Nama "bayam" sering bertindih makna dengan dua jenis sayur yang datang darikeluargaAmaranthaceae yang sama tetapi berbezagenus:[1] "bayam" yang digunakan dalam masakan Nusantara datang dari genusAmaranthus,[2] di mana nama Inggerisnya adalahamaranth sedangkan "bayam" yang ditemui dalam masakan Barat datang dari genusSpinacia, khususnyaSpinacia oleracia,[3] dengan nama setempatspinach.[2] Nama setempat lain yang ada di kepulauanAsia Tenggara termasuk:[4]
Nama genusAmaranthus pula menyerap daripadaYunaniἀμάραντος[5] (amárantos), "tidak pudar" danἄνθοςánthos "bunga", ia dahulunya dipakai untuk genusCelosia yang mempunyai bunga berupa ciri sama sebelum bunga tumbuhan genusAmaranthus moden diperkenalkan keEropah.[6]
Bayam ialahherba bersaiz sederhana boleh tumbuh setinggi 45 cm hingga 1 m; ia boleh hidup secarabermusim mahupuntahunan.[7] Batangnya lembut tak berkayu dan berwarna hijau ketika muda. Daun tunggal, sederhana besar, tersusun berpilin, berbentuk bujur dengan hujung menirus atau membulat, lebarnya boleh antara 6.5 hingga 15 sm.[7]
Bunganya kecil hijaumenjambak keluar pada hujung dahan serta celah ketiak daun. Buah kecilnya mengandungi biji berbentuk bulat hitam yang sangat kecil dengan ukuran 1 hingga 1.5 milimeter.[8]
Bayam ialah jenis sayuran daun singkat masa yang lazimnya ditanam di atas batas. Ia ialah tanaman yang mudah ditanam dan cepat mengeluarkan hasil. Tanah gembur liat ringan dan berpasir yang kaya dengan bahan organik sesuai ditanam dengan bayam, denganpH antara 5.5 - 6.5 serta mempunyai saliran yang baik. Bayam perlukan batas tanaman dan lazimnya lebar dalam lingkungan 120 cm, ketinggian batas 20-30 cm, dan panjang ikut ukuran dan kesesuaian kawasan.[4][13]
Benih bayam (yang halus dan hitam) yang telah digaul dengan tanah peroi atau pasir ditabur sama rata di atas batas. Buat penyiraman selepas penaburan benih. Selepas 2-3 hari benih akan bercambah dengan jarak kira-kira 8-10 cm antara pokok dan 45 cm antara barisan. Keperluan benih bayam sebanyak 1-3 kg sehektar. Sungkupan diperlukan selepas penaburan benih iaitu dengan lalang kering, pelepah kelapa dan sebagainya. Petani maju gunakanblack netting sebagai sungkupan. Ada petani yang menyemai dahulu bayam tetapi petani di Muar biasanya menabur terus benih ke batas. Penyiraman bayam sangat penting untuk memastikan bayam hidup subur dengan sistemsprinkler. Kawalan rumpai dijalankan dengan manual dan dijalankan berhati-hati kerana akan menjejaskan akar bayam.[4]
Baja tahi ayam organik biasanya digunakan sebagai baja asas yang dibubuh ke batas semasa penyediaan kawasan dan batas dengan kadar 5 metrik tan sehektar. Baja Sulphate of Amonia sebanyak 240 gm/ha ditaburkan 7 hari selepas penaburan benih bersama Basa TSP (24 kg/ha) dan baja MOP (120 kg/ha). Terdapat sebilangan petani bayam komersial yang menggunakan baja foliar (baja semburan daun) untuk mempercepatkan penuaian dan meningkatkan kualiiti bayam. Kawasan tanah gambut sangat sesuai untuk penanaman sayuran daun seperti bayam kerana pengurusan batas, rumpai dan kerja menuai hasil yang mudah.[4]
Tanaman bayam boleh dituai 3-4 minggu selepas ditabur. Pokok bayam yang telah mencapai ketinggian kira-kira 20-25 cm boleh dituai dengan memotong atau mencabut, dan dikumpulkan bersama. Bayam dibersihkan dengan membasuh bahagian akar daripada kotoran sebelum dimasukkan ke dalam bakul. Bayam ialah sayur daun yang mudah rosak jika tidak dipasarkan segera.[4]
Antara perosak tanaman bayam ialahulat pangkas (Agrotis ypsilon) yang memotong anak benih bayam pada paras tanah dan perlu dikawal dengan racun serangga jenisfenvelerate ataucypermethrin. Perosakulat ratus (Spodoptera litura) pula memakan daun dan boleh dikawal dengan racuncypermethrin. Dua jenis penyakit yang menyerang tanaman bayam ialahhawar melecuh (Cystobus bliti) yang simptomnya bertompok-tompok putih pada daun namun tiada kawalan kimia yang berkesan. Oleh itu, sistem tanaman giliran perlu diamalkan dan bayam harus ditanam di kawasan baru yang bebas penyakit. Penyakitlecuh anak benih (Phytium aphani dermatum) menyerang pangkal pokok dan mengakibatkan pokok mati dan boleh dikawal dengan racun kulat Capstan dan IPM.[4]
Dedaun tumbuhan ini dimasak sebagaisayur yang mempunyai rasa lemak manis. Ia boleh terus dibuatulam. Daun dan batang mudanya pula dicelur atau direbus lalu dimakan dengansambal belacan,budu,cencaluk atau pencecah yang lain. Sayuran ini juga boleh dimasak menjadisup dalam kalanganmasyarakat Jawa diMuar,Johor dan disebut sebagaibening.[4]
Bayam merupakan sayuran yang sangat popular di serata Nusantara iaitu yang ke-10 teratas dari segi penanaman dan penggunaan.[perlu rujukan]
DiMalaysia, bayam ditanam untuk tujuan pasaran domestik dan sebahagiannya untuk diekspot keSingapura danBrunei. Kawasan utama bagi penanaman bayam di Malaysia adalah di negeriJohor terutamanyaDaerah Johor Bahru (yang paling utama seluas 1,795 hektar),Daerah Kota Tinggi (460 hektar) danDaerah Muar (301 hektar) - diikuti denganSelangor danPulau Pinang. Terdapat seluas 4,180 hektar bayam ditanam di Malaysia dengan pengeluaran sebanyak 45,140 metrik tan pada tahun 2010.[perlu rujukan]
Bayam dipercayai memberi khasiat kepada kanak-kanak, ibu yang menyusu, dan pesakit yang menghidap demam panas, kekurangan darah, mengalami pendarahan dan mereka yang menghadapi masalah ginjal.[4] Bayam tua yang direbus dan diminum dapat membaiki kualiti penglihatan dan memperkuatkan fungsihati.[perlu rujukan]
Ia juga mengandungimetionina, dan sulfur asid amino dan nitrat sertaoxalat untuk kesihatan.[perlu rujukan] Penanaman bayam di Malaysia akan terus menjadi pilihan ramai petani dan pengguna kerana khasiat yang ada dan cepat berhasil.[4]
^Costea, Mihai; Tardif, François J. (2003). "The Name of the Amaranth: Histories of Meaning".SIDA, Contributions to Botany.20 (3): 1073–1083.ISSN0036-1488.JSTOR41968150.
^abSchmid, Rudolf; Judd, Walter S.; Campbell, Christopher S.; Kellogg, Elizabeth A.; Stevens, Peter F.; Donoghue, Michael J.; Judd, Walter S.; Nickrent, Daniel L.; Robertson, Kenneth R.; Abbott, J. Richard; Campbell, Christopher S.; Carlsward, Barbara S.; Donoghue, Michael J.; Kellogg, Elizabeth A. (1 October 2007). "Plant Systematics: A Phylogenetic Approach".Taxon. Wiley.56 (4): 1316.doi:10.2307/25065934.ISSN0040-0262.JSTOR25065934.
^Arreguez, Guillermo A.; Martínez, Jorge G.; Ponessa, Graciela (September 2013). "Amaranthus hybridus L. ssp.hybridus in an archaeological site from the initial mid-Holocene in the Southern Argentinian Puna".Quaternary International.307: 81–85.Bibcode:2013QuInt.307...81A.doi:10.1016/j.quaint.2013.02.035.