Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Bantuan:Mengguna laman perbincangan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Laman ini mengenai bagaimana laman perbincangan bekerja. Untuk panduan tentang laman perbincangan pengguna, sila lihatWikipedia:Laman pengguna.
Jalan pintas
Struktur data Wikipedia
Ruang nama
Ruang nama subjekRuang nama perbincangan
0(Utama/Rencana)Perbincangan1
2PenggunaPerbincangan pengguna3
4WikipediaPerbincangan Wikipedia5
6FailPerbincangan fail7
8MediaWikiPerbincangan MediaWiki9
10TemplatPerbincangan templat11
12BantuanPerbincangan bantuan13
14KategoriPerbincangan kategori15
100GerbangPerbincangan gerbang101
710TimedTextTimedText talk711
828ModulPerbincangan modul829
Tidak digunakan lagi
2300[[Wikipedia:Alat|]]2301
2302[[Wikipedia:Alat|]]2303
Tidak dipasang
90ThreadThread talk91
92SummarySummary talk93
108Buku109
118Draf119
442CourseCourse talk443
444InstitutionInstitution talk445
446Program pendidikan447
2600Topic2601
Ruang nama maya
-1Khas
-2Media
Senarai semasa (panggilan API)

Sebuahlaman perbincangan (juga dikenali sebagailaman perbualan) adalah satu laman di mana para penyunting dapat berbincang tentang penambahbaikan sesuatu rencana ataupun laman Wikipedia lain.

Laman perbincangan yang berkaitan dengan sesebuah rencana dipanggil "Perbincangan:Contoh" , di mana "Contoh" adalah nama rencana itu. Misalnya, laman perbincangan bagi pembaikan rencanaAnjing dipanggilPerbincangan:Anjing. Laman perbincangan yang berkaitan laman pada ruang nama lain dikenali dengan menambah "perbincangan" sebelum label ruang namanya; misalnya, laman perbincangan bagiWikipedia:Pengenalan dipanggilPerbincangan Wikipedia:Pengenalan.

Video tentang bagaimana menggunakan laman perbincangan (Inggeris), 2m 30s (8 MB)

Laman-laman pengguna juga memiliki laman perbincangan. Apabila penyunting-penyunting lain mahu menghubungi anda, selalunya mereka akan meninggalkan pesanan pada laman perbincangan pengguna anda. Anda akan melihat kotak berwarna jingga apabila anda log masuk ataupun membelek laman Wikipedia (jika anda menyunting sebagai alamat IP).

Bagaimana mencari laman perbincangan

[sunting |sunting sumber]

Apabila membaca sebuah rencana (ataupun apa jua laman yang bukan laman perbincangan), pautan kepada laman perbincangan berkaitan akan dipaparkan pada tab "Perbincangan" pada bahagian atas laman. Petik tab ini untuk pergi ke laman perbincangan; anda kemudian dapat melihat laman perbincangan dan sejarahnya. Anda juga dapat menyunting laman tersebut jika anda mahu menambah ulasan ataupun mengajukan soalan.

Jika pautan "Perbincangan" berwarnamerah, ini bermakna perbincangan pada laman perbincangan belum dimulakan lagi. Petik pautan merah untuk memulakan laman perbincangan tersebut.

Untuk pulang kembali ke laman rencana dari laman perbincangannya, gunakan tab paling kiri pada bahagian atas laman, yang dilabel "rencana". Buat laman-laman yang lain daripada rencana, tab ini mungkin kelihatan lain, seperti "laman pengguna" ataupun "laman projek".

Sublaman dan pengarkiban

[sunting |sunting sumber]

Kadang kala topik-topik tertentu menjana perbincangan yang banyak pada laman perbincangan. Perbincangan ini mungkin perlu dipindahkan kepadasublaman. Untuk melakukan pemindahan ini, buat laman bertajuk "Perbincangan:Xxx/Yyy", di mana "Perbincangan:Xxx" nama laman perbincangan utama, dan "Yyy" merujuk kepada topik sublaman. Tinggalkan nota yang dipautkan kepada sublaman pada bahagian atas laman perbincangan utama.

Laman perbincangan yang memiliki banyak perbualan sering diarkibkan agar saiz laman itu terurus. Ini dapat dilakukan secara insani ataupun denganbot. Kotak arkib dengan mengandungi pautan-pautan ke arkib perbincangan lazimnya diletakkan pada bahagian atas laman perbincangan semasa.

Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Bantuan:Mengguna_laman_perbincangan&oldid=6557479"
Kategori:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp