Bank (Jawi: بڠك atauبڠک) ialah sebuahinstitusi kewangan yang bertindak utama sebagai sebuah agensi pembayaran untuk para pelanggan menerima,menyimpan, danmeminjamwang[1] di mana untung diperolehi bank secara pembayaran khidmat danfaedah; transaksi atau urus niaga kewangan lain seperti menuliscek, pembayaran bil danpelaburan turut ditawarkan dalam institusi sebegini.[2]
Katabank berasal meminjam daribanca dalambahasa Itali yang terserap dari bahasa Jermanbank bermakna kerusi atau "bangku" kerana pada awalnya peminjam wang di utaraItali biasanya memberikan khidmat urus niaga di tempat awam secara berduduk di atas bangku panjang,[3][4] ia merupakan pekerjaan yang berkesinambungan dari zaman Rom Purba disebutkan sebagaimensarii terbitan katamensa "meja".[3] Perkataanbangku sendirinya perkataan sewarisan dalam bahasa Melayu meminjam dari bahasa Portugisbanco yang menyerap dari akar Jerman ini.[5][6]
Zaman Maurya diIndia menyaksikan sistem urus niaga di mana wang ditukar pindah secara pembayaran berwakil melalui perintah dikirim disebutkan sebagaiādeśa (Sanskrit:आदेश).[7][8] Pengurusan niaga dan penyimpanan harta di Timur terutamanya di China darizaman Qin banyak bergantung kepadasaudagar-saudagar yang mengeluarkan surat janji sebagai bukti;[9] munculnya institusi kewangan unik yang wujud bersampingan selewatDinasti Qing iaitupiaohao (Cina Tradisional:票號,Cina Ringkas:票号, "bilik surat") milikShanxi yang menyediakan khidmat tukar dan cukai sesama pihak saudagar dan kerajaan dalam negeri danqianzhuang (Cina Tradisional:錢莊,Cina Ringkas:钱庄, "balai wang") iaitu badan mandiri kecil milik bersama keluarga-keluarga setempat kepada para pedagang asing di pelabuhan.[10]
Zaman Pembaharuan diEropah merupakan titik mula sistem perbankan moden yang wujud pada hari ini di mana keluarga-keluarga Bardi dan Peruzzi memulakan pejabat urus niaga mereka diFirenze mencawang di banyak kota serata benua itu sepanjang abad ke-14.[11] Bank moden pertama yang diaturkan secara kawalan setempat mula wujud pada 1406 dengan tertubuhnyaBanco di San Giorgio di kotaGenoa,Itali.[12]
Sistem bank moden mula didirikan di Nusantara sejajar dengan kedatangan penjajah Barat ke kepulauan tersebut. Bank pertama didirikan di rantau ini adalah Bank van Courant diHindia Timur Belanda pada 1746 yang berperanan memberikan pinjaman dengan jaminan emas, perak, perhiasan dan barang-barang berharga lain, ia tutup muflis tahun 1818.[13] Bank swasta yang menggantikan peranan Bank van Courant adalah De Javasche Bank NV (JVB) di Batavia pada tanggal 24 Januari 1828 atas kurniaanRaja Willem I sebagai pemegang utama monopoli pembelian hasil bumi dan penjualan eksport jajahan tersebut.[14] Bank ini diserahkan kepada pihak Indonesia berikutanKonferensi Meja Bundar 1949; iadimiliknegarakan menjadiBank Indonesia selepas lulusnya Undang-Undang no 11 Pokok Bank Indonesia 1953.[13] Di sebelah jajahanEmpayar British pula, Oriental Bank Corporation yang beribupejabat diBombay merupakan bank pertama wujud dalamNegeri-Negeri Selat apabila sebuah cawangan ia ditubuhkan diSingapura tahun 1846.[15]
Khidmat-khidmat yang ditawarkan oleh institusi-institusi bank ini yakniperbankan merangkumi banyak tujuan termasuktujuan awam atau runcit,pelaburan, sertakomersial.
^Dalgado, Sebastião Rodolfo (1936).banco.Portuguese Vocables in Asiatic Languages. Diterjemahkan oleh Xavier Soares, Anthony (ed. bahasa Inggeris). Baroda: Oriental Institute. m/s. 180.
^Wilson, Craig; Fan Yang (2016). "Shanxi Piaohao and Shanghai Qianzhuang: a comparison of the two main banking systems of nineteenth-century China".Business History.58 (3): 433–452.doi:10.1080/00076791.2015.1122711.
^ Hoggson, N. F. (1926)Banking Through the Ages, New York, Dodd, Mead & Company.