Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Bat (dewi)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bat menjadi lambang pada sistrum, berkait denganHathor dan yang muncul di bahagian atas tiang-tiang kuil utamanya di Denderah
Sosok wanita terakota Naqada dipercayai gambaran Bat, s. 3500–3400 SM -Muzium Brooklyn

Bat ialah dewilembu dalam mitologi Mesir yang mempunyai wajah manusia dengan telinga dan tanduk lembu atau sebagai seorang wanita. Bukti Bat dipuja terdapat dalam catatan terawal amalan agamaMesir purba. Dengan kedatangan zamanKerajaan Pertengahan, selepasMesir Hilir danHulu bersatu, identiti dan sifatnya digabungkan dengan dewiHathor,[1] dewi serupa yang dipuja dinomos. Gambaran Bat kekal dalam sejarah Mesir purba pada sistrum, alat muzik suci selalu digunakan dalam upacara keagamaan.

Pemujaan

[sunting |sunting sumber]

Bat mula dipuja sejak awal zaman Mesir purba dan mungkin berasal daripada budaya gembala lembu dalam zamanPaleolitik Akhir. Bat ialah dewi utama bandar Seshesh, juga dikenali sebagai Hu atau Diospolis Parva,nomos ke-7Mesir Hulu.

Nama

[sunting |sunting sumber]

Nama Bat mungkin berhubung kait dengan perkataanba dengan akhiran feminin 't'.[2]Ba seseorang lebih kurang sama dengan personaliti atau keperibadian seseorang dan sering diterjemahkan sebagai 'jiwa'.

Kedua-dua Bat (kanan) dan Hathor (kiri) mengapit Menkaure dalam arca dari Dinasti Keempat ini, s. 2530 SM. Kedua-dua dewi memberikannya kuasa untuk menjadi raja dan dapat dikenal pasti dengan mahkota mereka. Lambang pada mahkota Bat mewakili sistrum, walaupun mahkotanya juga mempunyai muka haiwannya dan bulu pelepahMaat.

Gambaran dalam budaya Mesir purba

[sunting |sunting sumber]

Walaupun jarang sekali Bat jelas digambarkan dalam lukisan atau arca, beberapa artifak terkenal (seperti bahagian atasPalet Narmer) menggambarkan Bat dalam bentuk lembu. Dalam artifak lain, dia digambarkan sebagailembu langit yang dikelilingi bintang, atau sebagai wanita. Lazimnya, Bat digambarkan padaazimat, dengan wajah manusia tetapi dengan anggota lembu, seperti telinga lembu dan tanduk melengkung ke dalam, seperti jenis lembu yang mula-mula digembala oleh orang Mesir.

Bat menjadi amat terkaitan dengansistrum dan pusatpemujaannya dikenali sebagai "Rumah Agam Sistrum".[3] Sistrum ialahalat muzik berbentukankh,[4] dan salah satu alat muzik suci yang paling kerap digunakan di kuil-kuil Mesir purba. Sesetengah alat muzik mempunyai gambaran Bat, dengan kepala dan lehernya sebagai pemegang dan tapaknya dan dengan orok-oroknya diletakkan di antara tanduknya. Gambarnya dibubuh pada kedua-dua sisi, dengan dua muka, seperti yang disebutkan dalamTeks Piramid:

Akulah Pujian; Akulah Mulia; Aku Bat Sang Berwajah Dua; Akulah Yang Diselamatkan, dan Aku telah menyelamatkan diriku dari segala kejahatan.[5]

Hubungan dengan Hathor

[sunting |sunting sumber]

Gambaran Bat sebagai dewi lembu sangat serupa denganHathor, dewi dari nomos lain. Dalam dua dimensi, kedua-dua dewi sering digambarkan memandang orang yang melihat dan bukan ke sisi seperti lukisan lazim Mesir purba. Perbezaan ketara antara mereka ialah tanduk Bat melengkung ke dalam dan tanduk Hathor melengkung ke luar sedikit. Ada kemungkinan ini mengikut baka lembu yang berbeza yang digembala dari zaman yang berbeza.

Pusat pemujaanHathor dahulu berada di nomos ke-6Mesir Hulu, bersebelahan dengan nomos ke-7 di mana Bat ialah dewi lembu, mungkin menunjukkan bahawa mereka pernah menjadi dewi yang sama sebelum Mesir menjadi kerajaan berdinasti. MenjelangKerajaan Pertengahan, pemujaanHathor menyerap kultus Bat serupa dengan penggabungan lain dalam panteon Mesir.

Bat mengapit bahagian atas kedua-dua belah Palet Narmer, s. 3200–3100 SM

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Wilkinson, Richard H.The Complete Gods and Goddesses of Ancient Egypt, p.172 Thames & Hudson. 2003.ISBN0-500-05120-8
  2. ^Barbara Lesko Great Goddesses, 100, p. 81
  3. ^Hart, George.The Routledge Dictionary of Egyptian Gods and Goddesses, p. 47 2nd Edition Routledge. 2005.ISBN0-415-34495-6
  4. ^Wilkinson, Richard. H.Reading Egyptian Artp. 213 Thames and Hudson 1992.ISBN0-500-27751-6
  5. ^R. O. Faulkner, The Ancient Egyptian Pyramid Texts, Oxford 1969, p. 181, Utterance 506

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Kepercayaan
Upacara
Dewa-dewi
Ogdoad
Ennead
Makhluk
Watak
Lokasi
Simbol
dan Benda
Tulisan
Agama berkaitan
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Bat_(dewi)&oldid=6085197"

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp