Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Barcelona

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Barcelona
Barcelona dari udara
Bendera BarcelonaLambang Barcelona
BenderaJata negara
Lokasi
Koordinat :41°23′N2°11′E / 41.383°N 2.183°E /41.383; 2.183
Zon masa : CET (GMT +1)
• Musim panas: CEST (GMT +2)
Maklumat am
Nama tempatanBarcelona (Catalan)
Nama SepanyolBarcelona
PanggilanCiutat Comtal (Kota Count)
Poskod08001–08080
Kod kawasan34 (Sepanyol) + 93 (Barcelona)
Laman sesawanghttp://www.bcn.cat/
Pentadbiran
Negara Sepanyol
Komuniti berautonomiCatalonia
WilayahBarcelona
ComarcaBarcelonès
Bahagian pentadbiran10
Kejiranan45
Datuk bandarJordi Hereu i Boher (PSC)
Geografi
Keluasan100.4 km²
Altitud12 mAMSL
Penduduk
Penduduk1,605,602(2006)
- kedudukan dalam Sepanyol:2
Ketumpatan15,969 hab./km²(2006)

Barcelona (Bahasa CatalanIPA: [bəɾsəˈlonə],Bahasa SepanyolIPA: [baɾθeˈlona]) atauBarsyalunah (Arab:بَرْشَلُونة,rumi: Barsyalūnah)[1] bandar raya terbesar kedua dan paling ramai penduduk diCatalonia baratSepanyol, merupakan ibu kota negeri ini. Kependudukannya sebanyak 1,605,602 orang dan 3,161,081 orang di Kawasan Metropolitan pada tahun 2006. Ia terletak di pantai timurLaut Mediterranean (41°23′N, 2°11′E), di antara muara sungai-sungaiLlobregat danBesòs, dan dihadkan ke barat oleh rabungSerra de Collserola (512 m).

Barcelona ialah pusat ekonomi yang utama. Ia memiliki salah satu pelabuhanMediterranean yang utama, denganLapangan Terbang Antarabangsa Barcelona merupakan lapangan kapal terbang yang kedua terbesar di Sepanyol. Diasaskan sebagai sebuah kotaRom, Barcelona kemudian menjadi ibu kota kepadapara count Barcelona sertaKerajaan Aragon. Banyak kali dikepung dalam sejarahnya, Barcelona pada hari ini merupakan sebuah pusat kebudayaan yang penting serta destinasi pelancong yang utama kerana warisan kebudayaan yang kaya. Karya seni binaAntoni Gaudí danLluís Domènech i Montaner yang terkenal telah ditetapkan olehUNESCO sebagaiTapak Warisan Dunia.

Sebagai ibu negeriCatalonia, Barcelona merupakan pusat kerajaan Catala yang dikenali sebagaiGeneralitat de Catalunya; badan kerajaan yang paling penting ialahcabang eksekutif,parlimen danMahkamah Agung Catalonia. Bandar raya ini juga merupakan ibu kota kepada kaunti (comarca)Barcelonès.

Sejarah

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Sejarah Barcelona

Terdapat dua buah legenda yang berbeza tentang asal Barcelona. Legenda yang pertama mengatakan bahawa kota ini diasaskan olehHercules, 400 tahun sebelum pengasasanRom, dan dibina semula padaabad ke-3 SM olehHamilcar Barca dariCarthage (bapaHannibal) yang menamainya sebagaiBarcino, sempena nama keluarganya. Legenda yang kedua pula mengatakan bahawa kota ini diasaskan hanya oleh Hamilcar Barca.[2]

Pada sekitar tahun15 SM, orangRom membentuk semula kota itu sebagaicastrum (kem tentera Rom) yang dipusatkan pada "Mons Taber", sebuah bukit berhampiran dengan dewan bandar raya sezaman (Plaça de Sant Jaume). Di bawah orang Rom, ia merupakan sebuahtanah jajahan dengan nama keluargaFaventia[3] atau nama penuhnya,Colonia Faventia Julia Augusta Pia Barcino[4] atauColonia Julia Augusta Faventia Paterna Barcino.Mela[5] menyebut kota itu antara pekan-pekan daerah yang lain, mungkin kerana Barcelona tenggelam oleh jirannya,Tarraco (Tarragona moden). Menurut karya penulis-penulis yang kemudian, kota ini kemudian beransur-ansur menjadi penting dan kaya, dan disayangi kerana lokasi dan pelabuhannya yang unggul.[6] Kota ini mencetakduit syiling sendiri, dengan sesetengahnya dari zamanGalba masih wujud.

Sesetengah puing Rom yang penting didedahkan di bawahPlaça del Rei, pintu masuk melalui muzium bandar raya (Museu d'Història de la Ciutat), dengan perancangan grid Rom yang umum masih dapat dilihat pada hari ini dalam susun atur pusat sejarah,Barri Gòtic ("Kawasan Goth"). Sesetengah serpihan tembuk Rom telah dimasukkan ke dalam binaan gerejaLa Seu[7] yang dikatakan dibina pada tahun343. Kota itu ditaklukkan oleh tenteraVisigoth pada awalabad ke-5, dan oleh tenteraMoor pada awalabad ke-8.Louis, anak lelakiCharlemagne, menewaskanamir Moor pada801 dan menjadikan kota itu sebagaiMarca Hispanica Carolinga,zon penimbal yang diperintah olehcount Barcelona. Ketika dijarah olehAl-Mansur pada tahun985, Barcelona masih merupakan sebuah wilayah perbatasanKristian.

Para count Barcelona menjadi semakin bebas dan memperluas wilayah mereka sehingga merangkumi semua kawasan Catalonia. Kemudiannya padaabad ke-13,Kerajaan Aragon menaklukkan banyak tanah jajahan di luar negeri, dan memerintahLaut Mediterranean barat serta wilayah-wilayah yang jauh dariNaples danSicily sehinggaAthens. Hubungan dinasti yang diikat antara Kerajaan Aragon denganKerajaan Castile menandakan permulaan kemerosotan Barcelona.

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Lihat:
  2. ^Oros. vii. 143; Miñano,Diccion. vol. i. p. 391; Auson.Epist. xxiv. 68, 69,Punica Barcino.
  3. ^Plin. iii. 3. s. 4
  4. ^Inscr. ap. Gruter, m.s. 426, no. 5, 6.
  5. ^ii. 6
  6. ^Avien.Or. Mar. 520: "Et Barcilonum amoena sedes ditium."
  7. ^Roman walls, Barcelona

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Ketahui lebih lanjut tentangBarcelona diWikipedia:
d:Maklumat dari Wikidata
Takrifan dari Wikikamus
Imej dan media dari Commons
Sumber pembelajaran dari Wikiversity
Berita dari Wikiberita
Petikan dari Wikipetikan
Teks sumber dari Wikisumber
Buku teks dari Wikibuku
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Barcelona&oldid=6260307"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp