan pada waktuzaman Republik Provinsi Bersatu menerus kezaman pemerintahan Batavia sehingga dikaitkan kuat dengan keseluruhan negara tersebut di persada dunia.[14] Kata serapan terus PortugisHolanda (Jawi:هولندا atauهولند) banyak digunakan dalam butiran manuskrip-manuskrip Melayu menggambarkan pertembungan orang-orang yang datang dari negara ini dengan kerajaan-kerajaan Melayu sebanyak 347 kali;[15] nama ini juga didatangkan dalam pelbagai cara ejaan lain sepertiWalanda/Welanda/Wolanda/Wilanda (Jawi:ولندا, hasil pengaruhbahasa Jawaꦮꦭꦤ꧀ꦢWalanda) danBelanda (270 kali) keseluruhannya berjumlah sebanyak 663 kali.[15]
Di bawah pemerintahanMaharaja Charles V penguasaEmpayar Rom Suci dan Sepanyol, kawasan Belanda merupakan salah satu daripada17 daerah gabungan yang meliputi sebahagian besar kawasan yang dikenali hari ini sebagaiBelgium,Luxembourg dan UtaraPerancis. Selepas mendapat kemerdekaan daripadaPhillip II pada 1648, Belanda menjadi sebuah negararepublik yang dinamakanRepublik Tujuh Provinsi Belanda Bersatu (Republiek der Zeven Verenigde Nederlanden/Provinciën,Republic of the Seven United Netherlands/Provinces). Republik ini menjadi kuasaekonomi dan penjelajah laut yang mahir pada abad ke-17. Zaman ini dikenali sebagai Zaman Emas Belanda. Antara syarikat-syarikat perdagangan antarabangsa yang bermula disini termasuklahSyarikat Hindia Timur Belanda atau VOC.
Belanda diserap ke dalamEmpayar Perancis Pertama olehNapoleon, yang kemudiannya dibebaskan selepas kekalahan Napoleon. Selepas itu, kerajaan Belanda ditubuhkan pada1815 dengan meliputi kawasan yang dikenali pada hari ini sebagaiBelgium danLuxembourg. Belgium mendapat kemerdekaan pada1830, manakala Luxembourg berpisah selepas kematian RajaWilliam III. Pada abad ke 19, Belanda sudah menjadi sebuah negara industri berbanding negara negara berhampirannya.
Belanda bersifat neutral semasaPerang Dunia Pertama. DiPerang Dunia Kedua Belanda ditakluk olehNazi (Jerman) padaMei1940, tetapi dibebaskan selepas1945. Selepas perang, ekonomi Belanda menjadi semakin maju dengan Belanda menjadi ahli anggota ekonomi Benelux dan Komuniti Ekonomi Eropah. Belanda juga menjadi ahli NATO.
Belanda merupakan negara perintisKesatuan Eropah semasa penubuhan organisasi itu pada1992.
Setiap daerah dibahagikan kepada perbandaran (gemeenten). Ada beberapa pulau di Caribbean berada di bawah pemerintahan Belanda iaituAntillen Belanda, satu kumpulan lima pulau, danAruba yang dahulunya berada di dalam Antilles tersebut.
Salah satu bentuk muka yang menarik di Belanda ialah permukaan tanahnya sangat rata. Hampir separuh daripada negara Belanda berada kurang 1 meter di atas paras laut. Paras tertinggi ialah Vaalserberg pada ketinggian 321 m. Banyak tanah rendah dikawal olehdike dan dinding laut. Sebahagian kawasan di Belanda, misalnya daerah Flevoland, ditebus daripada laut. Kawasan tebusan sebegini dipanggilpolder.
Negara ini dibahagi kepada dua bahagian utama oleh sungai Rhine (Rijn), Waal, dan Meuse (Maas).
Arah angin yang utama di Belanda ialah barat daya, yang menyebabkan iklim kepulauan yang sederhana, dengan musim panas yang dingin dan musim sejuk yang sederhana.
Belanda mempunyai ekonomi yang maju dan terbuka yang mana kerajaan telah mengurangkan peranannya dalam mengawal ekonomi Belanda sejak 1980an. Aktiviti ekonomi utama di Belanda adalah termasuk pemprosesan makanan,bahan kimia, pemprosesanpetroleum, dan pembuatan jentera elektrik. Walaupun sektorpertaniannya hanya menyediakan peluang pekerjaan kurang daripada 4% daripada populasi, Belanda mampu menghasilkan lebihan dalam industri makanan untuk dieksport. Belanda menduduki tempat ketiga dalam senarai pengeksport makanan, selepasAmerika Syarikat danPerancis.
Sebagai negara perintisEuro, Belanda menggantikan mata wang lamanya, guilder (Bahasa Belanda:gulden) pada 1 Januari 1999.
Belanda mempunyai banyak pelukis ternama. Ketika abad ke 17, Belanda melahirkan banyak pelukis handalan seperti Rembrandt van Rijn, Johannes Vermeer, Jan Steen dan lain lain. Pelukis ternama abad ke 19 dan 20 pula ialah Vincent van Gogh dan Piet Mondriaan selain M.C. Escher (ahli seni grafik) dan Han van Meegeren (art forger).
Belanda juga merupakan tanah air kepada Erasmus dan Spinoza. Descartes pula banyak menjalankan kerja kerjanya di Belanda.
^"Statuut voor het Koninkrijk der Nederlanden" [Charter for the Kingdom of the Netherlands].Government of the Netherlands (dalam bahasa Belanda). 17 November 2017. Dicapai pada11 Julai 2020.
^"Netherlands vs. Holland". Netherlands Board of Tourism & Conventions. 18 Oktober 2012. Dicapai pada17 Ogos 2021.
^abMenurut data dikumpul dari hasil carianMalay Concordance Project; pengiraan diperolehi dengan mencari perkataan tepat diapit tanda petikan ("...").
^Kernial Singh Sandhu; Wheatley, Paul (1983).Melaka: The Transformation of a Malay Capital, C. 1400-1980.2. Oxford University Press. m/s. 41.
^Wilkinson, Richard James (1901)."belanda".A Malay-English dictionary. Hong Kong: Kelly & Walsh, limited. m/s. 112.Rencana ini mengandungi teks dari sumber yang berada dalamdomain awam.
^"'belanda' - Carian Umum".Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Dicapai pada17 Ogos 2021.
^Allen, Betty Molesworth (1967).Malayan Fruits: An Introduction to the Cultivated Species. D. Moore Press. m/s. 29.The wordBelanda (meaning Hollander) was used to inidicate something which was foreign and made known by the Dutch...indicating that the object is foreign but resembles something already known...