Barney & Friends ialah sebuah program televisyen kanak-kanak bermula sejak tahun1992 yang dihasilkan diAmerika Syarikat khusus untuk khas kanak-kanak prasekolah bagi mereka yang berusia dalam lingkungan 2-8 tahun. Siri ini menampilkan watak bernama Barney,Tyrannosaurus rex berwarna ungu yang menyampaikan pembelajaran melalui lagu dan tarian mudah dengan sikap yang bersahabat dan optimistik.
Barney dicipta pada 1987 olehSheryl Leach dariDallas, Texas. Beliau kemudian mengeluarkan satu siri video rumah mulai 1988.Public Broadcasting Service (PBS) kemudian mengambil siri ini untuk dijadikan program televisyen dan mula menyiarkannya pada 1992.