Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Batalion

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rencana inimemerlukanpetikan danrujukan tambahan untukpengesahan. Sila bantumemperbaiki rencana ini dengan menambahkan petikan kesumber-sumber yang boleh dipercayai. Bahan yang tidak disahkan mungkin akan dipertikai dandipadam.
Cari sumber: "Batalion" – berita ·akhbar ·buku ·sarjana ·JSTOR
(April 2024) (Ketahui cara dan masa untuk membuang pesanan templat ini)
Elemen
bawahan
Unit
Formasi
Pemerintahan
Sementara
Simbol standardNATO bagi sebuah batalion infantri.

Batalion (serapanPerancis:bataillon pinjamanItali:battaglione terbitanbattaglia "pertempuran"[1]) adalah satu pasukan tentera yang mempunyai dua hingga enamkompeni. Biasanya batalion diperintah oleh seorangLeftenan Kolonel. Batalion mempunyai kekuatan anggota lebih kurang 720 anggota, meskipun begitu bilangan anggota boleh berubah mengikut peranan dan kelengkapan unit tersebut.

Batalion-batalion awal tentera Eropah dihimpunkan sebanyak 8,000 orangaskar yang lengkap satu jenis senjata sahaja untuk melaksanakan suatu misi khusus.[2]

Kegunaan Di Dalam Tentera Darat Malaysia

[sunting |sunting sumber]

Di dalam Tentera Darat Malaysia, batalion hanya digunakan untuk panggilan unit-unit di dalam pasukan-pasukan infantri sepertiRejimen Askar Melayu Diraja danRejimen Renjer Diraja. Pasukan di dalamKor Kesihatan Diraja juga dipanggil batalion. Pasukan Kor Risik Diraja juga dipecahkan kepada batalion.

Pasukan bersaiz batalion sepertiRejimen Semboyan Diraja,Rejimen Artileri Diraja,Kor Armor Diraja,Kor Polis Tentera Diraja,Rejimen Askar Jurutera Diraja, danKor Jurutera Letrik dan Jentera Diraja dipanggil sebagai Rejimen dan bukannya batalion.

Dalam kegunaan di Malaysia,Pasukan Gerakan Am (PGA)Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga dikumpulkan di dalam batalion.

Nombor Turutan Batalion

[sunting |sunting sumber]

Batalion diberikan nombor turutan di dalam rejimennya, umpamanyaBatalion Pertama Rejimen Askar Melayu DiRaja danBatalion Pertama Rejimen Renjer DiRaja. Biasanya panggilan diringkaskan dengan menggugurkan perkataan "Rejimen" dan "DiRaja" dan ringkasan menjadi "1 Melayu", "2 Renjer", "8 Renjer", "17 Melayu" ataupun "3 Bn PGA".

Organisasi

[sunting |sunting sumber]

Batalion boleh beroperasi secara bebas, tetapi biasanya bertempur sebagai sebuah unit di dalam unit tempur yang lebih besar sepertibriged. Satu batalion infantri mempunyai 3 kompeni askar infantri dan 1 Kompeni Bantuan serta 1 Kompeni Markas. Kompeni dipanggil mengikutabjad fonetik seperti “Alpha”, “Bravo”, “Charlie”, “Delta” dan “HQ Kompeni”. Kompeni Bantuan mempunyai kelengkapanmesingan berat,penangkis armor, pasukantinjau,penembak tepat,platunmortar dan skuadron UAVpesawat tanpa pemandu

Setiap satu Rejimen Armor pula mempunyai kekuatan 3 skuadron armor, 1 skuadron markas dan 1 skuadron bantuan. Rejimen Artileri mempunyai 3 bateri dengan 1 skuadron markas.

Di dalam batalion ataupun rejimen, struktur pemerintahan adalah seperti berikut :

Pegawai Memerintah (CO) - :Leftenan Kolonel
Penolong Pegawai Memerintah (2 I/C) - Mejar
Adjutan - Kapten
Kuartermaster - Kapten
Ketua Kompeni - Mejar ataupun Kapten
Ketua Platun - Leftenan ataupun Leftenan Muda
Pegawai Risik Rejimen atau Batalion - Leftenan atau Kapten
Pegawai Semboyan Rejimen atau Batalion - Leftenan atau Kapten
Sarjan Mejar Rejimen (RSM)- Pegawai Waran I
Kuartermaster Sarjan - Pegawai Waran II

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^"Etymologie de bataillon".Centre Nationale de Ressources de Textuelles et Lexicalles. 2012. Dicapai pada19 Apr 2024.
  2. ^Busetto, Riccardo (2004).Dizionario Militare (dalam bahasa Itali). Zanichelli. m/s. 119.ISBN 88-08-08937-1.
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Batalion&oldid=6173606"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2026 Movatter.jp